Bab 7

17.6K 1.2K 190
                                    

"Urgh!" Alvin mengaduh kuat. Apabila pelukannya longgar, aku terus menyiku dadanya dengan sekuat hati. Setelah itu, tubuhnya pula aku tolak ke belakang.

Tak menunggu lama, aku terus merangkak menuruni katil untuk ke muka pintu. Bibirku yang penuh dengan air liur aku kesat dengan kasar.

Ya. Aku baru sahaja menggigit tangannya. Aku harap biar tinggalkan kesan darah!

"Tokma!" jeritku nyaring. Baru sahaja sampai di muka pintu, rambut aku ditarik ke belakang.

"Urgh! Tokma! Ibu!"

Dalam pada aku meronta, aku sempat lagi menjerit sekuat yang boleh agar keluarga aku yang berada di dapur mendengar.

Aku terdengar Alvin mencarut dalam bahasa cina. Tak silap aku, perkataan ini Dragon pernah sebut sewaktu menculik aku dahulu.

Aku syak, ini mesti dia menyumpah seranah.

"Irdi?" aku terdengar sayup sayup suara Tokma memanggil. Aku terus membulatkan mata.

"Tokm---" Alvin menekup mulutku lagi, namun tidak lama. Dia mendengus geram dan menolakku ke hadapan dengan kuat.

Pap!

Dahiku terhantuk pada permukaan pintu itu.

"Ah! Sakitnya!"

Aduh! Sudahlah tadi terhantuk pada kepala katil, ini pintu pula! Kalau otak aku tiba tiba mereng, aku tahulah nak cari siapa!

"Irdi!"

Pap!

Ah! Sekali lagi!

Nampaknya, Tokma telah membuka pintu bilik Irdan dengan kuat, dan aku terus jatuh ke belakang.

"Ya Allah, Irdi!" Melihat aku yang kusut masai, terus, Tokma menerjah.

"Tokma!" aku tak tunggu lama, terus memeluk Tokma erat dan dengan lajunya, air mata mula menitis.

"Kenapa ni Dhia?" Aku mendengar suara ibu dan Jessica memanggilku. Kesempatan ini, aku terus membuka mulut dengan terketar ketar.

"Tadi---Alvin...dia...Dhia.." aku tercungap cungap. Nampaknya nafas aku betul betul tak teratur. Jantung masih berdetak hebat.

Aku tak boleh bayangkan apa akan jadi kalau Alvin meneruskan niatnya yang busuk itu tadi !

"Ya Allah kenapa?" Desak Tokma lagi.

"Alvin, dia---" aku menghalakan jari telunjukku ke arah belakang, ingin menunjuk ke arah Alvin.

Namun pabila aku menoleh, dia tidak ada!

Terus aku berhenti bersuara. Mata aku melilau mencari kelibat Alvin namun hampa! Dia memang tidak ada!

Terus, aku berdiri dan menapak ke arah jendela. Aku melihat sekitar, biarpun masih tiada bayang Alvin namun aku yakin 100% yang Alvin lari dan keluar ikut tingkap bilik ni !!

"Irdi?"

"Dia nak---"

"Apa bising bising ni? Kenapa?"

Percakapanku terhenti apabila melihat wajah Alvin terjegul di muka pintu. Terus, tubuhku kejung.

"Chong, mujurlah kau dah datang. Ni Irdi meracau."

Aku menggeleng kepala perlahan. Wajah Alvin nampaknya betul betul seperti tidak bersalah.

Dasar pura pura!

"Tokma tadi---"

"Entah entah ada perompak?" Soal Alvin dengan suara serius sekali gus memotong lagi bicara aku.

Behind The Hoodie | TERBITWhere stories live. Discover now