Petikan BAB 15

17.6K 1.3K 114
                                    

Diingatkan ini sambungan Mr.Hoodie Pujaan Hati. Buku kedua.
Ditulis pada tahun 2019. Kesalahan tatabahasa belambak-

Kalau anda tak baca MHPH dulu, tetiba baca beberapa petikan bab BTH sebab free— bukan masalah saya kalau tak faham.

Asalkan tak bertanya soalan sama yang jawapannya sudah berulang kali dijelaskan, itu sudah cukup.

Petikan BAB 15

***

Badan Ezela itu aku tepuk dan bibir tak berhenti berselawat, mendodoikan Ezela. Aku tahu kenapa dia muntah tadi, rupanya dia hendak demam. Bagaimana aku boleh lupa yang kebiasaannya jika Ezela hendak demam, dia akan menunjukkan simptom nya dengan muntah.

Berjangkit dengan Farhan tak?

Mohon aku tak ikut demam sekali. Kalau tak, tak menahan weh sakit kepala. Aku tak suka.

Setelah memastikan Ezela melelapkan mata, aku terus mencapai pencuci mukaku. Lalu langkah diatur ke bilik mandi, ingin mencuci muka.

Aku mengeluh kecil apabila melihat ada beberapa tiny bump di dahi. Memang sejak dua menjak ni kulit aku sedikit kusam dan ada juga beberapa jerawat yang menyakitkan muncul.

Aneh.

Perubahan hormon agaknya.

Kali terakhir wajah aku tumbuh jerawat secara tiba tiba, waktu aku mengandungkan Ezela. Kulit pun kusam. Kata orang tua, seri ibu dipinjamkan kepada anak, jika anak yang dikandung itu perempuan.

Kata orang tua tua lah, tapi yang pasti, jelas berlaku perubahan hormon dan itu perkara normal.

Setelah mencuci wajah, aku berlalu ke kamar. Sempat lagi aku menjeling Ezela yang lena dibuai mimpi. Memang sudah waktu tidurnya, 11 malam.

Tak tunggu lama, aku berlalu ke cermin solek. Kemudian letakkan beberapa titis ubat jerawat di beberapa kawasan pada wajah seterusnya dikunci dengan pelembab.

pring!!

Akibat tersentak, pelembab yang berada di tangan aku terus terpelanting. Dada aku naik turun, terkejut punya pasal.

Bunyi kaca pecah itu betul betul buat semangat aku keluar dari badan!

Aku menoleh ke arah Ezela. Syukur dia masih nyenyak. Tidak terkesan dengan bunyi bising itu.

"Aduh, takkanlah Fify pecahkan apa apa dekat dapur tu.." rungutku sendiri.

Nak ke bawah, aku masih teragak agak. Inilah sikap yang aku tak boleh nak buang dari dulu sampai sekarang. Terlalu ragu ragu untuk ke ruang gelap seorang diri walaupun di rumah.

Ah hakikatnya, aku bukan takutkan gelap, hanya takutkan apa yang ada di dalamnya.

"Takkanlah nak biarkan..." rungutku lagi. Kemudian mula menapak keluar dari bilik. Mujurlah lampu di ruang tamu masih aku nyalakan. Yalah, Farhan masih belum pulang.

Aku memerhati segenap ruang itu. Tiada apa apa.

"Fify.." aku memanggil nama kucing kesayangan Farhan itu. Manalah tahu dia yang buat bising. Kucing tu mana reti tidur malam malam. Berbeza dengan 'Dhia' dekat rumah Tokma, baik aje.

"Fify.." panggilku lagi. Kali ini disambut dengan bunyi 'meow' dan aku nampak Fify berlari dari arah dapur mendekati aku.

Dia mula menggeselkan badannya pada kaki aku.

"Mesti kau eh yang buat bising? Takutkan aku ajelah" bebelku. Seolah kucing itu mampu memahami setiap bebelan.

Kucing itu didukung, baru sahaja aku ingin menapak masuk ke dalam bilik, aku terdengar bunyi seseorang berjalan.

Behind The Hoodie | TERBITWhere stories live. Discover now