Chapter 13

6 0 0
                                        

'Hi, ma brother, Dari mana ni dengan bawa luggage? Kena halau ke?' perli Zylia yang berada didepan pintu.

Luna memainkan peranannya sebagai 'fake' girlfriend didepan gadis itu.

'Hi, Lia. Baru sampai ke? Siapa pula yang kena halau? Kitaorang baru balik bussiness trip. Lagipun takkanlah Zale nak halau. Dia bukan boleh hidup tanpa I' kata Luna lalu dia memeluk lengan Zale dengan terpaksa bagi memantapkan lakonnannya. Bagi menyakitkan hati gadis itu lagi, dia sengaja meletakkan kepalanya diatas bahu Zale.

Bukan dia tak tahu yang 2 beranak itu anti dengan dirinya.

Senyuman mengejek dihadiahkan kepada gadis itu. Zale hanya membiarkan Luna memeluk lengannya. Dia pun perlu mengikuti sandiwara yang dicipta oleh Luna itu supaya tidak terkantoi.

Lia menjeling Luna geram. Sakit matanya melihat perangai gedik yang ditayangkan oleh Luna itu.

Kalau diikutkan hati Luna, memang hilang mata gadis itu dibuatnya. Jeling-jeling.. korek mata tu baru tau.

'Mama ada kat dalam. Tak payah nak buat drama basi korang tu. ' kata Zylia lalu dengan sombongnya dia masuk kedalam rumah milik Zale itu.

'Sampai bila nak peluk tangan aku?' tanya Zale mendatar. Luna pun melepaskan tangannya. Baru perasan yang dia masih tidak melepaskan lengan lelaki itu.

Luna memandang kearah Zale. Lalu dia menjeling kearah luggage nya.

'Apa?' tanya Zale dingin.

'Tu, boss taknak tolong angkat ke? Kalau boss taknak angkat takpe. Tapi nanti yang susahnya boss lah bukan saya' kata Luna.

Zale mengangkat kening tanda tidak faham.

'Haih, boss ni.. kalau mama boss tu nampak saya yang angkat beg ni sendiri, dah confirm confirm lah dia tahu yang kita tengah berlakon' kata Luna lalu senyum manis kearah bossnya.

Zale tidak membalas apa apa, dia pun mengangkat beg Luna yang berada dibelakangnya lalu masuk kedalam rumah tanpa menunggu Luna yang sudah senyum kemenangan.

'Bukan selalu' kata Luna perlahan.

Dia pun berlari kecil untuk mengejar langkah Zale yang sudah jauh ke dalam rumah.

~~~~~~~~~~~

Zale menyapa mamanya yang sedang membaca majalah di ruang tamu rumahnya itu.

'Mama, dah lama sampai?' sapa Zale.

'Zale. Takdelah lama sampai. Baru lagilah. Zale dari mana ni? Tu beg siapa tu?' tanya Sylvaine sambil tersenyum.

Kepalanya mencari kelibat perempuan itu. Tapi tidak kelihatan. Dia melakarkan senyuman manis. Nampaknya firasatnya betul. Perempuan itu hanya diupah oleh anaknya sahaja.

'Love, awak punya ni kan? Jatuh kat luar tadi' kata Luna lalu memberikan sebatang pen kepada Zale.

Zale mengambil pen tersebut dengan pandangan pelik. Dia memandang kearah Luna yang tersengih. Baru dia faham.

Sylvaine memasang wajah menyampah sambil memandang kearah Luna yang memeluk lengan anaknya itu.

'Hi, mama. Mama sihat?' tanya Luna selamba. Senyuman mengejek terlakar di bibirnya.

'Siapa mama kau? Kau belum jadi menantu aku lagi' kata Sylvaine kasar. Sungguh dia meluat melihat senyuman kemenangan milik perempuan itu.

'Mama' tegur Zale.

Sylvaine hanya menjeling Zale yang mempertahankan Luna itu.

'Luna' panggil Zylvia dari tangga. Teruja dia melihat Luna yang berada di sebelah abangnya.

'Hi, Via' kata Luna mesra. Dia melepaskan lengan Zale lalu mendekati Zylvia.

'Via, mind your calling. Dia lagi tua daripada kau' kata Zale tegas.

'alah tua sikit je. Lagipun Luna yang suruh panggil dia macam tu kan Luna?' kata Zylvia.

'Tah awak ni, tua setahun je. Bukan tua sangat pun. Tak pun awak nak cakap saya tua sekarang ni?' tanya Luna sambil mengecilkan matanya.

Tak kisah dengan suasana sekeliling yang melihat menyampah dengan pergaduhan "manja" tersebut.

'No, you're pretty just the way you are' kata Zale.

'Tau pun. Jom Via kita sembang kat tempat lain. Kat sini ada negetive vibe' kata Luna lalu menjeling Slyvaine dan Zylia sekilas.

Dia pun pergi dari situ bersama Zylvia.

'Kau tengok perangai perempuan tu. Apa yang kau suka sangat dengan dia? Dengan tak hormat aku. Dia ingat dia tu siapa?' marah Sylvaine. Masih terngiang-ngiang lagi muka sinis perempuan itu di matanya.

'Dia pilihan Zale, ma. Walau macam mana pun perangai dia, dia tetap pilihan Zale. Mama kena terima sebab itu janji mama sebelum majlis' kata Zale tenang.

'Brother.. you dah ke buta ke apa? Ke perempuan tu dah hasut you untuk jadi manusia yang tak hormat orang ke? Ni mama kot, mama you. Boleh you tolak dia ketepi semata-mata mempertahankan perempuan tu? ' kata Zylia tegas.

Dia tidak berani garang dengan abangnya itu, sekali Zale marah, menikus dia disitu.

'Tah Zale ni, dengar apa yang adik cakap tu. Apa yang Zale suka sangat dengan perempuan tu? Adab takde, berlagak pula tu depan mama. Tengok macam Kiera tu dahlah baik, hormat mama, berharta, berjawatan, baik pula tu. Perempuan tu apa ada?' kata Sylvaine sambil memeluk tubuh.

'Ma, I don't want to repeat my words. Last, I takkan pilih Kiera. That is your choice but not mine. I pilih Carmilla as my wife. FULL STOP!' Kata Zale sambil menekankan kata. TITIK. tersebut.

Dia berlalu dari situ. Lagi lama dia disitu, lagi banyak pasal Kiera akan keluar dari mulut adik dan mamanya.

Walaupun didepan mama dan adiknya Luna adalah seorang takde hormat dan tiada adab, tapi dibelakang dia kenal siapa Carmilla Arlluna sebenarnya.

~~~~~~~~~~~

Luna dan Zylvia duduk di meja kopi yang terletak di sebelah kolam. Dari tadi, Zylvia asyik tersenyum memandang Luna.

Luna pun pelik tapi tidak menegur. Duduk sahaja di kerusi, Luna pun bertanya.

'Apa yang Via tersengih-sengih tengok saya ni?' tanya Luna pelik.

'Tak de apa apa. Saja je. Awak ni cantik. Patutlah abang Zale suka' kata Zylvia.

Luna tersenyum kekok. Dia memang cantik, dia akui itu tapi lelaki dingin itu suka padanya?

Minta simpang lah. Dia tak sanggup nak hadap mak mertua dan adik ipar yang sebegitu. Kalau macam Via tu okaylah.

Luna mula terfikir sesuatu. Patutkah dia memberitahu rahsia dia dan bossnya kepada Zylvia? Boleh percaya ke Zylvia ni?

'takpelah. Biarlah jadi rahsia aku dengan dia' kata Luna didalam hati.

'Luna' panggil Zylvia apabila melihat Luna termenung sambil memandang kearahnya.

'Ha, ye' kata Luna yang tersentak akibat dipanggil oleh Zylvia.

'Awak termenung apa? Nampak macam ada masalah je? Nak share dengan kita tak?' tanya Zylvia.

'Takde apa. Saya okay je' kata Luna sambil tersenyum hambar.

'Tak pe kalau taknak share. Saya faham. Kita takdelah rapat sangat kan? Tapi saya nak awak tahu yang saya boleh jadi pendengar setia awak. Kalau awak ada masalah dengan abang Zale tu, just tell me. Maybe I can solve your problem? Pasal Mama dengan Lia tu, awak jangan ambil hati ye? Lama-lama diorang okay lah tu' kata Zylvia yang cuba menenangkan hati Luna.

Tapi sumpah Luna tak terasa langsung dengan hinaan 2 ekor syaitan itu.

'Kenapa Via baik sangat dengan saya ye?'

Done chapter 13. Jangan lupa vote tau guys... Bubyee...

Unexpected FaithTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang