Della mendengar cerita Luna dengan tekun sekali.
'Macam tulah. So kau faham kan? ' tanya Luna.
'Yea, tapi aku still tak percaya yang boss macam tu. Jadi sekarang ni kau ni kira girlfriend boss la kan? ' tanya Della.
'Mana ada, semalam je. Hari ni aku dah bebas. Untuk malam itu sahaja' jelas Luna lagi.
'Ouh okay, tapi kau sure ke untuk malam semalam je? Macam mana kalau family dia nak bukti? Macamlah kau tak tahu yang boss tu anti-perempuan tiba-tiba semalam dia kata dia ada girlfriend. Kan pelik tu. Aku tak rasa yang family dia percaya bulat-bulat' jelas Della pula.
'tulah, aku pun ada terfikir juga. Tapi kau nak tahu something yang pelik tak? ' tanya Luna.
'Apa?' tanya Della.
'Boss tu ada calon pilihan keluarga dia sendiri tau. Cantik tapi aku tak faham kenapa dia pilih aku sedangkan dia ada tunang sendiri? ' tanya Luna. Dia runsing sekarang.
'Maybe dia taknak dengan perempuan tu? Tapi aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Masalah boss ni bukan masalah mudah. Ni dah macam kena jawab soalan KBAT kau tahu tak. Aku rasa better kau tanya boss sendiri' cadang Della.
'Taknaklah, segan pula aku nak tanya dia macam tu. Macam kau tak kenal angin dia tu macam mana kan? Manalah tahu, aku baru je nak buka mulut tiba-tiba kena tengking ke? ' kata Luna.
'Ni lagi satu aku bak tanya. Sepanjang aku kerja kat sini, aku tak pernah dengar lagi Camilla Alluna kena tengking dengan boss. Kau tak rasa ke boss memang suka kau dah lama?' kata Della.
'Ish, takkanlah. Kau ni merepek je. Mana kau tahu aku tak kena marah dengan dia? kau ada kat tempat aku ke?' kata Luna.
'Takde, tapi ini fakta okay. Aku tak pernah lagi dengar orang gosip pasal kau kena tengking dengan boss. Paling kurang pun kau kena marah-marah manja kan?' kata Della.
'Mana ada lah, sama jelah. Macam mana boss layan aku dengan staff dia yang lain' kata Luna.
'Dahlah, aku nak makan ni. Nanti sejuk tak sedap' kata Della yang lapar apabila melihat makanan yang terhidang dihadapannya.
'Aku ingatkan kau taknak makan dah. Bersembang macam takde hari esok' perli Luna.
'Eh kau ni! Dah tahukan kerja aku apa? Bukan macam kau duduk dekat meja goyang kaki' kata Della pula.
'Eh kau ni! Kerja aku lagi susah tau. Ada connection dengan boss kau tu. Jadi kena hati-hati. Macam kau tu aku rasa kalau orang lain cover pun settle je kerja kau tu' kata Luna.
'Pandailah kau. Mana ada orang nak cover kerja aku. Jadi terpaksalah aku buat sendiri' kata Della sambil-sambil itu dia menyuapkan makanan ke mulutnya.
Luna pun membuat perkara yang sama.
~~~~~~~~~~~~
Selepas keluar dari kedai buku, Zale pergi ke sebuah cafe untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.
'Hey! Wassup Zale. Oh, dah ada girlfriend taknak roger kitaorang eh?' usik Carol. Dia ni orang yang suka jaga tepi kain orang.
'Bila masalah aku ada girlfriend?' kata Zale.
'Tu lah tu, habis perempuan yang kau bawak pergi majlis malam semalam tu siapa ngok! ' kan dah kena setepek dengan Edward. Salah seorang lagi kawan Zale yang kepoh.
'Kau ada girlfriend, Zale? ' tanya Zarol tidak percaya.
'Kau tak nampak ke semalam, Zarol? Perempuan yang datang dengan mamat ni semalam?' tanya Carol pada Zarol.
'Aku nampaklah. Really Zale? That is your girlfriend?' tanya Zarol tidak percaya.
Sebab apa dia tak percaya? Sebab antara diorang tu yang tak suka bercakap dengan layan perempuan adalah Zale. Walaupun dengan client perempuan ataupun adik beradik perempuan kawan-kawannya itu. Dia lebih memilih berdiam diri apabila berhadapan dengan perempuan.
Mana ada perempuan nak sangkut dengan dia kan kalau dengan perempuan pun tak bercakap atau senyum.
Zale menggelengkan kepalanya. Dia melihat kearah Hayderz yang asyik memandang kearah kanannya.
'Hay, kau tak de apa apa nak tambah sebelum aku jawab soalan korang semua tadi?' tanya Zale pada Hayderz.
'No' jawab Hayderz yang memandang kearah Zale dengan muka mendatarnya lalu memandang kearah kanannya tadi.
'Bro, kau usya apa dho?' tanya Carol apabila perasan yang Hayderz asyik memandang ke sebelah kanannya bermakna Hayderz sedang melihat kearah meja di sebelah mereka.
Semua ikut memandang kearah yang sama dengan tempat Hayderz pandang itu.
'Nothing, just the girls looks familiar' kata Hayderz.
'Weh, usya awek bhai. Bila kau ikut perangai Carol ni, Hay?' usik Edward.
'Eh asal aku pulak? Kau lah!' kata Carol menafikan.
'Korang baik diam sebelum aku. Tendang sekor-sekor' warning Zale.
Terdiam terus mereka.
~~~~~~~~~~~~~
Della menendang kaki Luna dari bawah meja.
'Aduh, kau ni kenapa Del? Sakit tau tak' marah Luna.
'Weh, Luna kau perasan tak meja sebelah kita ni asyik renung kita? Aku tak selesa lah' kata Della.
'Biarlah, mungkin kita cantik sangat kot. Dah la, aku nak habiskan makanan ni cepat. Lepasni boleh baik and rehat' kata Luna.
'Weh, Luna aku tak main-main okay. Dah la yang tengok kita tu semua lelaki. Aku takutlah kalau diorang buat apa apa kat kita' kata Della.
'Habis tu kau nak suruh aku buat apa?' tanya Luna.
'Bagilah warning kat diorang ke? Telefon polis ke? Apa apa jelah. Tak pun jomlah balik' cadang Della.
'Del, kau nampak tak siapa yang tengok kita tu?' tanya Luna.
'Tak, aku nampak dari ekor mata je. Muka diorang seram dho. Nak toleh pun rasa seram sejuk' kata Della.
'Kau jangan nak buat cerita hantu kat sini eh. Yelah, yelah. Jap aku sound diorang jap' kata Luna.
Luna pun berdiri lalu mengadap kearah meja di sebelah kiri mereka.
'Tengok-tengok apa?! Nak aku cucuk biji mata korang dengan garpu ni?! Nak makan pun tak senang' marah Luna.
Tapi apabila dia memandang seorang demi seorang di meja tersebut, baru dia perasan something. Pandangannta jatuh pada orang yang memandangnya dengan muka dingin.
Dia terus sahaja duduk di mejanya semula. Pelanggan dan pekerja yang melihat tidak dihiraukan.
'Del, kenapa kau tak bagitahu aku?' marah Luna sambil menghalang mukanya dengan tangan.
'Aku pun baru perasan, Luna' kata Della pula.
'Jom balik sebelum benda yang tak diingini jadi' cadang Luna.
'Okay aku setuju dengan cadangan kau' kata Della.
Mereka pun bangun bersama lalu pergi dari situ dengan cepat. Nasib baik mereka dah bayar sebelum makan tadi.
Zale di meja sebelah hanya memandang kepergian Luna dan Della itu.
Done chapter 9. Jangan lupa vote tau guys. Kalau nak next chap. Bubyee...

ANDA SEDANG MEMBACA
Unexpected Faith
RomanceStart: 1/3/22 End: Carmilla Alluna - Hidupnya menjadi kucar-kacir apabila terpaksa menerima lamaran bossnya untuk menjadi fake girlfriend bossnya ya g perlu menghadiri satu acara dengan pasangan. Disebabkan rasa kasihan pada bossnya itu, dia pun te...