KAT SINI ADA SPOILER buat yang tak baca MHPH sampai habis.
Petikan BAB 18
***
"Ahhhhhh!!!!!"
Aku menjerit nyaring. Aku berdiri dan lantas berlari ke arah pintu rumah. Tombol pintu itu dipulas, aku ingin keluar dan lari dari makhluk kurus itu tadi!
"Allah.."
Entah kenapa, pintu itu seperti tersekat. Sudah puas aku cuba menolak, namun tidak berjaya. Pintu itu betul betul tersekat bagai sudahpun di gam!
Krreekkk...
Bunyi tulangnya itu buatkan aku merinding. Seakan setiap pergerakannya, mesti ada satu dua tulang yang akan patah.
Aku menelan liur. Tangan aku terketar ketar. Aku tidak pernah rasa sebegini berdebar seumur hidupku. Aku tidak boleh berhadapan dengan situasi begini. Aku tak mampu!
Aku menoleh ke arah belakang, kelihatan makhluk itu masih lagi merangkak ke arah aku dengan pergerakan sedikit pelik. Berbeza. Dan apabila aku mengecam pergerakan anehnya itu, terus jantung aku berdegup semakin pantas. Seolah olah dada ini ingin pecah.
Ya. Makhluk yang kurus itu masih merangkak.
Tapi dengan tubuh yang terbalik.
Aneh. Menyeramkan. Aku tidak nampak keseluruhan wajahnya, hanya hitam semata mata.
"Allahuakbar.."
Aku sudah mula membaca ayat kursi. Ingin dibaca dengan kuat, tapi bibirku terlalu terketar ketar, tidak mampu untuk menyebut walau satu kalimah pun dengan jelas!
Makhluk itu semakin hampir dengan aku. Dan apa yang lagi memeranjatkan aku..
Tubuhnya merangkak dengan lebih pantas.
"Ahhhhhh!!!" aku pusing kembali ke arah pintu dan pintu itu diketuk kuat. Aku cuba menolak dengan sekuat hati sebelum makhluk itu sempat membaham aku.
Tiba tiba sahaja pintu itu dibuka dari luar, aku tak tunggu lama, terus saja menapak keluar dengan pantas dan memeluk insan dihadapan aku itu.
"Allahuakbar!!" insan itu menyebut kalimah suci itu dengan sedikit kuat. Aku yakin dia nampak makhluk tu. Aku yakin.
"Abang..kenapa? Allah..Dhia..kenapa ni?"
Suara..Qasha?
Aku membuka mata dan cuba melarikan wajah dari terus menyorok di dada bidang seseorang. Tertanya, insan ini ialah Ustaz Ahmad!
Terus aku cepat melepaskan pelukan dan menapak ke arah Qasha yang sedang mendukung anaknya Hafiz. Hasya berada di sisi Qasha, masih memegang baju Qasha erat.
Tak menunggu lama, aku terus memeluk Qasha. Dan aku hamburkan tangisan.
"Ya Allah, Dhia..kenapa--"
"Bawa Naufal dengan Hasya jauh sikit..jangan masuk rumah lagi" Ustaz Ahmad memotong percakapan Qasha. Qasha nampaknya tidak banyak soal, terus saja menurut arahan suaminya.
Qasha membawa tubuhku ke arah kereta, di mana masih lagi di kawasan garaj rumah. Memandangkan cuaca masih hujan. Tak lama, aku terus saja terduduk di tepi kereta milik Ustaz Ahmad. Lutut aku terasa longgar, aku tidak mampu berdiri. Jari jariku terketar dan aku masih lagi menitiskan air mata.
"Ingat Allah, Dhia. Mengucap..."
Aku turutkan sahaja arahan Qasha. Aku sedar yang Hasya tiba tiba sahaja memeluk kaki ibunya dengan lebih erat.
Aku yakin aku tak berhalusinasi. Buktinya, Ustaz Ahmad sendiri yang melihat rupa makhluk itu tadi!
Seketika, Ustaz Ahmad menghampiri kami. Dia duduk mencangkung di sebelah aku dan terus dia mengajukan soalan.
YOU ARE READING
Behind The Hoodie | TERBIT
Romansa2019 | TERBIT 2022 Sambungan kisah cinta Dhia Irdina dan Farhan Iskandar. Mr.Hoodie Pujaan Hati, telah diterbitkan dalam versi cetak, di bawah syarikat penerbitan KakiNovel. Boleh dapatkan di Shopee Kaki Novel dan kedai buku POPULAR berdekatan kalia...