Bab 6

17.5K 1.2K 149
                                    

Aku membuka mata perlahan. Automatik, aku terasa di bahagian punggung aku sedikit basah. Ah, pad mesti dah penuh ni. Maklumlah, cuti.

Aku menoleh ke sisi. Aku mengerutkan dahi apabila sisi aku hanya kosong.
Farhan tidak kelihatan. Katil Ezela juga kosong.

Terus aku bangun dari pembaringan.
Apa yang aku nampak, anak jari kaki aku sedikit membiru.

Oh sekejap--

Kini, satu persatu memori semalam menerjah minda. Ya! Alvin tiba tiba sahaja berubah menjadi lelaki miang dan aku melarikan diri sehingga tersepak kaki sofa.

Sakitnya usah dikata.

Aku mengerling jam di dinding, hampir 7:30 pagi. Aku lupa yang Farhan akan ke KL hari ini ! Ya Allah! Macam mana boleh terlajak tidur ni?!

Aku tergopoh gapah berlari ke arah almari, tudung yang tergantung itu aku capai. Rambutku yang tak berikat, aku lindung dengan cardigen. Kes nak cepat punya pasal!

Aku berlari menuruni tangga dan aku nampak Tokma dan Ibu berada di muka pintu. Ezela pula berada dalam dukungan Tokma.

"abang!" jeritku seraya berlari ke arah mereka. Aku lihat Farhan baru sahaja selesai menyalami Tokma dan Ibu.

"eh? Sayang dah bangun? Morning" tegur Farhan sambil menghadiahkan senyuman. Aku lihat dia memakai kemeja biru tua dan lengan bajunya dilipat sehingga ke paras siku. Ada cermin mata hitam disangkut di tengah tengah kolar baju.

"kau mati ke tadi, Irdi? Suami nak pergi kerja kau baru nak bangun?" Tegur Tokma. Seperti biasa, Tokma tidak pernah pandai bersopan denganku.

Aku tak berdaya hendak membalas kata kata Tokma, sebaliknya, aku hanya terus memegang tangan Farhan.

"Abang...tak payahlah pergi. Temankan Dhia dekat sini" ujarku dengan wajah monyok. Ada nada merayu dalam suaraku.

Farhan mengerutkan dahi. "dah kenapa pula ni?"

"Apa ni Irdi macam budak budak" tegur Tokma lagi.

Aku yang rimas dengan suara Tokma, terus saja menarik Farhan untuk ke arah kereta agar menjauhi muka pintu.

"Dhia!" aku dengar suara ibu memanggil. Aku menoleh seketika, kelihatan Tokma berbincang sesuatu dengan Ibu.

Aku toleh ke arah Farhan kembali.

"Tolong, Dhia taknak berjauh dengan abang. Kali ni je, abang tak payah pergi?" rayuku lagi. Apabila mengingati kembali kejadian semalam, aku bimbang Alvin akan bertindak lebih drastik. Tambahan pula, kedatangannya disini dialu alukan oleh semua orang.

"Sayang, kenapa ni? Semalam okey aje kan? Mana boleh abang buat macam tu. Abang kena kerja juga, sayang"

Aku sedar Farhan ingin memujuk aku secara halus. Dia akan kerap menggunakan perkataan 'sayang' dalam pujukannya.

Aku menggelengkan kepala.

"kalau macam tu, Dhia ikut! Kita balik KL sama sama!" cadangku pula. Pegangan pada tangan Farhan masih aku tidak lepaskan.

"Ya Allah, sayang. Apa ni? Kenapa nampak risau semacam aje ni? Jangan buat gila ya Dhia. Abang akan balik nanti. Jangan risaulah. Abang dah lambat ni, Adham dah lama gerak. Tahu kan Terengganu dengan KL tu jauh" Farhan memegang kedua dua belah pipi aku seraya tersenyum. Cuba menenangkan aku.

"Tapi Al---"

"Yo Inspector! Dah nak pergi ke?"

Mendengar sahaja suara yang memotong percakapanku itu, tubuh aku lantas kaku. Pegangan pada lengan Farhan aku perkemaskan.

Behind The Hoodie | TERBITWhere stories live. Discover now