PETIKAN BAB 20

20.2K 1.7K 824
                                    

Dua hari berlalu.

Namun keadaannya tetap sama. Farhan masih dengan sikap dinginnya. Walaupun aku sudah tidak diganggu dengan benda benda pelik, tapi nampaknya kebisuan Farhan lebih menggangu emosi.

Dia masih pulang ke rumah. Masih melakukan aktiviti harian seperti biasa. Namun setiap pergerakannya itu, seolah olah aku tidak wujud. Bahkan Ezela turut menerima tempias.

"Ibu..Ezela rindu abah.."

Aku berkalih memandang Ezela. Nasi di dalam pinggannya itu tidak terusik. Wajahnya keruh.

Lagi.

Aku sebak.

Kalau pun Farhan sudah benci dan ingin menjauhi aku, takkanlah Ezela pun turut diheret sama? Dia masih kecil. Masih perlukan kasih sayang awak, Farhan.

"Nanti abah balik, sayang. Abah sibuk kerja tu..abah tak lupakan Ezela. Jangan risau" pujukku. Tak lupa, senyuman diukir. Walaupun aku tahu, senyuman aku jelas terpancar kehambarannya.

Ezela menggelengkan kepalanya.

"Tak. Dah lama abah tak cakap dengan Ezela. Dia langsung tak pandang Ezela. Abah dah tak sayang Ezela lagi ke, ibu?"
Mata Ezela merenung dalam anak mata aku. Meminta jawapan.

Matanya berkaca. Hampir sahaja air mata aku menitis. Namun aku tahan jua. Mana mungkin aku menangis depan anak sendiri. Nanti, Ezela juga akan turut menangis. Lagi bertambah pedih.

Sejujurnya, memang Farhan membisu. Baik aku atau Ezela, dia seolah buatkan kami tidak wujud. Adakalanya, dia sibuk menelefon seseorang. Adakalanya, dia ketawa bahagia. Dan melihat dia ketawa sebegitu, buatkan aku rindu akan Farhan yang dahulu.

Dulu dia juga ketawa, sekarang pun sama. Cuma apa yang buatkan ketawa itu berbeza, ialah puncanya.

Dulu, asbabnya aku. Sekarang? Tidak siapa yang tahu. Di sebalik corong telefon itu, entah suara perempuan mana yang menarik perhatian Farhan.

Kesal.

Dulu aku bermatian menuduh Farhan curang. Hakikatnya, hanya salah faham yang diputar belitkan. Lalu hati ini kembali mempercayai sang suami. Tak lama, kepercayaan ini dipersiakan lagi.

Pedih.

Hati isteri mana tidak tersinggung kalau suaminya berubah sekelip mata?

Anak pula dapat tempias.

Sakitnya itu tak mampu dikarang.

"Tak baik tau Ezela cakap macam tu. Abah sayang Ezela. Ibu pun sayang Ezela. Cuma abah sibuk sikit. Kerja banyak. Takpe, nanti ibu ajak abah balik kampung. Kita jumpa Tokma..okey?" lagi, aku memujuk. Sebenarnya, dari dua hari lepas, ayat ini sahaja yang aku ulang. Sudah penat ingin memikirkan lain lain alasan.

Ezela hanya diam. Mendengar tapi tidak memberi respon.

Aku melihat jam di dinding. Pukul 5 petang. Dan hari ini hari khamis. Sepatutnya Farhan pulang awal.

Aku berdiri lalu menapak ke pintu rumah. Pintu itu ditolak dan laju saja aku memandang ke kawasan rumah Linda.

Kosong.

Linda tidak ada.

Juga dari dua hari lepas. Dia ke mana? Selepas peristiwa dia bertentang mata dengan Ustaz Ahmad, dia langsung pergi.

Menimbulkan syak wasangka dalam hati aku.

Kawasan rahimku dipegang. Semakin membesar. Aku masih lagi keliru. Ramai menegur aku makin berisi. Tapi aku tak yakin yang aku benar benar...berbadan dua. Nak jumpa doktor, aku masih takut. Kerana aku sendiri sudah guna pregnancy test dan jawapannya..

Behind The Hoodie | TERBITWhere stories live. Discover now