Luna menoleh kearah suara yang menegur Luna dari samping itu. Luna melihat Della sambil tersengih.
Lupa pula Della ni selalu berkunjung kerumahnya. Mesti ibu ceritakan pada Della tentang perihal "outstation" nya itu. Harap-harap Della tak pecah tembelang lah.
'Della! Kau macam mana sihat? Ibu sihat? Kau buat apa kat sini? Office kau bukan kat bawah ke?' tanya Luna.
'Aku hantar report kat manager. Aku lalu lah kat depan bilik kau ni. Tengok-tengok kau ada dalam bilik ni. Aku nak tanya kau, sejak bila kau outstation tak pernah bagitahu aku ni?' bebel Della.
Della yang melihat Luna tidak mendengar bebelannya menjadi geram. Panjang dia membebel entah dengar entah tidak gadis itu.
'Luna! Carmilla Alluna! Luna aku tanya kau ni. Boleh mengelamun pula dia ni' marah Della.
'Ha ye apa dia? Sorrylah aku tak sengaja. Kau tanya apa tadi?' tanya Luna sambil tersengih memandang kearah Della.
Della menarik kerusi di meja sebelah lalu malabuhkan punggungnya sambil menatap Luna tajam.
Luna tersengih kekok. Habislah... Nak bagitahu apa kat Della ni? Ke bagitahu hal sebenar je eh? Tapi nanti Della bagitahu ibu tak?
'Tch! Luna, kau ni kenapa ada masalah ke? Asyik termenung je' kata Della.
'Takdelah. Aku okay je' kata Luna.
'Habistu kenapa kau tipu ibu? Luna kita ni satu tempat kerja tau. Mustahil kalau kau kena pergi outstation, aku tak tahu. So, sekarang ni kau cakap apa masalah kau sampai lari dari rumah ni?' tanya Della serius.
'Mana ada aku lari rumah memandai je kau ni. Aku adalah kerja sikit. Kau tak payah risaulah. Jaga ibu tu, jangan bagi dia buat kerja banyak sangat' pesan Luna.
'Kerja apa? Eh kau macam pelik lah aku tengok. Kau ada sorok apa apa ke dari aku, Luna?' tanya Della.
'Takde apalah, biasalah kerja. Tak pernah sekali pun tak stresskan aku' kata Luna masih tidak mahu membuka mulut.
'Carmilla Alluna. Aku bukan kenal kau semalam tau. Bertahun aku hidup dengan kau. Kau ingat aku tak tahu time bila kau menipu. Kau memang jenis tak pandai menipu aku. Bagitahu aku cepat' kata Della sambil berpeluk tubuh.
'Bukan aku yang tak pandai menipu tapi kau tu yang faham sangat dengan perangai aku ni' gumam Luna.
'Memang. Kita dah macam adik beradik dah. Sekarang ni aku nak kau bagitahu aku kenapa kau tak balik rumah? Kau tidur kat mana je?' tanya Della lagi.
Luna menarik nafasnya sedalam yang mungkin kerana dia tahu kalau dia bagitahu Della, peratus ibunya akan tahu juga adalah tinggi.
'Macam berat sangat masalah kau ni' kata Della yang melihat perbuatan Luna itu.
'Okay aku bagitahu kau tapi aku nak kau rahsiakan benda ni dari ibu boleh?' tanya Luna.
'Kenapa tak boleh bagitahu ibu pula?' tanya Della lagi.
'Sebab kalau ibu tahu mungkin aku memang dah tak boleh duduk rumah tu dah. Hidup aku dah terancam' kata Luna dengan reaksi yang hampir membuat Della tertawa.
'Kau ni kenapa? Cuba bagitahu. Hidup terancam apa bagai. Cepatlah straight to main point' kata Della.
'Bagilah tahu aku dulu. Kau kena janji eh jangan sesekali bagitahu ibu ' kata Luna.
'janji apa pula ni? Jangan lengahkan masa boleh tak Carmilla Alluna oii!!' tanya Della sudah garu kepala. Apa yang susah sangat si Luna ni nak bagitahu hal sebenar tah.
Rasa nak hempuk je Luna yang berada dihadapannya itu.
Tok! Tok! Tok!
'Masuk' kata Luna apabila menyedari ada yang mengetuk pintu office nya.
'Cik Carmilla boss nak jumpa Cik Carmilla sekarang' kata Lara.
'Thank you, Lara. Nanti saya pergi' kata Luna.
'Cerita lah dulu bagi habis. Kau ni suka cerita sekerat-sekerat la. Aku pang kang jap lagi baru tau. Geram je aku' kata Della.
'Alah, sorry lah. Nanti aku sambung cerita balik. Nanti pergi lunch aku bagitahu kau. Promise' pujuk Luna.
'Betul? Kau tak cerita aku kantoikan kau kat ibu. Bagi dia tahu yang anak tunggal dia ni menipu' ancam Della.
'Eh kau ni. Tak payah eh nak jadi batu api sangat. Dahlah, nanti mengamuk orang tua tu. Dia bukan boleh lambat-lambat kang ada yang kena penangan angin monsun dia nanti' kutuk Luna.
Della tertawa mendengar kata-kata Luna itu.
'Kau jangan Luna. Nanti kau kena hadap benda tu seumur hidup kau baru tau. Time tu jangan kau nak melutut merayu depan aku, suruh aku tolong kau pula' kata Della sambil tertawa.
'Mulut tu jangan longkang sangat. Tak nak aku hadap dia 24 jam. Kemurungan, depression semua ada tengok muka ketat dia tu. Okaylah bubyee. Jumpa lunch nanti' kata Luna lalu keluar dari officenya.
Della hanya menggelengkan kepalanya. Walaupun dia sedang marah, tapi kalau dengan Luna, marahnya reda dengan cepat.
Della pun bangun dari kerusi lalu keluar dari office Luna dan ke officenya di tingkat 10 untuk menyambung membuat kerja nya yang tergendala tadi.
~~~~~~~~~~~
Luna mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk kedalam office bossnya.
'Yes, boss? Via?' tanya Luna usai masuk kedalam office Zale. Zyvia duduk disofa menunggu kedatangan Luna.
'Hi, Luna' sapa Zyvia mesra.
'Kenapa Via ada kat sini?' tanya Luna pada Zyvia.
'Via, nak ajak abang dengan Luna keluar lunch' kata Zyvia.
'Lunch? Awal lagilah Via. Baru pukul 8.40 ni. Kenapa Via datang awal sangat?' tanya Luna lagi.
Zale tidak menyampuk. Dia hanya membuat kerjanya tanpa mencelah berbualan Luna dan adiknya, Zyvia.
Dia pun terkejut tadi dengan kedatangan tiba-tiba Zyvia itu. Puas ditanya mengapa Zyvia datang ke office nya. Katanya ingin berjumpa dengan Luna. Jadi, dia panggillah Luna ke officenya dan di menyambung kerjanya yang tergendala.
'Awal sangat eh? Sorrylah, Via bosan duduk kat rumah tu. Mama dengan Lia keluar dengan Kiera. Via duduk sorang dekat rumah tu. Bosan. Jadi, Via datang sini. Alang-alang dapat jumpa Luna' kata Zyvia.
'kenapa Via tak ikut je mama dengan Lia? Sekarang ni Via kena tunggu sampai lunch hour. Saya mana boleh keluar awal, kalau tak abang awak yang asyik moody tu bebel kat saya' kata Luna. Kata kata mengutuk Zale itu hanya mereka berdua je dengar.
Via tertawa sambil memandang kearah Zale. Memamg betul pun. Dia pun tak ingat bila last dia nampak abangnya tersenyum sebelum buat muka moody 24 jam tu.
'Abang Zale, nanti bawa Luna pergi lunch sekali tau. Keluar awal sikit. Nanti awak tolong ingatkan abang saya tau. Dia kalau dah buat kerja memang tak ingat dunia dah' kata Zyvia.
'Kau ingat company ni kau punya ke? Arah-arah orang je tahu' kata Zale dingin.
'Alah bolehlah bang! Demi adik mu yang cantik lagikan comel ni' kata Zyvia memuji dirinya sendiri.
'Eii jangan perasan. Nak muntah aku dengar' kata Zale.
'Luna, pujuklah your future husband tu. Kalau tak Via merajuk' kata Zyvia pada Luna. Zyvia sudah memeluk tubuh sambil berpaling kearah lain.
'Ha? Eh jangan lah merajuk. Okay, saya try' kata Luna sambil menjeling kearah Zale untuk meminta tolong. Tapi Zale seolah-olah tidak nampak. Dia fokus semula kearah kerjanya.
Luna mengecilkan matanya.
'Ouh, kau cabar aku eh? Jangan salahkan aku pula nanti' gumam Luna didalam hati. Luna berhenti lalu menghampiri meja kerja Zale dengan langkah yang mengoda.
'Love...'
Done chapter 16. Fun chapter arrive. Kalau nak tahu fun chapter apa. Jangan lupa baca chapter seterusnya tau. Jangan lupa vote tau guys... Bubyee...
ANDA SEDANG MEMBACA
Unexpected Faith
RomansStart: 1/3/22 End: Carmilla Alluna - Hidupnya menjadi kucar-kacir apabila terpaksa menerima lamaran bossnya untuk menjadi fake girlfriend bossnya ya g perlu menghadiri satu acara dengan pasangan. Disebabkan rasa kasihan pada bossnya itu, dia pun te...
