Hari yang indah dengan matahari yang baru nak naik membuatkan suasana menjadi sangat cantik pada pagi itu.
Seorang gadis masih lagi terbongkang diatas katil.
'CARMILLA ALLUNA, BANGUN SEBELUM AKU PECAHKAN PINTU NI! ' Jerit Della dari depan pintu bilik Luna.
'Erm, Del apa bising pagi-pagi ni? Aku mengantuklah' kata Luna dengan mamai terus terkejut bangun dan membuka pintu apabila mendengar jeritan Della yang kuat itu.
'Ha, dah bangun pun sleeping beauty ni. Berapa lama lagi kau nak tidur? Dah pergi mandi sebelum sarapan kat bawah. Ibu dah sediakan sarapan' kata Della.
'Kan bagus cakap slow-slow macam ni takde sakit telinga aku dengar kau memekak pagi-pagi' kata Luna.
'Pandailah kau. Kalau aku tak memekak depan pintu kau ni kau rasa kau bangun tak?' kata Della yang juga ada logiknya. Luna ialah salah satu spesis orang yang liat naj bangun awal.
'Yelah, makcik Della. Saya nak masuk mandi dulu. Nanti kita borak lagi okay? ' kata Luna.
'Ish, bertuah punya kawan. Nasib Aku ni jenis ingat kawan je, kalau dia orang lain dah lama dia sekeh kepala.
~~~~~~~~~~~
Luna turun setelah siap.
'Good morning, Ibu. Della' kata Luna riang. Dia kearah ibunya untuk mencium pipi ibunya. Itulah rutin tiap hari selepas dia bangun dari tidur.
'Kenapalah anak dara ibu ni liat sangat nak bangun pagi? Kesian Del ibu tengok. Terjerit-jerit dia pagi-pagi setiap hari sebab nak bangunkan Luna' kata Alyssa pada anaknya.
'Tulah, Luna pun pelik tak sakit ke tekak dia jerit pagi-pagi semata-mata nak bangunkan Luna' kata Luna membuat gaya seperti sedang berfikir.
'Hey, aku ada kat sini okay. Kutuk depan-depan nampak. Kalau ibu yang kejut tak ke naya kau nanti. Aku rasa ibu tak jerit macam aku. Ibu akan ambil senduk lepastu mangkuk yang besi tu lepastu ketuk. Maunya telinga kau jadi pekak nanti' kata Della.
'Seriuslah ibu? Kalau macam tu takpelah biar Della je yang kejut Luna. Ibu masak sarapan je' kata Luna.
'Betul cakap Del tu. Kalau ibu, nak kejutkan Luna bukan susah. Ibu robohkan je pintu bilik tu' kata Alyssa pula.
'Ish ibu ni nak jadi hulk ke nak robohkan pintu bilik Luna pula' kata Luna.
'Dah-dah la dengan lawak hambar kau tu Luna. Nanti kau masuk lambat padan muka. Kau bukan tak tahu boss kita tu macam mana?' kata Della.
'kenapa dengan boss korang tu?' tanya Alyssa ingin tahu.
'Sekarang dah pukul berapa?' tanya Luna lalu melihat jam tangannya.
'Weh lagi 15 minit weh sebelum boss sampai' kata Luna.
'Hah! Cepatnya masa berlalu. Cepat weh! Kau lah ni. Semalam tidur pukul berapa hah?!' marah Della yang juga kelang kabut bersama Luna.
'pelan-pelan la. Apa yang kelang kabut sangat ni' tanya Alyssa pelik.
'Ibu, Luna pergi dulu' kata Luna lalu mencium pipi ibunya.
'Oklah ibu, Del pun nak kena gerak ni. Pasal boss tu nanti Della bagitahu ibu ye' kata Della lalu mencium pipi Alyssa.
Alyssa memang sudah menganggap Della seperti anaknya sendiri. Jadi dia suruh Della mengelarkan dirinya ibu.
' budak-budak ni, sampai sarapan pun tak sempat makan' Alyssa mengomel sendirian.
~~~~~~~~~~~~~
YOU ARE READING
Unexpected Faith
RomanceStart: 1/3/22 End: Carmilla Alluna - Hidupnya menjadi kucar-kacir apabila terpaksa menerima lamaran bossnya untuk menjadi fake girlfriend bossnya ya g perlu menghadiri satu acara dengan pasangan. Disebabkan rasa kasihan pada bossnya itu, dia pun te...