Chapter 19

1 0 0
                                        

Luna masuk kedalam office Zale setelah dipanggil oleh bossnya itu. Seperti biasa Luna ketuk dahulu pintu bilik bosnya itu.

Setelah diberi kebenaran baru dia masuk. Tidak inginlah dia terjah seperti tadi. Kan dah malu sampai sekarang.

'Asal kau cari aku tadi? Via ada buat hal ke?' tanya Zale.

Luna menggeleng selepas itu mengangguk pula.

'Mana satu ni? Ada ke takde?' tanya Zale pelik.

'Takde dan ada, boss' kata Luna.

Zale pelik dengan kenyataan yang diberikan oleh Luna itu.

'Apa kau nak cakap sebenarnya ni?' tanya Zale lagi.

'Macam ni boss, Via takde lah buat hal masa saya keluar dengan dia tadi tapi, dia suruh kita kahwin. Bos tak rasa ke penipuan ni dah jauh sangat?' kata Luna runsing. Dia membawa diri ke sofa empuk yang ada didalam office bossnya itu.

Zale sembunyikan senyumnya. Dia berpura-pura sibuk dengan kerja-kerja diatas mejanya.

Luna semakin berang apabila Zale tidak memberi perhatian padanya.

'Boss dengar tak apa yang saya cakap ni? Boss tak rasa ke kita kena hentikan lakonan kita ni? Mula-mula sekadar peneman, lepastu kena duduk sebumbung, then kahwin pula. Lepas ni apa? Nak kena ada anak pula? Boss, dah makin teruk sangat dah ni' bebel Luna panik. Dia berdiri dari duduknya. Tak tenang hidupnya sekarang ini.

Zale bangun dari kerusinya lalu menghampiri Luna yang tidak senang duduk itu. Tang masuk kedalam poket.

Zale berdiri dihadapan Luna, manakala Luna yang perasan jarak diantara mereka sangat rapat, cuba mencipta jarak. Tapi semakin dia kebelakang, semakin galak Zale mendekat.

'Bukan ke tadi kau tak puas hati dengan aku? Kau jealouskan dengar kisah aku dengan perempuan-perempuan lain?' tanya Zale.

Luna mati kata. Memang betul tapi dia sedar diri dia siapa.

Zale merapat ke arah Luna sehinggakan Luna jatuh terduduk di atas sofa itu semula. Zale mendekatkan wajahnya dengan Luna. Tangannya menjadi menghadang dari wajah mereka bersentuhan.

'Sekarang bukan masa yang sesuai nak cakap pasal benda ni. Kita ada benda lagi penting nak kena bincang' kata Luna pada Zale.

'Apa yang lagi penting?' tanya Zale sengaja buat Luna gelabah.

'Keluarga boss suruh kita kahwin kalau tak diorang nak kahwinkan boss dengan Miss Kiera' kata Luna sambil menutup mata. Cuak punya pasal.

'Then, kahwin jelah' kata Zale.

Luna buka matanya. Dia melihat Bossnya berada terlalu dekat dengannya.

Cepat-cepat Luna menolak Zale menjauhinya.

'Boss dah gila ke? Ibu saya tak tahu apa apa tau pasal benda ni. Nanti kalau boss tiba-tiba datang rumah saya, saya nak cakap apa dengan ibu saya?' Kata Luna panik.

'Aku tak suruh pun kau berahsia. So, itu masalah kau. Siapa suruh tak bagitahu mak kau' kata Zale selamba.

'Habis tu saya nak kata apa dengan ibu saya? Nak kata yang pagi saya kerja company boss, malam saya jadi girlfriend olok-olok boss ke? Kita belum kahwin tau boss dah kena duduk sekali. Ibu saya marah tau tak. Nanti dia fikir yang saya tak pandai jaga diri' bebel Luna tidak puas hati.

'Dah tu, kahwin jelah solution nya. Settle masalah' kata Zale.

'Tapi -...'

'Tapi apa? ' tanya Zale.

Luna menghelakan nafas berat.

'Boss tahu kan saya ni orang biasa je. Boss tu lainlah orang ternama. Ramai orang pandang tinggi. Ramai orang suka. Saya ni siapa je' kata Luna dengan maksud yang tersirat.

'Kau dengan aku sama je. Sama-sama manusia juga. Apa masalahnya?' tanya Zale polos.

'Ish, boss ni orang serius dia main-main pula. Saya tahulah yang kita ni manusia. Maksud saya, boss tak mungkin pandang orang macam saya ni. Saya ni bukan orang yang pandai, cantik, famous macam Cik Kiera tu' kata Luna geram. Tanpa sedar dia luahkan apa yang teepwndam didalam hatinya.

'kalau aku suka orang macam tu buat apa aku ajak kau kahwin dengan aku? Untuk apa aku mengalah untuk kau? Untuk apa aku tunaikan semua permintaan kau tanpa fikir panjang? Untuk apa aku terima kau dalam hidup aku? Untuk apa?' kata Zale. Setapak demi setapak dia menghampiri Luna sambil menanyakan soalan tersebut pada Luna yang jelas tiada jawapan untuk semua itu.

Luna mati kata. Dia tergamam apabila mendengar luahan tersebut. Bossnya sedang meluah perasaan ke?

'Untuk apa aku lindungi kau dari family aku sendiri? Kiera tu cuma masa lalu aku yang tak pernah aku cinta pun. Kau orang yang aku pilih. Kau dah jadi milik aku sejak aku pilih kau' kata Zale.

Zale menolak lembut Luna supaya duduk. Dia duduk disamping Luna lalu mengiringkan Luna menghadap kearahnya. Dia mengusap lembut pipi Luna.

Luna tersentak dengan perbuatan bossnya itu. Sebelum ini, Zale ada juga mengusap pipinya tapi dia sedar waktu itu bossnya tidak memiliki apa apa perasaan padanya dan dia tahu itu hanyalah lakonan semata-mata. Tapi sekarang dah berubah. Selepas apa yang diluahkan oleh bossnya sebentar tadi, dia merasa ada kelainan cara Zale menyentuhnya.

Pipi Luna terasa bahang. Dan wajah gadis itu merah bak tomato yang masak. Diam tidak berkutik Luna disitu. Terkejut punya pasal.

Luna telan air liurnya kesat. Tiba-tiba rasa takut pula dengan bossnya ini. Rasa macam nak cepat-cepat keluar dari situ.

'B-boss, saya tiba-tiba teringat yang saya ada kerja kena buat. Urgent' kata Luna gagap. Seram sejuk sahaja badan dia sekarang ni.

Dia mengalihkan tangan Zale lalu dia bangun dan keluar dari office Zale. Zale yang memandang kearah pintu yang bertutup itu tersenyum sinis.

Gila!

Ya, sia sedang buat kerja gila. Confession tidak pernah ada dalam kamus hidupnya sebelum ini.

Tapi dengan mudah sahaja dia luahkan perasaan pada seorang gadis yang dia kenal tidak lama pun. Gadis itu berjaya mengambil hatinya dan membuatkan dia tidak senang duduk.

'Camilla Alluna' nama itu meniti bibir Zale lalu tersenyum kecil. Dia yakin dia sudah menemukan kebahagiaan nya.

~~~~~~~~~~~

Luna berlari masuk ke dalam officenya. Dia duduk sahaja di atas kerusinya, dia memegang pipinya yang membahang.

Dia melihat reflek dari cermin kecil yang memang tersedia diatas mejanya itu.

Wajahnya merah seperti baru lepas berlari sekeliling padang bola. Dan jantungnya juga berdebar kencang. Seperti baru lepas lari pecut.

Tok! Tok! Tok!

Seseorang ketuk pintu officenya. Luna berdehem beberapa kali sebelum membenarkan orang tersebut masuk.

'Yes?' tanya Luna pada orang tersebut.

'Carmilla are you okay? Aku nampak kau berlari dari bilik boss tadi. Kenapa? Boss marah kau lagi ke? Muka kau merah tu kenapa?' tanya Carol pada Luna.

Luna merenggus perlahan mendengar soalan-soalan dari Carol itu. Tapi wajah tetap dimaniskan.

'Tak de apa pun. Biasalah bila dah bekerja ni buat salah mesti kena marah. Tadi aku berlari kan? Panas, tu yang merah tu' kata Luna sambil pura-pura mengelap peluh didahinya.

'Ouh, kau bersabarlah ye. Biasalah tu bekerja. Kau jangan simpan dalam hati pula apa yang dia marah kau tu' pesan Carol.

'Hurm, kalau takde apa apa. Kau boleh sambung kerja. Aku pun nak sambung kerja ni' kata Luna. Menghalau...

Tiba tiba ada orang berdeham didepan office Luna. Menyentakkan 2 manusia itu. Serentak mereka menoleh kearah pintu.

'Huk-hurm'

Done chapter 19. Jangan lupa vote tau guys... Bubyee...

Unexpected FaithTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang