Chapter 15

7 0 0
                                        

Zale dan Luna berangkat ke office bersama-sama memandangkan ibu serta adik beradik bossnya itu masih berada di rumah boss nya.

'Apa yang korang bergaduh pagi tadi?' tanya Zale. Selagi dia tak dapat jawapan selagi jtu dia tidak berpuas hati.

'Takde apa pun lah. Boss tak payah risau' kata Luna. Tidak mahu membebankan fikiran lelaki itu dengan kejadian pagi tadi.

'Don't lie, Carmilla Alluna. Kau tahu yang aku paling pantang kalau orang menipu' warning Zale.

'Janji boss jangan marahkan adik-adik boss tu. Diorang tu budak-budak lagi cakap pun tak fikir 2 3 kali' kata Luna serba salah.

'Can you just straight to the point? Tak perlu kot nak berdalih-dalih macam ni' kata Zale mula tercabar kesabarannya.

Luna menghelakan nafasnya perlahan sebelum memulakan bicaranya.

'Diorang bergaduh sebab saya' kata Luna. Akhirnya terpaksa dia luahkan juga.

'Diorang bergaduh sebab apa?' tanya Zale lagi.

'Diorang bergaduh sebab saya gantikan tempat ex tunang boss tu. Macam boss tak tahu yang mama boss dengan Zylia tu sayang sangat kat ex tunang boss tu' kata Luna.

Zale menjeling tajam kearah Luna.

'Ex tunang aku? Siapa?' tanya Zale pada Luna.

'Eh, boss tunang dengan siapa dulu, boss tanya saya pula. Betul-betul dah move on ni sampai ex tunang sendiri pun dah lupa' kata Luna tidak percaya.

'Betul-betullah aku tanya kau ni... Siapa ex tunang aku? ' tanya Zale lagi.

'Cik Kiera lah. Cik Kiera kan ex tunang boss yang tak jadi tu. Kalau tidak kenapa Mama boss dengan Zylia sayang sangat dengan dia' kata Luna. Rasa sebal pula hatinya apabila dia terfikirkan tentang perempuan berlagak itu.

'Huh? Siapa yang kata Kiera tunang aku? ' tanya Zale semula.

'Zylia dengan mama boss lah yang kata. Dia kata sebab saya pura-pura jadi girlfriend boss ni, boss tinggalkan Cik Kiera. Sekarang ni saya pelik. Boss dah ada cik Kiera kenapa nak saya jadi girlfriend pura-pura boss ni? Ke apa yang mama boss bagitahu saya tu betul? Yang saya ni orang ketiga dalam hubungan boss? Kalau macam tu baik saya undurkan diri. Saya taknak jadi orang ketiga. Orang ketiga tu orang jahat boss tahu tak?' jelas Luna.

Zale memberhentikan keretanya ditepi jalan.

'Boss dah kenapa berhenti ni? Boss nak halau saya ke? ' kata Luna tuduh melulu.

Zale menjentik dahi Luna.

'Aaauuch... Boss ni dah kenapa?' kata Luna sambil menggosok dahinya yang tiba-tiba dijentik oleh Zale.

'Dah habis cakap dah? Kau ni banyak makan semut ke apa? Kan aku dah cakap yang Kiera tu cuma pilihan keluarga aku je bukan aku suka kat dia pun. ' kata Zale.

'Eh sebab tulah saya kena hembur dengan diorang boss. Sebab diorang ingat saya yang goda boss untuk tinggalkan Cik Kiera' kata Luna tidak mahu kalah.

'Mulut kau ni memang murai ke macam mana? Potpet je dari tadi' kata Zale lagi. Zale merenung kearah Luna yang berada disebelahnya.

Luna hairan dengan kelakuan bossnya pada pagi itu. Takde angin, takde ribut nak pula dia melayan karenahnya.

'Geraklah boss nanti saya lambat masuk office' kata Luna. Rasa gerun pula dua apabila melihat bossnya asyik merenung tajam kearahnya. Rasa nak cepat-cepat keluar dari situ.

'Kau datang dengan aku dah confirm lah aku tahu sebab apa kau lambat. Sekarang ni kau dengar elok-elok apa aku nak cakap ni' kata Zale dicantas apabila Luna berbicara.

'Itulah masalahnya, saya bukan PA boss pun. Saya pekerja biasa je. Kalau saya masuk office dengan boss bukan ke benda tu akan jadi buah mulut orang? Nak nak lagi, nampak saya keluar dari kereta boss ni. Mana saya nak letak muka saya ni?' kata Luna runsing.

'Carmilla Alluna ! Boleh tak kau diam sekejap? Dengar apa aku nak cakap?' kata Zale sambil menutup mulut Luna dengan tangannya.

Terbeliak mata Luna apabila tangan boasnya berada di mulutnya tapi tidak bertembung dengan bibirnya.

Luna mengangguk seperti burung belatuk kerana terkejut punya pasal.

'First of all, kau jangan cakap pasal perempuan tak betul tu depan aku. Second, dia bukan ex aku. Couple dengan dia pun aku tak pernah. Perempuan tu saja buat cerita bagi keluarga aku kesian kat dia. Third, sebab perempuan tulah aku upah kau jadi fake girlfriend aku. Taknak aku jadi partner perempuan gila tu. Takdenya kau jadi orang ketiga. Tak payah nak merepek' jelas Zale satu persatu dari soalan yang membelenggu diri gadis dihadapannya itu.

'Perempuan tu yang orang ketiga' kata Zale didalam hati.

'Habis tu sampai bila benda ni nak habis? Dah melarat sangat ni. Saya takut kalau benda ni melarat semakin teruk' kata Luna.

'Aku nak kau follow the flow. Aku tak rasa yang perkara ni akan berlanjutan lama. Mama aku, Lia and Via takkan lama stay kat situ. Lepas je diorang balik. Kau dengan aku dah tak de apa apa' kata Zale..

'Betul?' tanya Luna.

'Hmm.. sekarang ni aku perlukan ketenangan so kau boleh diam' kata Zale lalu dia mulakan pemanduannya.

Dia sendiri pun tidak menjangkakan hal tersebut berpanjangan. Dia sangkakan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih hanya setakat selepas mereka makan malam itu sahaja. Tatapi sekarang sudah jauh dari expectation nya.

Yang dia boleh lakukan sekarang adalah follow the flow dan tunggu masa itu berakhir.

~~~~~~~~~~~~

Zale sampai di office terlebih dahulu sebelum Luna kerana Luna meminta Zale untuk menurunkannya jauh dari bangunan office mereka. Dia tidak mahu menjadi buah mulut orang jika ada pekerja yang melihat dia turun dari kereta bossnya itu.

Berlari Luna masuk kedalam bangunan officenya. Nasib ada lagi beberapa minit sebelum dia terlewat. Dia sudah set baik punya untuk masuk awal hari ini. Bossnya boleh buat hal berhenti tepi pula. Nasib dia tidak lambat masuk.

Kalau tidak, dia akan salahkan bossnya itu.

'Carmilla, yang kau tercegat kat situ lagi buat apa? Dah takde kerja nak buat?' sergah Zale dari belakang gadis itu.

'Ada boss' kata terkejut. Tiba-tiba disergah begitu siapa je yang tak terkejut.

Zale kembali ke ruangannya. Luna pula masuk kedalam officenya. Baru sahaja ingin memulakan hari yang bakal memenatkannya, ada seseorang mengganggu ketenteramannya dengan mengetuk pintu officenya.

Dengan kesabaran yang cuba dipupuk, dia membenarkan orang tersebut masuk. Tanpa melihat orang yang terpacak dihadapan pintunya itu, dia membuka file.

'Luna? Kau buat apa kat sini? Ibu kata kau outstation?'

Done chapter 15. Jangan lupa vote tau guys... Bubyee....

Unexpected FaithTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang