Chapter 5

3 0 0
                                    

Zyvia pun kearah sepasang suami isteri dalam lingkungan 50 -an yang sedang bersembang dengan seorang gadis dalam lingkungan 20-an. Di sebelah gadis awal 20-an atau sama umur dengannya tadi ada seorang gadis yang muda darinya.

'Mama papa, abang dah sampai' kata Zyvia riang.

Pasangan itu dan 2 orang gadis itu pun gembira melihat satu-satunya anak lelaki mereka berada di situ.

'Happy anniversary pa, ma' kata Zale lalu mencium serta memeluk tubuh mama dan papanya. Hadiah yang berada didalam beg kecil dihulurkan pada parents nya.

'Ni hadiah dari Zale dengan Carmilla' kata Zale. Luna terpinga-pinga. 2 orang gadis tadi sudah menjeling kearah Luna.

'Carmilla?' tanya Slyvaine pelik. Slyvaine Raffaella Iowherth ibu kepada Zale, Zyvia dan Zylia.

'Ni ma, cantikkan Kak Luna ni?' kata Zyvia. Wanita dan 2 orang gadis tadi memandang Luna atas bawah.

'Hai, saya Carmilla Alluna. Boleh panggil Carmilla je' kata Luna.

'Huh! Untuk kau sesuailah dengan nama Milah. Dah kampung tu kampung jelah' kata Zylia perlahan.

'Yeke girlfriend Zale? Entah-entah Zale bayar dia je' perli Kiera pula. 

Sakit telinga Zale mendengar kata-kata Kiera itu. Zyvia memandang kearah Zale yang sedang menahan amarahnya.

'Kiera, we need to talk' kata Zale lalu pergi dari situ.

Gadis yang bernama Kiera itu pun menjeling Kiera lalu pergi kearah laluan yang Zale berjalan tadi.

'Erm, Kak Luna, Jom ikut saya. Jangan dilayan diorang tu' kata Zyvia lalu menarik tangan Luna jauh dari situ.

~~~~~~~~~

Kiera pergi kearah Zale yang berdiri sambil memasukkan kedua tangannya kedalam poket.

'Sayang, you rindu I ke? Sampai tak sabar nak jumpa I ni?' kata Kiera sambil tangannya merayap ke dada Zale.

'Ish, kau ingat aku nak sangat ke dengan perempuan murah macam kau ni? Kau jangan nak mimpilah' kata Zale dingin. Dia menepis tangan Kiera dari menyentuhnya.

' Aku suruh kau datang sini sebab aku nak bagitahu kau yang Carmilla tu sekarang ialah girlfriend aku and aku taknak kau dekat dengan dia. Kau faham!' kata Zale tegas.

'Mana boleh, you tu I punya. Sesuka hati je dia rampas you dari I. Parents you dah setuju untuk kahwinkan kita' kata Kiera pula.

'Aku takkan pernah setuju dengan rancangan bodoh kau, keluarga kau dengan mak bapak aku tu. Aku dah ada orang yang aku suka and aku akan pilih dia bukan kau' kata Zale lagi.

'You ni kenapa Zale? I dah tunggu you lama tau. You senang-senang je boleh jatuh cinta dekat perempuan kampung tu? Entah mana mana perempuan you jumpa lepastu you bayar dia untuk gantikan tempat I' kata Kiera sambil berpeluk tubuh.

'Jaga mulut longkang kau tu. Aku sepak baru tau' kata Zale pula.

'You nak sepak I ?!  Meh la, I boleh la mengadu kat mama you' kata Kiera tidak putus asa.

'Dahlah malas aku layan perempuan gila macam kau ni' kata Zale lalu pergi dari situ.

'Zale! I tak habis cakap dengan you lagilah' panggil Kiera. Tapi, Zale hanya buat-buat tidak dengar dan meneruskan langkahnya.

Kiera yang bengang itu menghentakkan kakinya lalu mengikuti langkah Zale yang semakin jauh.

~~~~~~~~~~

Zyvia menarik tangan Luna ke satu meja panjang yang penuh dengan makanan.

'Kak Carmilla, ambillah apa yang kak Luna nak makan. Via nak carikan tempat duduk ni' kata Via.

'Btw, tak payahlah panggil kak bagai. Just call me Luna. Orang yang rapat dengan saya je boleh panggil saya Luna tau. Cari yang berdekatan sudahlah' kata Luna.

'Okay, tunggu sekejap tau' kata Zyvia lalu pergi dari situ. Tinggallah Luna seorang diri di meja yang terhidang pelbagai makanan mewah itu.

Dia melihat makanan yang terhidang.

'Nak makan berat-berat pun macam kenyang lagi. Erm' fikir Luna. Dan akhirnya dia nampak dessert yang tersedia.

'Makan dessert jelah' kata Luna lalu pergi ke meja yang terletak pelbagai jenis dessert.

Rambang matanya melihat pelbagai jenis makanan itu. Tiba-tiba sedang dia tengah memilih, ada seseorang datang kepadanya.

'Hi, sorang je ke?' tanya lelaki itu.

'No, why?' tanya Luna pelik. Orang nak makan dia boleh kacau pula.

'Ouh, you datang dengan siapa?' tanya lelaki itu.

'Who are you? Kita kenal ke?' tanya Luna lagi. Dia sebenarnya dah menyampah dengan lelaki di sebelah nya itu. Orang nak makan pun tak senang.

'Someone yang boleh temankan you. You sudi tak kalau I nak temankan you?' tanya lelaki itu dengan gaya yang menggoda.

Semua perempuan boleh cair dengan gaya tersebut tapi tidak bagi Luna. Baginya, lelaki itu annoying.

Baru sahaja Luna mahu mengatakan "tidak" pada lelaki itu, tiba-tiba ada yang mencelah.

'No need, Keith. Dia datang dengan aku' kata Zale yang entah datang dari mana tiba-tiba ada je kat sebelah Luna sambil memeluk bahunya lagi.

'So, who is this girl?' tanya Keith kepada Zale. Mereka kelihatan rapat dari sudut pandangan mata Luna.

'She is my girl. So you can stay away from her. Before you know what will happen to you' warning Zale.

'Eleh, kau ingat aku nak sangat ke kau punya? Poyo lah kau ni' perli Keith.

'Sorry, boleh saya ambil makanan tu saya nak makan ni' kata Luna. Dia bukan sengaja nak destroy pertemuan tersebut tapi dia tak tahan melihat chocolate fountain yang terhidang diatas meja tersebut.

Zale pun melepaskan bahu Luna.

'Kak Luna, jom. Via dah jumpa tempat untuk kita duduk. Eh, Abang Zale' kata Zyvia terkejut apabila melihat abang sulungnya ada di situ.

'Takpe Via. Kak Luna duduk dengan abang je' kata Zale pada Zyvia. Zyvia melihat kearah Luna.

Luna seperti membuat isyarat pada Zyvia tapi Zyvia tidak faham.

'Dah jom sayang' kata Zale lalu menarik tangan Luna dengan lembut.

Luna yang terkaku mendengar panggilan bossnya pada dirinya itu hanya mengikut.

'Boss, apa ni? Saya nak ambil makanan tu lah' kata Luna perlahan tidak mahu sesiapa mendengar.

'Kenapa kau kebulur sangat ke?' tanya Zale dingin.

'Yelah, saya tak sempat nak dinner dengan mak saya tau. Saya terus ikut boss datang sini. Dahlah paksa orang lepastu biarkan saya kebulur pula' kata Luna dengan nada merajuk.

'Ish, kau ni banyak songeh la. Tunggu jap. Aku pergi ambil makanan' kata Zale terus berlalu dari situ.

'Tapi boss...' tidak sempat Luna nak cakap tiba-tiba 2 orang gadis kearahnya.

'Oh betullah Zale bayar kau untuk jadikan kau girlfriend dia?' tanya salah seorang dari 2 orang gadis tadi.

'M-mana ada' nafi Luna.

'Aduh, Kau nak buat apa ni Luna. Tulah kau. Cakap tak pandang kiri kanan. Itulah akibatnya. Boss cepatlah datang boss saya dah mati kutu ni. Kalau boss tak datang cepat sorry boss saya terpaksa bertindak sendiri' kata hati Luna.

'Hoi, Kak Kiera tanya kan? Jawablah!' marah seorang gadis yang agak muda darinya.

'Ye?'

Done chapter 5. Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...

Unexpected FaithWhere stories live. Discover now