Bab 2

25.3K 1.7K 195
                                    

Alhamdulillah, dikurniakan penglihatan yang sempurna untuk baca novel, jadi sila baca announcement ni baik-baik.

Behind The Hoodie ialah Sambungan Mr.Hoodie Pujaan Hati.
Dalam ni banyak spoilers.
Sila baca buku 1 dulu.

***

"YangMa!" Ezela sudah berada dalam dukungan Tokma. Ceria betul wajahnya dapat melepaskan rindu. Heh, Tokma pun, nampaknya dah lupakan cucu sendiri ya.

"Rindu betul dekat cicit YangMa ni. Dah berisi sikit. Hah Irdi, Han, sihat?"

Aku tersenyum kecil.

"Ingatkan dah lupa cucu sendiri,"

Tokma menjuihkan bibir.

"Mengada, dah jom masuk. Nanti kita makan malam sama-sama," ajak Tokma seraya kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Farhan menarik bahu aku rapat dengannya. Dan perbuatannya itu membuatkan aku sedikit tersentak.

"Er... Kenapa?" aku mendongak memandang Farhan. Farhan hanya menghadiahkan pandangan redup dan senyuman mempesonanya.

"Takda apa," balasnya bersahaja. Kemudian dia membawa aku masuk ke dalam rumah. Oh ya, pelukannya juga masih tak dilepaskan. Huh, sengaja nak bermesralah tu. Tapi takpa, seketul Dhia ni suka heheh.

Aku mengerling jam tangan, nampaknya sudah masuk waktu isyak. Baru sahaja aku hendak menegur Farhan yang nampaknya ralit memeluk bahu aku, aku terdengar bunyi salam dilaungkan.

Aku dan Farhan yang berada beberapa tapak dari pintu utama itu, berpaling serentak.

"Saya pergi," ujarku kemudian terus menapak pantas ke arah pintu. Tombol dipulas dan pintu itu ditolak.

"Jess!" Aku tersengih lebar. Ya Allah, rindunya dekat minah cina ni! Jessica nampaknya agak terkejut dengan kehadiranku, lantas, dia memelukku erat.

"Rindunya I dekat you ! Bila you balik?" Soal Jessica sejurus melepaskan pelukan.

"Baru je sampai. You kenapa datang sini? Dari mana?" Aku menyoal terburu-buru.
Yalah, setahu aku, Jessica telah melebarkan sayap syarikatnya. Sudah tentu dia semakin sibuk. Tertanya juga, ada masa pula Si Jess ni hendak datang melepak di sini.

Tiba-tiba sahaja mata aku terpandang seseorang baru sahaja keluar dari pacuan empat roda milik Jessica.

Lelaki.

Aku memandang Jessica dengan pandangan meminta penjelasan. Siapa lelaki ni? Abang Jess? Oh tidak, Dragon tak guna tu dah lama mati.

"Oh! Sorry! Terlupa nak bagitahu you. Okey... Dhia, perkenalkan..." Jessica memandang lelaki itu sebentar sebelum matanya kembali ke arah aku.

"Alvin Chong. And Alvin, this is Dhia Irdina. My best friend,"

Alvin Chong? Namanya sama dengan pelakon cina terkenal, Alvin Chong juga. Cuma, lelaki ini lebih sasa dan tinggi. Saling tak tumpah dengan tegapnya badan Dragon. Aku memerhati wajahnya. Berkulit putih, namun tidak mampu menandingi putih mulus wajah Jessica.

Mungkin Jessica lebih menjaga wajahnya. Alvin pula... Em, lelaki. Mana nak jaga kulit seperti perempuan kan? Ataupun... Dia bekerja di bawah terik matahari. Ah, bukan urusan aku.

Matanya sepet, hidungnya tidaklah mancung mana namun gayanya masih lagi tampan. Apa yang aku suka, gaya rambutnya. Aku ingatkan dia mewarna rambutnya perang seperti jejaka cina lain, tapi tidak. Rambutnya dikekalkan hitam pekat.

Alvin tersenyum. Oh, senyumannya buatkan aku malu. Kantoi sudah menilik wajah lelaki err... Sekejap, teman lelaki Jessica kah?

"You can call me Alvin," Alvin bersuara. Aku membalas senyumannya. Aku tertanya-tanya, apa tujuan Jessica membawa lelaki ini datang ke rumah.

Behind The Hoodie | TERBITWhere stories live. Discover now