Bab 10

17.9K 1.4K 335
                                    

Aku berundur beberapa tapak ke belakang. Sehinggalah badanku menyentuh permukaan dinding. Tiada lagi tempat untuk aku melarikan diri.

"Pergi.."

Air mata aku menitik lagi. Wajah Alvin itu aku pandang dengan mata merayu.

"Tolonglah..jangan apa apakan aku.."

Mata aku jatuh pada tangannya yang menggenggam fabrik pakaianku yang sudah dikoyaknya.

Kemudian aku pandang matanya. Seolah olah matanya itu kehausan.

"Pergi Alvin..jangan apa apakan aku.."

Dia mengurangkan jarak antara kami. Jantung aku mula berdebar hebat.

"I want you, Dhia.." suara garaunya itu berjaya membuatkan bulu roma aku tegak berdiri. Terasa suhu rendah di bilik itu mencengkam sehingga ke tulang. Membataskan pergerakan.

Terus, tanpa apa apa amaran, Alvin menarik aku ke dalam pelukannya. Tindakan drastik, aku meronta ronta lagi.

"Lepaskan aku!"

"Tolong!"

"Tolong aku!"

"Farhan!"

Aku tersentak dari mimpi ngeri. Terasa ada peluh mengalir di dahi. Aku memandang sekeliling, Alvin tiada.

Aku masih terbaring di atas katil milik Tokma. Pakaianku masih lengkap tanpa koyakan atau cacat cela. Aku terus menghembuskan nafas.

Mengeluh.

Penat bila mimpi yang sama berulang ulang.

Tak pernah dijangka yang tindakan menakutkan Alvin ini mampu membuatkan aku fobia.

Trauma.

Mungkin itu perkataan yang lebih tepat.

Aku memandang jam di dinding.

Tepat pukul 3 pagi.

Aku melontarkan pandangan ke luar tingkap. Nampak langit yang masih lagi gelap dan hanya ada beberapa bintang sahaja yang berkelipan.

3 pagi...

Waktu begini waktu kegemaran Alvin.

Aku kembali menggigil. Bagaimana kalau dia datang lagi? Jikalau kelmarin aku masih mampu selamat, bagaimana pula dengan nasib hari ini?

Aku cuba untuk relaks.

Perasaan ini buatkan aku sentiasa berdebar. Menggigil. Diselubung ketakutan.

"Tak apa, Dhia. Tenang.." ujarku sendiri. Suaraku nampaknya sedikit sebanyak sudah ada kembali.

Walaupun masih sedikit serak.

Masih tak cukup untuk aku menjerit jika Alvin datang lagi.

Ah---Alvin tak akan temui kau. Kau berada di bilik Tokma, Dhia. Alvin tak tahu kau disini.

Seperti menyedari sesuatu, terus aku bangun dari pembaringan. Hanya aku sendiri yang ada disini.

Tokma dan Ezela tidur di mana?

"ahhhhh!!!!"

Aku tersentak tatkala suara perempuan menjerit menjengah. Apa yang lagi mendebarkan, itu suara Tokma!

Terus, kekecohan kedengaran di luar bilik. Aku tidak menunggu lama, laju sahaja aku berlari keluar.

Apa yang aku lihat, pintu bilikku terbuka.

Perasaan takut aku tepis. Apatah lagi apabila mendengar suara Ezela sudah menangis.

"Ella" sebutku perlahan. Terus aku ke bilik tidurku dan apa yang aku nampak. Ada figura sedang bergelut di atas katil milikku.

Behind The Hoodie | TERBITWhere stories live. Discover now