Bab 1

57.8K 2.1K 249
                                    

Alhamdulillah, dikurniakan penglihatan yang sempurna untuk baca novel, jadi sila baca announcement ni baik-baik.

Behind The Hoodie ialah Sambungan Mr.Hoodie Pujaan Hati.
Dalam ni banyak spoilers.
Sila baca buku 1 dulu.

***

"Sayang, are you done?" Aku dengar suara Farhan dari luar rumah. Mungkin dia sudah lama menunggu.

"Wait a minute!" laungku kemudian tangan laju sahaja mencapai segala benda di atas meja solek. Tak lupa juga aku mengambil sekotak hadiah di hujung katil.

Aku menuruni tangga dan terus menapak keluar dari rumah.

Sedang aku menyarungkan high heels berwarna hitam pemberian Naura sewaktu hari lahir aku dahulu, aku melihat Farhan sedang mendukung Ezela memandang aku dengan pandangan bosan. Aku tahu itu, dia bosan menunggu aku bersiap.

Aku tersengih. "Sorry, sayang."

"Lama betul bersiap, bukannya cantik pun" ujar Farhan. Oh man, sengaja aje nak sakitkan hati aku.

"Yelah tadi saya siapkan anak abang tu dulu. Lepastu barulah saya bersiap pula. Abang ingat sikit eh, kita bertiga tau, bukan berdua lagi" bebelku seraya menapak ke arah Farhan. Ezela di dalam dukungannya aku ambil.

"Awak ni asyik nak membebel aje. Kesian tau abang tunggu lama lama" Farhan membuat muka monyok. Ya Allah, comelnya pakcik merajuk.

"Ada saya kisah?" Aku membuat muka toya. Kemudian Ezela dalam dukungan aku dicium dan dia tergelak.

"ibu..nak jumpa YangMa..rindu" dengan pelatnya, Ezela merengek manja. Lahai, ni sorang lagi, makin besar makin comel! Mata tu, Ya Allah, sebiji mata Farhan!

"Ya kita nak pergi jumpa YangMa lah ni Ezela..." balasku ringkas. Ezela terus tersengih lebar. Nampak teruja betul reaksi wajahnya.

Haih, aku tak tahulah mandrem apa yang Tokma guna, tapi Si Manja Ezela ni suka sangat berkepit dengan Tokma. Cicit sulung katakan...Aku haraplah besar nanti tak jadi brutal macam Tokma tu! Haa jadi ayu macam aku ni kan lagi bagus. Ehek.

"oh! Saya lupa satu perkara, Farhan.."

Farhan berkalih memandangku. Keningnya dinaikkan tanda 'apa?'

"Kucing kesayangan awak..mana?"

Haa kucing ni pula asyik merayap aje kerjanya. Nak bawa pulang ke rumah Tokma, takut bergaduh pula dengan 'Dhia' dekat sana. Maklumlah, kucing sama kucing ni suka bergaduh, tak tahu nak baikkan macam mana. Jadi, dari biarkan mereka luka sana sini kes nak tunjuk siapa lagi garang, baik tegah awal awal. Ye tak?

"alah Dhia. Tak apa, nanti Fify balik, saya ambil je terus dekat rumah awak tu nanti. Macam tak biasa.." Tiba tiba aku dengar suara Linda menyampuk. Rupanya gadis berambut ungu ini sudah lama berada di halaman rumahnya.

Aku tersengih kelat.

"ha okeylah kalau macam tu. Kunci yang saya bagi ada dengan awak lagi kan? Nanti manalah tahu tak cukup makanan untuk fify, Linda boleh je masuk rumah ambil Whiskers dekat tempat biasa." Farhan menyampuk setelah melihat aku agak tak senang ingin membalas bicara Linda.

Ya. Dari dulu sehingga sekarang, kalau aku dan Farhan pulang ke kampung ataupun ke mana sahaja yang terpaksa lebih dari satu hari, mesti Linda yang akan jadi penjaga kedua rumah kami.

Begitu juga sebaliknya, jika Linda terpaksa outstation, kami pula yang jenguk jengukkan rumahnya.

Hubungan aku dan Linda?

Behind The Hoodie | TERBITWhere stories live. Discover now