Luna terkaku didepan pintu apabila melihat kereta mewah berwarna hitam pekat terparkir elok di hadapan rumahnya.
Pemandu tersebut membuka tingkap sebaik sahaja melihat orang yang ditunggunya.
Terbuntang mata Luna apabila pemandu itu menurunkan tingkap keretanya. Dia memandang ke belakang untuk melihat jika ibunya ada dibelakangnya atau tidak.
Fuh! Nasib baik tiada... Dia pun terus mendekati kereta Zale yang terpakir elok di halaman rumahnya.
'boss? Boss buat apa kat sini? Nanti mak saya nampak macam mana? Boss nak datang pun bagilah tahu dulu? Eh.. mana boss tahu rumah saya ni? Boss stalker eh?' selar Luna tanpa memberi peluang untuk Zale menjawab.
'Kau boleh tak jangan nak membebel lagi? Masuk sekarang. Dahlah lambat. Melambatkan kerja aku lagi' perli Zale.
'Saya tak suruh pun boss datang sini' bidas Luna.
'Masuk sekarang, Carmilla Alluna ' kata Zale tegas.
Cepat sahaja kaki Luna melangkah ke belakang kereta. Diangkatnya bonet kereta tapi tidak terbuka. Di cuba lagi tapi masih tidak boleh. Akhirnya, dia melaung pada Zale yang duduk dikerusi pemandu tanpa keluar menolongnya pun.
'Boss macam mana nak buka bonet ni? Saya nak cepat ni. Bonet ni melambatkan kerja saya' kata Luna. Menyalahkan bonet pula dia yang tak reti buka.
Zale mengeluh perlahan lalu keluar dari keretanya. Dia ke belakang lalu menekan satu button dan otomatiknya bonet tersebut terbuka.
'Oh... Manalah saya tahu. Saya bukan pernah pakai kereta mewah macam ni' kata Luna malu.
'Luna, tak pergi lagi ke? Siapa ni, Luna? ' tanya seseorang dari muka pintu.
Luna memandang kearah pintu rumahnya. Dia melihat Alyssa berada didepan pintu sambil melihat kearah Zale yang berada di sebelah Luna.
'Luna nak gerak dah ni. Er.. inilah boss Luna. Luna nak pergi dah ni nanti lambat. Bye ibu.. ibu jangan lupa rehat tau..' kata Luna lalu pantas sahaja tangan menutup bonet. Nasib baik tak tersepit tangan Zale.
Tubuh Zale ditolak oleh Luna ke tempat pemandu. Zale hanya mengikut tanpa membantah.
Zale senyum sekilas kepada Alyssa sebelum masuk kedalam kereta. Luna pula masuk ke bahagian pemandu.
Zale membawa kereta ke rumahnya. Luna hanya berdiam diri disebelah tempat pemandu.
'Why you scared you're mother see us together?' tanya Zale memecahkan suasana yang hening.
'Huh?' tanya Luna blur.
'You heard it, right? ' kata Zale dengan muka bosan. Boleh pula dia buat blur. Sedangkan soalan tu takde maksud tersirat pun.
'My mother doesn't know about this and I don't want to let her know. Sebab semua ni sementara je kan?' kata Luna yang menginginkan kepastian.
Zale mendiamkan diri. Dia pun tidak pasti dengan apa yang dia buat sekarang ini. Sekarang ini dia pergi terlalu jauh. Serumah dengan perempuan? Hell no! Dia lebih rela hidup sorang diri.
'boss tak jawab lagi soalan saya!' kata Luna geram. Boleh pula dia membatu kat situ. Orang tengah tanya soalan ni. Entah dengar ke tidak tu..
'Kau nak apa? Duduk diam-diam tak boleh ke?' tegur Zale dingin. Dia sebenarnya tak dengar pun apa yang Luna tanya tadi.
'Ish, jawab dulu soalan saya tadi' kata Luna masih berkeras mahu tahu mengapa dan kenapa dia perlu mengangkut barang peribadinya ke rumah bossnya itu?
'Soalan apa?' tanya Zale pula.
'Soalan yang saya tanya banyak-banyak kat office boss tu lah. Lagi satu, saya nak tambah pertanyaan lagi ni' kata Luna denga tidak malunya. Masih ingin bertambah pertanyaan pula.
Dia sangat memegang kata "malu bertanya, sesat jalan" jadi dia tanyalah tanpa segan silu.
'then?' soal Zale semula.
'Oh my, boss. Saya ni baran juga tau kadang-kadang boss jangan cabar kesabaran saya' kata Luna geram.
Boss tak boss. Kalau Luna dah mengamuk semua orang dia hembur. Even orang tu pangkat tinggi sekali puj kalau dah buat dia naik hangin satu badan memang kena jugak.
Zale yang kekal dengan pemanduannya membuatkan Luna semakin geram. Orang tanya dia, dia boleh diam pula.
'Suka hati, boss lah' kata Luna lalu memeluk tubuh dan pandang keluar tingkap untuk cool do itwn kan kemarahannya.
'Nanti kau akan tahu sendiri' kata Zale.
Itu sahaja yang Zale mampu katakan, sebelum dia fokus pada pemanduannya semula.
~~~~~~~~~~
Sampai sahaja di rumah milik Zale Eze Iowherth, Zale menarik handbrake lalu keluar tanpa menghiraukan Luna yang masih amazed dengan rumah Zale.
Rumah itu tidaklah sebesar rumah istana tapi rumah tersebut cantik dan cukup besar baginya.
'Besarnya rumah ni!! Macam tak percaya cita-cita aku tercapai juga nak duduk rumah macam ni' kata Luna excited.
Zale mengetuk tingkap apabila perasan yang Luna tidak keluar lagi. Luna membuka pintu lalu keluar dari kereta mewah bossnya itu.
'Sampai bila kau nak duduk dalam tu? Ke kau nak tidur je dalam kereta tu?' perli Zale.
'Sorry lah, saya terpukau tengok banglo boss yang serba mewah ni. Kitonyo mana mampu nak beli rumah macam ni. Kempunan je lah' balas Luna selamba.
'Tutup mulut tu. Nanti masuk lalat dah menyusahkan aku nak kena bawak kau pergi hospital pula' kata Zale pula.
'Rumah cantik- bersih macam ni pun ada lalat ke? Saya rasa pembantu kat rumah ni tak buay kerja elok-eloklah. Kotoran kat celah-celah mesti diorang tak kikis sampai bersih. Tu ada lalat tu' kata Luna mula merepek
'Apa yang kau merrpek ni? Dah jom masuk. Bawak barang kau tu' kata Zale sambil menunjukkan beg milik Luna yang telah dia bawa keluar tadi.
'Bukan nak tolong ke apa ke? Nak menyuruh je tahu' bebel Luna tidak puas hati.
'Cepat sikit terhegeh-hegeh' perli Zale yang berada dihadapan itu.
'Kau boleh lah nak melenggang, tak bawak apa apa. Aku ni? Dengan beg lagi, beg bagasi lagi. Tak gentleman langsung. Haih... Bersabar jelah Luna. Yang penting masyuk' kata Luna didalam hati lagi.
Tiba-tiba Zale berhenti membuatkan Luna yang tifak perasan akan hal tersebut melanggar belakang badan Zale.
'erh, Aduhhh... Asal kau berhenti tengah-tengah jalan ni? Bukan ada lampu merah pun!' kata Luna didalam hati sambil menggosok dahinya. Mesti dah merah.
Baru sahaja dia ingin sound orang dihadapannya, dia terdengar suara yang asing dihadapannya.
'Hi, ma brother. Dari mana ni dengan bawa luggage? Kena halau ke?' soal Zylia dihadapan pintu.
Now dia tahu kenapa Zale berhenti mengejut. Bala dah sampai.
Done chapter 12. Jangan lupa vote tau guys... Bubyee...

ANDA SEDANG MEMBACA
Unexpected Faith
RomanceStart: 1/3/22 End: Carmilla Alluna - Hidupnya menjadi kucar-kacir apabila terpaksa menerima lamaran bossnya untuk menjadi fake girlfriend bossnya ya g perlu menghadiri satu acara dengan pasangan. Disebabkan rasa kasihan pada bossnya itu, dia pun te...