Sampai sahaja di lobby, Luna pantas ke lif. Jam tangan sempat dilihat sebelum masuk kedalam lif.
Della pula dia tinggalkan di parking lot. Panggilan Della tadi pun dia tak menyahut sebab terburu-buru ke bilik office bossnya.
'Aduh, lif ni pun. Selalu cepat je. Sekarang ni kenapalah lambat sangat ni' ngeluh Luna. Lif pula dipersalahkan.
Jam ditiliknya lagi. Ada 3 minit lagi sebelum masa rehat tamat.
Setelah lif sampai di aras yang sepatutnya, pantas dia berlari ke bilik office bossnya.
Tanpa mengetuk terlebih dahulu, dia terus masuk kedalam office tersebut. Zale yang sedang membuat kerja itu mengangkat kepala apabila ada orang yang berani masuk kedalam officenya tanpa mengetuk terlebih dahulu.
Luna pula tercunggap-cunggap sambil menundukkan badannya.
'S-sorry boss, S-saya lambat sikit' kata Luna dengan tercungap-cungap.
Zale melihat kearah jam tangannya dan otaknya ligat berfikir mengapa Luna berkata sedemikian dan akhirnya dia teringat sesuatu.
'Close the door' kata Zale yang mengerti mengapa Luna berlari masuk kedalam officenya secara tiba-tiba.
Luna pun menutup pintu dibelakangnya.
'So what the answer' tanya Zale serius.
'Jap, boss bagi saya duduk kejap. Saya penat ni dari parking lot saya berlari' kata Luna.
Zale tidak berkata apa-apa hanya tangannya yang bergerak membenarkan Luna duduk di sofa yang ada didalam bilik itu.
'Boss' panggil Luna selepas pernafasannya sudah teratur seperti sedia kala.
'Hmm'
'Boss cuma suruh saya jadi fake girlfriend boss je kan? Bukan escort girl kan?' tanya Luna.
Zale memandang Luna tajam.
'Kau ada nampak muka aku ni macam jahat sangat je nak buat macam tu kat kau? ' tanya Zale dingin.
'Adalah nampak sikit' kata Luna gurau.
Zale menjelingnya tajam.
'Okay, just malam tu ni je kan?' tanya Luna tukar topik. Karang ada yang kena makan hidup-hidup.
'Hmm'
'Okay, saya setuju' kata putus Luna. Nak tak nak dia kena tolong jugak bossnya itu. Kesianlah katakan.
'4 p.m. jumpa aku kat lobby' kata Zale lalu sambung kerjanya yang bertimbun itu.
'Saya keluar dulu boss' kata Luna perlahan. Tidak magu menganggu bossnya membuat kerja.
~~~~~~~~~~~
Selepas Luna keluar dari bilik bossnya, dia ke pantri untuk membuat air.
Tiba-tiba Anastasya menegurnya dari belakang.
'Kau buat apa masuk dalam bilik boss waktu lunch tadi' tanya Anastasya.
Luna tidak menghiraukan pertanyaan Anastasya tadi. Dia sibuk mengacau kopinya.
'Hey, I am talking to you' kata Anastasya geram lalu menarik bahu Luna.
Luna berdecit geram.
'Ish, kau nak apa ni Tasya? Kau tak nampak ke aku tengah buat kopi ni?' marah Luna.
'Aku tengah cakap dengan kau kan? Kenapa kau ignore aku?' kata Anastasya tidak bersalah.
'Kalau kau nak tahu pergilah tanya boss kesayangan kau tu' kata Luna. Ish, sibuk je nak tahu minah ni.
ANDA SEDANG MEMBACA
Unexpected Faith
RomanceStart: 1/3/22 End: Carmilla Alluna - Hidupnya menjadi kucar-kacir apabila terpaksa menerima lamaran bossnya untuk menjadi fake girlfriend bossnya ya g perlu menghadiri satu acara dengan pasangan. Disebabkan rasa kasihan pada bossnya itu, dia pun te...
