PETIKAN BAB 21

18.9K 1.5K 407
                                    

PETIKAN BAB 21
Unedited Version.

Sambungan Mr.Hoodie Pujaan Hati.
Dalam ni ada spoiler, read at your own risk.

***

Jam 11 malam.

Kami sampai di rumah Tokma agak lewat. Bukan kerana jalan sesak atau apa, aku yang kerap berasa loya. Dan aku memilih untuk kerap berhenti di tepi jalan dan tenangkan diri.

Kadangkala aku termuntah.

Aku keluar dari kereta seraya mendukung Ezela yang lena tidur. Aku sedikit mengah akibat terpaksa membawa dua bebanan.

Mujurlah Tokma masih tidak tidur.Aku risau juga kalau kalau pintu rumah ni berkunci. Tokma biasanya tidur awal.

"Irdi, Ya Allah. Kenapa tak bagitau nak balik----" Kata kata Tokma terhenti apabila melihat perutku yang sederhana besar.

"Kau tak cakap pun kau mengandung?" Soal Tokma hairan.

"Percayalah Irdi Tokma. Irdi pun tak tahu" balasku perlahan seraya terus menapak ke dalam rumah.

Aku meletakkan tubuh Ezela di atas sofa.

Terus aku mengeluh kecil.

Penat.

"Irdi...ada benda ke yang kau tak cerita dekat Tokma? Farhan mana?"

Aku menoleh. Aku bersalam dengan Tokma terlebih dahulu sebelum mula membuka mulut.

"Dia tak ikut balik sekali.."

Tokma mengerutkan dahi.

"Kenapa? Apa sebenarnya yang jadi?" mata Tokma tidak berhenti memandang perutku dan aku bersilih ganti.

Aku agak hairan dengan reaksi drastik Tokma. Namun rasa penat itu lebih. Memandu dalam keadaan menahan loya, sekejap sekejap berhenti di tepi jalan hanya kerana ingin memuntahkan isi perut. Segalanya memenatkan.

"Tokma, kita cakap hal ni esok, boleh? Dhia janji Dhia cerita. Dhia penat, nak rehat."

Tokma hanya diam memandang aku yang cuba ingin mendukung Ezela kembali.

Melihat kesukaran itu, Tokma terus mengambil alih. Mungkin juga sedar yang aku memang betul betul penat.

"Terima kasih.." ujarku.

Terus kami bersama sama menaiki tangga menuju ke kamar aku. Ingin saja aku bertanya kenapa Tokma masih lagi tidak melelapkan mata, sedangkan sebelum ini, Tokma sentiasa tidur awal. Namun akibat rasa penat melampau, aku diamkan sahaja niat aku.

Aku terus merebahkan badan di atas katil setelah tudung dibuka. Sudah tak kisah apa yang berlaku, aku terus melelapkan mata. Aku dapat rasakan yang katil sebelahku sedikit tenggelam. Tentu Tokma meletakkan tubuh ezela disitu dan seterusnya bunyi pintu ditutup.

Dalam keadaan tidur yang penat itu, aku sempat lagi bermimpi.

Mimpi tentang Farhan semestinya.

Di mana dalam mimpi itu, kami sama sama berpegangan tangan, berlari di tepi pantai sambil bergelak ketawa.

Sebelum bayangan Farhan hilang perlahan lahan.

***

Behind The Hoodie | TERBITWhere stories live. Discover now