Chapter 22

3 1 0
                                        

Luna bangun dari tidurnya. Dia melihat coat yang dipakai oleh Zale tadi membaluti tubuhnya tapi kelibat tuannya tidak nampak di dalam kereta itu.

Luna mengintai luar kereta. Permandangan malam kotanya menghiasi pandangan juga hutan-hutan disekelilingnya yang gelap menjadi pemandangannya. Cahaya hanya bergantung pada lampu kereta Zale. Suasana pula sunyi sahaja. Tiada langsung bunyi serangga hutan yang menemaninya.

Zale membawa dia ke mana ni? Takkan disebabkan pergaduhan tadi, Zale sanggup meninggalkannya ditempat sunyi itu.

Tempat tu cantik memanglah cantik. Tapi takkan tinggal dia sorang-sorang? Dahlah duduk atas bukit.

Luna keluar dari kereta untuk mencari kelibat bossnya yang menghilang.

'Boss? Boss? Jangan lah tinggal saya sorang-sorang kat sini. Saya takut' kata Luna. Keadaan yang sunyi dan gelap itu sedikit sebanyak menakutkan Luna. Terasa seram sejuk sahaja. Masa sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Buat apalah bossnya membawanya ke situ malam-malam buta ini?

Dengan tidak memakai kasut dia mencari disekitar situ. Tidak berani dia nak pergi jauh-jauh. Dia pun tak tahu apa binatang apa yang akan keluar dari semak samun yang ada disekelilingnya nanti.

'Boss, kenapa tinggal saya kat sini?' kata Luna lagi. Dia memanggil bossnya sambil matanya melilau kesana-sini.

Setelah penat, dia pun mencangkung lalu memeluk lututnya. Didalam hati dia berdoa supaya Zale datang membawanya pulang.

'Boss pergi mana? Saya takut duduk sorang-sorang' getus hati Luna.

Zale yang berjalan santai ke keretanya pelik apabila melihat seseorang sedang mencangkung di tepi keretanya. Dia pun cepat-cepat menghampiri keretanya.

Semakin dekat, Zale semakin kenal dengan kelibat yang mengcangkung ditepi keretanya itu. Dengan tak pakai kasutnya.

'Kau ni memang bole terlelap kat mana-mana je eh?' tanya Zale. Dia berdiri disebelah gadis itu.

Luna yang terdengar suara yang dia kenali itu terus mengangkat kepalanya. Dia berdiri dengan amarah yang menggunung. Tubuh kekar itu dipukul geram.

'Kenapa boss tinggal saya? Boss jahat! Saya takut tau tak! Saya benci tempat gelap' marah Luna pada Zale. Bukanlah sakut pun tumbukkan tidak bermaya Luna itu tapi Zale tersentak kerana tiada sesiapa yang pernah membuatnya begitu. Luna yang pertama.

Kalau orang lain yang tumbuk dia, dah lama kena makan penampar dia. Zale menggenggam tangan halus itu supaya berhenti dari memukulnya.

Air mata yang mengslir dipipi Luna dihapus menggunakan tangan yang satu lagi.

'Macam budak kecil. Mana kasut kau? Tau tak bahaya tak pakai kasut kat sini. Kalau kau terpijak duri macam mana' marah Zale pula. Sekarang ni siapa yang salah sebenarnya?

'Dah saya panik sangat. Saya tak jumpa kasut saya nak buat macam mana?' kata Luna.

'Ouh! menjawab, habis tu kalau kaki kau luka siapa susah? Lain kali tunggu aku kat dalam kereta je bukan aku pergi mana pun. Ambil angin je' kata Zale.

'Mana saya tahu boss nak bawa saya datang sini. Tadikan boss gaduh dengan saya. Jadi tak mustahil boss nak tinggalkan saya dalam hutan ni sorang-sorang' kata Luna.

'Memang aku nak tinggalkan kau pun. Tapi aku nak tinggalkan kau je. Kereta aku nak bawak balik' kata Zale membuatkan Luna marah.

'Then, pergilah balik. Menyesal tolong boss. Bukan saya dapat faedah pun. Alih-alih kena tinggal' bebel Luna. Dia menolak Zale menjauhinya.

'Belum kahwin lagi dah sakitkan pandai naik tangan kat suami lepas kahwin nanti aku rasa aku yang masuk hospital nanti' kata Zale.

'Siapa nak kahwin dengan awak? Jangan perasan' kata Luna membelakangi Zale.

'Kau lah. Siapa lagi? Takkan Kiera pula' kata Zale.

'Nak sangat kahwin dengan Kiera tu pergilah. Yang cari saya buat apa? Pergi kahwin dengan menantu pilihan mama awak tu' kata Luna. Dia berjalan ke depan kereta lalu bersandar di bonet kereta sambil menyilangkan tangannya.

Sakit hati dia duduk berdekatan dengan lelaki itu. Ada saja nak sakitkan hatinya.

Zale dibelakang sudah tersenyum dengan perangai Luna yang kuat cemburu itu.

Dia menghampiri Luna dari belakang lalu dia melutut dibelakang Luna tanpa Luna sedar.

'Carmilla Alluna, will you marry me? I promise that you will be the one and only in my heart. And aku janji yang aku akan lindungi kau walau apa pun yang akan terjadi' kata Zale ikhlas dari hatinya.

Luna terkaku ditempat. Betul je apa yang dia dengar ni? Bukan mimpi kan? Dia tak mamai kan? Dia memandang ke sampingnya dimana Zale melutut.

Tergamam Luna. Dia menutup mulut kerana terlampau terkejut. Kebelakang dia beberapa tapak. Masih tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku.

'What are you doing?' tanya Luna kepada Zale. Dia tak tahu nak cakap apa. Itu soalan yang dia dapat keluarkan setakat ini.

'I propose you. Cepat lah you terima tak?' tanya Zale.

'Macam mana kalau mama boss tak suka saya?' tanya Luna was-was.

Zale bangun lalu menghampiri Luna.

'Kenapa dia nak masuk campur pasal kehidupan aku? My life, my decision. I chose you so nak tak nak dia kena terima' kata Zale. Tanpa persetujuan dari Luna, Zale menyarung cincin permata putih dijari Luna.

'Saya tak cakap yang saya setuju lagi' kata Luna.

'Then, you should. Kau setuju atau pun tidak, kau kena setuju juga. Lagipun aku tahu kau memang setuju kan?' kata Zale. Yang sememangnya benar tapi Zale ni yang tak menyempat. Ikut kepala dia je.

'Kalau kena paksa baik tak payah propose. Boss propose tu sebab nak minta persetujuan saya' kata Luna.

'Ye ke? Tapi aku dah tahu yang kau akan setuju nak kahwin dengan aku' kata Zale.

'Mana boss tahu? Saya boleh je cakap tak' kata Luna.

'Kau memang nak aku kena paksa kahwin dengan Kiera ke macam mana? Kau nak ke orang yang kau cinta ni kahwin dengan orang lain?' kata Zale.

'Eii, perasannya! Boss ni memang macam ni eh? Kalau boss kahwin dengan Cik Kiera, saya boleh lah kahwin dengan orang lain. Carol ke? Dia pun single lagi rasanya' kata Luna. Asyik nak buat dia jealous je. Baik dia balas balik.

Tangan Zale naik melingkar dipinggang Luna lalu menarik Luna menghampiri dirinya.

'Kau jangan nak menggatal. Kau tu aku punya tau tak! Aku je boleh kahwin dengan kau' kata Zale tegas.

'Okay... Okay... Saya gurau je' kata Luna cuba menolak Zale menjauh darinya. Tapi sebaliknya, semakin erat pula Zale memeluknya.

'Boleh tak tukar nama tu?' tanya Zale.

'Nama apa? ' tanya Luna pelik.

'Nama gelaran tu. I'm not your boss right now. I'm your future husband. Tak payahlah asyik panggil boss je. Panggillah panggilan yang boleh cairkan hati aku' kata Zale.

'Ha? Hati boss boleh cair ke dengan panggilan yang saya bagi? Entah-entah boss lagi menyampah adalah' kata Luna lalu dia terkaku lagi dengan tindakkan pantas Zale tadi.

Zale menciumnya 2 kali.

'Kenapa boss buat macam tu?' tanya Luna terkejut. Lagi sekali bibirnya jadi sasaran.

'Arghhh! Kenapa boss ni?' marah Luna. Dia menutup mulutnya dengan tangan. Bahang menyerbu wajahnya. Habis merah padam wajah Luna sekarang.

'Hukuman sebab kau panggil aku "Boss". Starting from now, if you call me "Boss" after office hour, you will get punishment' kata Zale.

'Okay, okay. Saya nak panggil awak apa?' tanya Luna.

'Anything' kata Zale.

'daddy'

Done chapter 22. Jangan lupa vote tau guys... Bubyee...

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Sep 08, 2025 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Unexpected FaithTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang