Chapter 17

7 0 0
                                        

Zale yang mendengar tapak kasut tinggi Luna yang menghampirinya itu tiba-tiba berasa berdebar. Tapi wajahnya tetap maintain tiada menggambarkan perasaan gugup yang dihadapinya.

'Love...' suara gemersik itu menusuk ke telinganya membuatkan dia meremang. Tapi wajahnya dia sedaya upaya kekalkan.

Nasib baik Zyvia ada disitu kalau tidak dah lama kena dengan dia. Suka hati je goda dia dalam office.

Zyvia dah bawa telefon merakam aksi romantik antara abangnya dan bakal kakak iparnya itu. Sambil tersengih-sengih Zyvia merakamnya. Tak sabar nak tunjuk kat mama dan adiknya.

Luna duduk disamping meja kerja Zale. Luna menangkat wajah Zale menggunakan jari telunjuknya. Zale memandang wajah Luna yang seronok mempermainkannya.

'Love, bagilah saya keluar temankan Zyvia lunch nanti. Untuk hari ni je. Dating lunch kita boleh buat waktu dinner nanti. Dengan adik awak pun awak nak jealous ke?' tanya Luna dengan suara yang mengoda.

Zale tidak tahan. Dia seorang lelaki memang kalah dengan suara manja milik Luna itu. Dia tersenyum sinis melihat Luna yang pandai bersandiwara.

Zale bangun dari kerusinya. Lalu dia menarik Luna mendekatinya. Tangan dilingkarkan ke pinggang Luna lalu ditarik mendekati badannya.

'Okay, but only this time kau boleh tundakan dating kita. After this no more. Okay swettie?' kata Zale juga memulakan sandiwaranya.

'Okay, Via dah settle' kata Luna sambil memandang kearah Zyvia dengan muka cerianya. Tapi tiba-tiba...

'Argghhh! Via buat apa tu!' jerit Luna lalu menyorok dibelakang Zale.

'Hehehe! Via ambik video' kata Via sambil tersengih.

'Via, Kau delete video yang kau ambik tu. Jangan sampai aku rampas telefon kau' warning Zale.

'Blueekk! Via nak tunjuk kat mama dengan Lia. Bagi diorang tahu yang abang cintakan Luna je. Okaylah bye, nanti kita jumpa lunch nanti ye, bakal kakak ipar' kata Via seronok lalu dia berlari keluar dari bilik office abangnya.

Luna mati kutu. Ah sudah! Memang bala.

'Tulah kau Luna. Tengok apa kau dah buat? Alih-alih kau sendiri yang mendapat. Memang bertambahlah benci orang tua tu kat kau' kata Luna didalam hati. Marah dirinya sendiri.

'Sampai bila kau nak menyorok belakang aku? Budak tu dah pergi dah pun' kata Zale.

Tersentak Luna mendengar suara bossnya.

'Boss! Sorry boss! Sorry sangat! Saya keluar dulu ye. Banyak lagi kerja yang saya kena buat' kata Luna memberi alasan.

Dia baru sahaja ingin keluar, tiba tangannya dipegang oleh bossnya. Lalu tangan halus itu ditarik kuat oleh Zale mendekatinya semula.

'Carmilla Alluna! Kau nak pergi mana? Tadi kau berani sangat.. sekarang?' tanya Zale.

'Hah? M-mana a-ada saya berani. Saya buat macam tu sebab nak pujuk Via je. Sorrylah boss saya berlakon je tadi. Salah boss lah kenapa tak tolong saya tadi. Terpaksa saya buat macam tu' kata Luna mempertahankan dirinya.

'Habistu, kalau aku tolong kau tadi kau nak buat apa pula?' tanya Zale.

Luna tiada jawapan untuk soalan itu. Tiba-tiba Luna tersenyum sinis. Dia memandang kearah Bossnya.

'Kenapa boss gelisah semacam ni? Boss tergoda ke?' tanya Luna nakal. Suka mengusik Zale yang sudah tidak senang duduk mendengar soalan Luna itu.

'Tak de masa aku nak tergoda dengan trik rendahan macam tu. Ramai lagi handal menggoda dari kau' kata Zale. Dia menghempas tangan Luna kuat sehingga Luna kebelakang beberapa tapak.

'Kalau ada orang lagi handal dari saya kenapa boss tak jadikan perempuan tu sebagai girlfriend jadian boss tu je? Kenapa boss cari saya?' marah Luna.

Luna pun keluar dengan perasaan marah. Dia menghempas pintu office bossnya. Entah mana dia dapat keberanian tu.

Zale juga terkejut dengan perubahan mood Luna yang tiba-tiba marah kepadanya itu. Malah berani menghempas pintu office nya pula tu.

Zale duduk di kerusinya lalu dia termenung memikirkan hal tersebut. Dia menguak rambutnya ke belakang.

Rasa menyesal menyelubungi dirinya kerana membuat Luna sakit hati dengan kata-katanya tadi.

Dalam beberapa ketika, dia mula terfikir kenapa dia berasa bersalah kepada gadis itu? Mereka bukan ada apa apa pun. Sekadar rakan bekerjasama sahaja. Dan juga hubungan antara pekerja dengan majikan.

Tapi mengapa hatinya berasa bersalah melihat gadis itu marah dan tidak kebal dengan kata-kata manja gadis itu.

Sedangkan tidak sedikit gadis yang datang merayu kepadanya. Tapi setakat trik rendahan Luna tadi, sudah banyak dia hadap. Malah lebih dari itu pun ada. Tapi dengan Luna dia kalah. Apakah maksudnya itu?

~~~~~~~~~~~~

Luna menghempas punggungnya pada kerusi empuk didalam officenya. Perasaan marahnya belum habis lagi.

'Zale! Zale! Nasib baiklah kau boss. Aku pekerja. Kalau tidak dah lama aku sekeh kau' kata Luna tidak puas hati.

'Aik wait! Kenapa aku nak marah sangat ni? Kenapa kau nak marah sangat ni Luna?' kata Luna seorang diri.

'Tapi kenapa bila dia cakap pasal perempuan lain aku rasa sakit hati sangat eh? Kau bukan ada relationship dengan dia pun Luna' kata Luna lagi. Masih tidak faham kenapa hatinya terusik tiap kali Zale bahas tentang perempuan lain selain darinya.

'Luna kau kena sedar yang hubungan kau dengan dia takkan kekal lama. Bila-bila masa je kau dengan dia akan back to normal. Which is kau akan buat kerja kau, and dia akan buat kerja dia' kata Luna.

Dia mengurut hatinya.

'kenapa hati aku rasa lain bila dekat dengan dia? Kenapa aku rasa selamat bila dekat dengan dia? Atau kau dah betul-betul jatuh hati kat dia, Luna?' kata Luna.

Luna bangun dengan mengejut. Dia menguak rambut panjangnya kebelakang.

'Tak boleh! Tak boleh! Benda ni tak boleh jadi. Tolonglah jangan! Janganlah bagi aku rasa benda ni sorang. Tapi tak boleh. No cannot' kata Luna cuba mengusir perasaan asing yang cuba menginap di dalam hatinya itu.

'Zale Eze Iowherth apa yang kau buat kat aku ni? Magic apa yang kau pakai sampai hati aku terpaut ni?' kata Luna salahkan Zale.

Tok! Tok! Tok!

'Carmilla, kau okay ke? Dari tadi aku tengok kau macam tak senang duduk je' kata Carol. Carol merupakan Manager Sales Marketing. Pangkatnya sedikit rendah dari Luna jadi dia ditempatkan diluar bilik Luna iaitu berhadapan dengan office Luna.

Jadi, wajarlah jika dia melihat kondisi Luna tadi.

'Kau ada masalah ke? Kalau ada aku boleh dengar masalah kau' kata Carol mempelawa dirinya.

'Tak pe aku just stress sikit. Takpelah kau mesti busy kan. Kau pergilah buat kerja kau' kata Luna. Dia duduk semula lalu fokus kearah komputernya. Acah buat kerja.

'Maybe kau ada masalah dengan boss? Tadi kau keluar hempas pintu office dia. Kenapa? Boss buat apa kat kau?' tanya Carol lagi. Dia busy body juga tapi berhati-hati dalam pertuturannya takut Luna tersinggubg dengan kata-katanya.

Luna tersenyum nipis.

'Takde apa, dahlah aku nak sambung kerja ni' kata Luna.

'Okay, kalau nak share masalah ke atau nak teman borak ke just tell me aku ada kat depan tu' kata Carol sambil menunjukkan kearah meja kerjanya.

Luna sekadar menganggukkan kepalanya.

Carol pun keluar dari bilik Luna lalu ke mejanya semula. Luna meraup rambutnya kebelakang semula sambil menghelakan nafas berat.

Done chapter 17. Jangan lupa vote tau guys ... Bubyee....

Unexpected FaithTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang