Bab 4

17.9K 1.3K 137
                                    

Alhamdulillah, dikurniakan penglihatan yang sempurna untuk baca novel, jadi sila baca announcement ni baik-baik.

Behind The Hoodie ialah Sambungan Mr.Hoodie Pujaan Hati.
Dalam ni banyak spoilers.
Sila baca buku 1 dulu.

***

"Irdan!"

Hampa. Tiada balasan yangku dengar. Hendak call, telefon bimbitnya pula dia tinggalkan di tempat perkelahan.

Itu satu lagi perkara pelik.

Irdan tidak pernah meninggalkan telefon pintarnya di mana mana. Walau apapun yang terjadi, dia tidak akan berpisah dengan 'kekasih teknologi' dia. Kerana itulah dia sanggup lakukan apa sahaja ketika aku mencuri telefonnya satu ketika dahulu.

"Dhia, jangan pergi jauh sangat. Abang takut awak pula yang tak jumpa jalan balik" tegur Farhan tatkala aku ingin menapak ke arah kawasan yang lebih jauh.

Aku tak tahu sama ada itu satu lawak, ataupun peringatan. Aku hanya diam tak menjawab. Sebaliknya, kaki aku masih gagah melangkah.

"Jess, temankan Tokma dengan Ibu. Tengokkan Hasya sekali" pesan Farhan. Nampaknya Alvin juga turut bersama sama mencari Irdan.

"Dhia, you should stay here. Let me and Farhan find your brother" ujar Alvin. Aku menoleh ke belakang sedikit. Hampir terkejut, dia betul betul berada di belakang aku.

Terus, aku menjarakkan diri.

"its okey, let me find him too" balasku ringkas.

Alvin nampaknya ingin membuka mulut, namun dia batalkan niatnya tatkala Farhan mendekati kami.

"Abang izinkan Dhia nak cari Irdan juga. Tapi, tolong jangan pergi jauh sangat. Abang yakin, Irdan pun tak akan berada jauh dari sini. Jangan risau, Irdan mesti tak apa apa"

Aku tersenyum kelat. Aku tahu Farhan hanya ingin menyedapkan hati aku. Aku mula mengangguk kecil.

Kemudian, Farhan mula bergerak ke arah Utara, tempat di mana aku ingin menapak sebenarnya. Alvin pula aku lihat sudah ke arah Selatan.

Tanpa menunggu lama, aku terus bergerak ke arah Tenggara. Aku nampak satu jambatan gantung yang tak digunakan lagi.

Sebenarnya, beberapa tahun yang lalu, jambatan itu menuju ke arah tempat perkemahan bagi kem kem Badan Berunifrom Sekolah mahupun Universiti.
Namun, entah apa sebabnya, tempat itu tidak lagi menjadi pilihan mereka.

Aku mula memanjat batu batuan yang ada disitu dengan berhati hati. Aku sedar yang baju aku sedikit melekap di badan, uh, malu pula apabila Alvin datang mendekati aku tadi.

Aku melihat hujung jambatan gantung itu. Talinya masih lagi terikat kemas pada batang pokok tersebut.

Aku tahu Farhan akan marah kalau sedar aku ingin ke seberang sana. Yalah, kalau diikutkan logik, orang tak akan ke sana. Nak menyeberang pun takut tali jambatan ini putus.

Tapi kalau dah namanya Dhia Irdina, mestilah suka cari masalah, kan?

Bukan apa. Hati aku tergerak untuk ke sini. Manalah tahu, Irdan betul betul ada di seberang sana? Lagipun, aku memang nampak dia berjalan ke arah sini, bukannya ke Utara ataupun Selatan.

Melainkan bayangan Irdan tadi hanyalah jelmaan makhluk lain.

Huh, harap harapnya tidak.

Aku mula menapak perlahan lahan. Jambatan itu sedikit bergoyang. Cepat aku memegang tali tersebut. Aku dapat rasakan, tali tersebut telah menipis.

Behind The Hoodie | TERBITWhere stories live. Discover now