Chapter 8

6 0 0
                                        

First tempat yang wajib untuk Luna singgah di mall ialah kedai buku. Dia memang gemar membaca novel.

Didalam biliknya, ada pelbagai jenis genre novel. Ada horror, romance, mystery, fantasy dan banyak lagi.

So boleh dikatakan yang hobby Luna ni kumpul buku novel lah.

'Erm, nak pergi popular lah tu' perli Della apabila melihat kearah tempat yang Luna lalui.

'Of course lah, wajib tau singgah sini' kata Luna.

'Novel kau banyak-banyak dalam bilik tu, kau dah baca habis ke? Sekali beli bukan sebuah dua. Sekali beli 5 - 6 buah. Bilik kau tu dah macam perpustakaan dah aku tengok' kata Della lagi.

'Alah, aku minat nak buat macam mana? Aku beli banyak-banyak pun habis aku baca tau' kata Luna.

'Dahla, kau tengoklah novel apa yang kau nak. Aku pergi bahagian stationery kejap. Kalau dah kau just cari aku kat sana je' kata Della.

'Ye' kata Luna. Rambang matanya melihat pelbagai jenis novel yang tersusun di setiap aras rak tersebut.

'Nak beli yang mana eh? Erm?' fikir Luna. Dia melihat dari rak atas sampai ke rak bawah sekali.

'Erm, buku ni lah yang aku nak beli' kata Luna gembira apabila melihat buku novel yang dia ingin beli selama ini tapi selalu tak de stock.

Buku novel tersebut pun cuma ada satu lagi. Yang last. Dia perlu dapatkannya tapi macam mana? Buku tu berada di aras rak yang atas sekali.

Dia tu bukan tinggi sangat pun. Dia pandang sekelilibg untuk cari tangga tapi hampa. Tiada tangga di situ.

Luna pun apa lagi terjengket-jengket untuk mencapai buku tersebut.

Tiba-tiba ada orang yang sudi menolong Luna.

'Yang ni? ' tanya lelaki itu.

Luna termenggu seketika. Suara lelaki itu agak familiar baginya. Dia melihat kearah orang yang menolongnya tadi.

Macam...

Cepat-cepat Luna pusing ke belakang.

'Aduh, kenapalah dalam banyak-banyak tempat, kat sini juga aku nak jumpa kau' kata Luna perlahan.

'Cik ni buku cik nak tadi' kata orang itu.

Luna hanya menghulurkan tangannya ke belakang tanpa memusingkan badannya.

'Encik, saya nak novel tu cepat. Saya ada hal nak kena uruskan ni' kata Luna. Aduh! Kalau dia lari sekarang macam rugi je sebab novel tu ada satu je. Tapi kalau tak lari, orang itu cam dia pula.

Lelaki itu memegang tangan Luna lalu menarik kuat sehingga Luna terlanggar dada bidang lelaki itu.

'Aduh!' Luna menggosok kepalanya yang terhantuk. Badan keras macam batu. Tak tahu lah siapa lagi keras batu ke dada dia tu.

Baru Luna sedar yang dia sudah tidak selamat sekarang. Kepalanya hanya menunduk ke bawah.

'Tired huh?' perli lelaki itu.

'Boss' kata Luna perlahan. Ya, lelaki itu ialah Zale, boss Luna.

'Kenapa dah tahu salah?' tanya Zale sinis.

'Mana ada saya buat apa-apa salah' kata Luna yang memberanikan diri menatap Zale. Luna menjauhkan jaraknya dengan bossnya itu.

Selepas itu matanya meliat ke tempat lain. Seram nak tatap lama-lama takut jatuh cinta. Eh? Ghisau eh ghisau.

'Are you sure? Semalam kata penat tapi hari ni boleh pula shopping-shopping kat sini?' kata Zale.

'Alah, bos pun sama. Kenapa boss ada kat sini? Bukan sepatutnya boss kat office ke? Sakarangkan office hour' kata Luna.

Zale menjeling tajam kearah Luna membuatkan Luna sedar keterlanjurannya.

'Suka hati akulah, aku boss. Kau tu pekerja' kata Zale lalu melangkah mendekati Luna yang mencipta jarak.

Tapi nasib Luna tidak baik apabila dibelakangnya ada rak buku dan sekarang dia terperangkap di situ.

Zale melihat muka cuak Luna tersenyum sinis.

'Boss, I'm sorry. Saya tak de niat pun nak cakap macam tu dekat boss. Janganlah buat saya macam ni' kata Luna panik.

Dahlah takde sesiapa dekat situ hanya Luna dan bossnya sahaja. Lagilah bertambah panik si Luna tu.

Zale diam tidak berkata apa apa. Dia semakin galak mengusik Luna.

'Luna?' panggil Della dari belakang.

Luna menarik nafas lega. Nasib baik Della datang tepat pada waktunya.

'Eh boss? Boss pun ada?' tanya Della pelik.

'Del, jom bayar. Aku nak pergi kedai lain pula' kata Luna kalut.

'Ha, jom. Aku pun dah bosan ni. Kami pergi dulu eh boss' kata Della pada Zale. Luna pun terus menarik Della pergi dari situ.

Zale pula hanya menatap tajam kepergian Luna.

Dia melihat buku di tangannya. Buku yang Luna nak ambil tadi.

Sebuah novel yang bergenre kan romance.

'Novel cinta?' kata Zale tidak minat. Dia baru sahaja nak letak balik. Tapi bila difikir-fikirkan balik, dia terus ambil dan membayarnya.

~~~~~~~~~~~

Della memandang kearah Luna dengan pandangan yang sukar ditafsir.

Mereka sekarang ada di Cafe untuk makan lunch.

'Eh, Luna kenapa kau nampak pelik eh hari ni?' tanya Della yang memecah kesunyian itu.

'Pelik macam mana, Del? Aku okay je' kata Luna pula.

'Takdelah, selalu ada je yang kau nak cerita, kau nak complain pasal apa-apa jelah yang kau tak puas hati. Tapi sejak kau jumpa dengan boss kat kedai buku tadi, kau jadi macam ni pula. Dia ada cakap apa-apa ke kat kau?' tanya Della pelik.

'Takde apa apalah. Dia tanya pasal kerja je. Takde apa sangat pun' bohong Luna. Dia pun tak tahu kenapa dia perlu berbohong tapi itulah yang dia buat sekarang.

'Are you serious?' tanya Della. Dia merasakan yang ada sesuatu yang Luna sembunyikan dari dia.

Luna mengangguk.

'Oh ye, semalam kau janji dengan aku nak bagitahu aku pasal semalam tu' kata Della yang baru teringat.

Luna tersentak. Alah, minah ni ingat lagi ke? Erm, nak buat macam mana benda dah janji kenalah ditepati kan?

'Yelah aku bagitahu kau. Tapi, kau jangan terkejut sangat malu aku nanti' kata Luna.

'Kau cakap macam tu, makin tak sabar aku nak dengar' kata Della teruja.

'Macam ni...'

Done chapter 8. Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...

Unexpected FaithTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang