Mr.Hoodie Pujaan Hati 1, bakal terbit dalam versi cetak. Nak info lebih, boleh baca buku 1 tu. Sis ada tulis panjang lebar dah.
***
"Eee takut pulak aku nak tidur sorang sorang malam ni!"
Naura memandang aku seraya ketawa besar. Dengan nasi ayam yang masih penuh dalam mulut, dia mula bersuara.
"Khau ni pe--nakhut sa--nghat thau---"
Aku menayangkan wajah jijik. "Habiskan makanan dulu la! Kau ni tak senonoh tau!" marahku seraya mengelap sedikit butir butir nasi yang terkena tanganku.
Ish! Macam mana Adham hadap dia ni?
Naura akhirnya menghabiskan kunyahannya lalu terus membuka mulut.
"kau ni penakut sangat. Movie tadi tak adalah seram sangat."
Oh? Itu aje ke yang dia nak cakap?
"Ish! Bukan pasal seramlah! Cerita tu cuma mengingatkan aku tentang Alvin." aku menjawab tuduhan tak bertempat Naura itu lalu minuman di hadapan dihirup perlahan.
Ada satu scene di mana perempuan dibunuh ketika dia tidur bersendirian di kamarnya.
"Manalah tahu Alvin tiba tiba aje masuk bilik aku. Sudahlah Farhan kerja." sambungku lagi seraya memandang ke satu arah.
Seketika, aku toleh ke arah Naura kembali dan agak terkejut apabila pinggannya sudah kosong.
Bila dia habiskan nasi tu? Tadi aku lihat masih ada separuh!
"Kau pergi tidur dengan Tokma ajelah Dhia. Aku pun rasa tak sedap hati sangat dengan cina bukit tu" balas Naura. Sambil itu, dia sedang membuka kotak yang tertulis 'Big Apple' .
"Kau tak takut mati ke?" soalku tiba tiba.
"Mati?" soal Naura tanpa memandang wajah aku. Dia sudah pun mengambil satu donut dengan topping kacang bersalut coklat.
"Haah. Kau makan macam jin tanah!"
"Apa kena mengena dengan matinya kalau aku makan macam jin batu sekalipun?"
Aku berdecit geram. Haih, dari rasa takut dengan Alvin, kini rasa nak pukul Naura laju laju sampai gila.
"Kau makin makan banyak weh. Nanti gemuk. Obesiti. Lepastu dapat macam macam penyakit lepastu mati."
Naura menarik muka.
"Tak baiklah kau ni. Aku dah kurang makanlah. Penat jaga twins, ni ada masa keluar lepak dengan kau, aku gunalah baik baik. Masa itu permata!" balas Naura seraya donut itu digigitnya lagi.
Aku memutarkan bebola mata. Menyampah. Iya iyalah tu kurang makan.
Aku harap Adham kunci peti sejuk dekat rumah dia tu. Tak adalah Naura curi curi makan."Eh Dhia, aku rasa aku makin tak cantiklah" luah Naura tiba tiba.
Hujung bibir aku terangkat sedikit.
"Oh so, apa perasaan kau bila sedar diri?"
Soalan aku itu mengundang cubitan ketam Naura.
"Kau ni! Kau patutnya bagi pandangan. Bukan sindir aku macam tu"
Mendengar aje jawapan Naura, terus aku memandangnya tanpa mengalihkan bebola mata ke arah lain.
Naura mula menayangkan wajah pelik.
"Woi, kau tengok apa?" soalnya sambil matanya melilau menoleh ke belakang. Takut takut aku ada melihat apa apa yang aneh di belakangnya.
Terus, dia pandang wajah aku kembali.
YOU ARE READING
Behind The Hoodie | TERBIT
Romance2019 | TERBIT 2022 Sambungan kisah cinta Dhia Irdina dan Farhan Iskandar. Mr.Hoodie Pujaan Hati, telah diterbitkan dalam versi cetak, di bawah syarikat penerbitan KakiNovel. Boleh dapatkan di Shopee Kaki Novel dan kedai buku POPULAR berdekatan kalia...