Chapter 11

6 0 0
                                        

Baru sahaja cream puff mahu masuk ke mulutnya, dia sudah dipanggil kesini. Didepan boss besarnya yang sedang sibuk menyelak file.

Nak dekat 20 minit juga dia berdiri seperti tunggul disini.

Dia pun tidak tahu apa kesalahan yang dia dah buat. Tapi, Rasanya semua dia buat ikut arahan yang diberi. Sesekali dia menggaru kakinya yang sudah kesemutan.

'Duduk' kata Zale ringkas tanpa memandang kearah Luna.

Luna pun duduk di kerusi hadapan Zale.

'balik then packing barang-barang kau letak kat rumah aku' kata Zale tanpa memandang kearah Luna. Dia hanya fokus pada file yang diselak-selak.

'Ha? Kenapa tiba-tiba ni? Cuba boss explain dulu.. buat apa saya nak letak barang saya kat rumah boss sedangkan kita belum ada apa apa lagipun' kata Luna pelik.

Dahlah kena sidai... Buat suprise pulak..

Zale mengangkat wajah lalu memandang kearah Luna.

'Can't you just do it? Don't ask more' kata Zale dingin.

'tapi...'

Jelingan bossnya itu mematikan pertanyaannya. Takut kena potong gaji pula bila tak dengar arahan dia.

'Fine. Ada apa apa lagi boss? Kalau takde apa apa lagi saya keluar dulu' kata Luna dengan geram didalam hati.

'Erm'

Itu sahaja balasan yang diberikan oleh Zale kepada Luna. Luna reda walaupun didalam hatinya rasa macam nak cekik-cekik je lelaki itu sampai mampos.

'Sabar Luna, sabar. Dia boss, kau kuli. Jangan buat hal... Orang macam ni memang memerlukan kesabaran yang tinggi' kata Luna pada dirinya supaya tidak bertindak luar kawalan.

'Tercegat apa lagi? Keluar lah' halau Zale apabila menjeling Luna seperti sedang berfikir sesuatu.

Luna memandang Zale tidak puas hati lalu keluar dari situ.

'Taulah boss, suka hati je nak halau-halau' bebel Luna lagi.

Didepan pintu office bossnya, Dia menghelakan keluhan.

'Nak cakap apa kat ibu? Takkan nak tipu dia lagi?' kata Luna dengan keluhan.

'Carmilla Alluna!' panggil seseorang membuatkan Luna tersentak. Della yang tidak jauh darinya dipandang.

'Kau buat apa depan pintu bilik boss ni? Boss panggil kau sebab apa? Kau ada buat salah ke? Ke ada story yang kau nak cerita kat aku?' tanya Della bertubi-tubi.

Luna pantas kearah kawannya yang kepochi itu lalu menekup mulut Della yang tidak berhenti menanyakan soalan.

'Kau ni diamlah sikit. Suara kau tu orang luar bangunan pun boleh dengar tau tak. Kita kan kat depan bilik boss ni. Maunya dia keluar nanti macam mana?' kata Luna lalu melepaskan mulut Della.

Della mengangguk kecil sambil melihat kearah Luna dengan pandangan tidak percaya.

Luna pelik melihat Della yang seperti nampak hantu.

'Kau ken-...' belum sempat Luna bertanya, Della membuka mulut.

'Kau makan apa hari ni? Masib giler mulut kau' bisik Della pada telinga Luna.

'Apa kau cakap ni?' tanya Luna pelik.

Tangan Della mencucuk cucuk lengan Luna untuk pusing kebelakang.

Luna yang rimas, pusing kebelakang. Dengan itu dia dapat melihat wajah dingin serta hensem itu berada dihadapan pintu office sambil menatap tajam kearah mereka atau lebih tepat kearah Luna.

Perlahan lelaki itu menghampiri mereka. Della dah kelam kabut ditempatnya manakala Luna masih statik memandang kearah Zale yang menghampiri mereka.

'Do you all have much time for chatting? Or the work is not enough? Do you want more?' tanya Zale dengan matanya tajam merenung 2 gadis dihadapan nya itu.

'No boss, i have a lot of work to do. Sorry Luna, aku tak dapat temankan kau. Aku sambung buat kerja dulu' kata Della lalu pergi meninggalkan Luna yang terpinga-pinga disitu.

Sejak bila pula dia janji nak teman aku?

'Aa..hah?'

Lepas sahaja kepergian Della, Luna masih tidak berganjak dari situ.

'Yang kau tercegat apa lagi kat sini? Aku suruh kau buat apa tadi? ' kata Zale dingin.

'S..saya pergi sekarang' kata Luna dia pun berlari ke arah lif. Dalam hatinya mengutuk Della mengapa tinggalkan dia seorang diri disitu.

Zale masuk semula ke dalam officenya. Tujuan dia keluar tadi kerana dia dengar apa yang Della dan Luna bualkan tadi. Suasana diaras itu yang sunyi dan hanya office dia yang ada disitu. Cakap perlahan pun boleh dengar.

Lagikan pula yang sedang bercakap itu Della, suara pun dah macam orang tertelan speaker macam mana dia tak dengar?

~~~~~~~~~~~

Luna hanya membawa bagasi sederhana. Barang yang dia bawak bukan banyak pun sebab dia tahu tak lama pun dia tinggal dirumah itu.

Cukup sehari dua, kehidupannya akan kembali normal seperti sedia kala.

Diruang tamu, Luna terserempak dengan Alyssa, ibunya yang baru balik dari hantar kuih muih online nya di pejabat pos.

'ibu dari mana ni?' tanya Luna pada ibunya.

'Ibu dari pejabat pos hantar kuih' kata Alyssa.

'Ibu ni... Luna dah kata tak payah pergi kan? Biar Luna ataupun Dell je yang buat. Ibu duduk rumah. Nanti jatuh kat sana nanti takde siapa yang tahu. Tak payah la pergi lagi ibu' marah Luna pada ibunya.

'Kalau ibu tunggu kamu dengan Della, alamatnya tak sampai-sampailah kuih tu kat customer ibu. Ibu tahu Luna dengan Dell sibuk. Ibu tak nak kacau korang' kata Alyssa.

'Luna taknak ibu penat je. Ibu tak payahlah buat kuih-kuih ni semua. Luna boleh sara ibu. Della pun ada sekali. Ibu tak payah penat-penat lagi dah' kata Luna.

'Tak de apa lah. Ibu suka kerja yang ibu buay sekarang. Kalau ibu berhenti, ibu bosan pula. Ni kamu bawa beg ni nak kemana?' tanya Alyssa sambil melihat bagasi yang dipegang oleh Luna itu.

'Argh, sudah. Nak cakap apa dengan ibu ni? Apa apa jelah...' kata Luna cuak didalam hati.

'Erm... Luna kena pergi... Outstation... Ha, outstation. Tak lama pun, ibu. Sekejap je. Nanti Della teman ibu kat rumah ye' kata Luna tergagap.

'Outstation? Berapa lama?' tanya Alyssa. Dia ada rasakan yang anaknya itu tidak bercakap jujur. Tapi, disebabkan Luna selalu juga keluar outstation jadi dihiraukan hal tersebut.

'tak lama pun. Beberapa hari sahaja. Ibu jangan risau okay.. Luna pandai jaga diri' kata Luna.

'Yelah, nak pergi sekarang ke? Semalam tak de cakap apa apa pun kat ibu?' tanya Alyssa lagi.

'Sekarang, ibu. Ni pun plan boss yang last minute. Luna pun geram juga' kata Luna geram.

Betullah plan bossnya yang last minute bagitahunya untuk pindah masuk kerumah lelaki itu. Lain kali bagilah tahu awal-awal boleh dia prepare nak bagitahu apa kat ibunya itu. Nasib baiklah otaknya berhubung dengan cepat kalau tidak... Tamat riwayat dirinya.

Dengan dia tidak memberitahu Della lagi. Double kill...

'Okaylah ibu, Luna gerak dulu nanti lambat, kena bebel dengan boss pula' kata Luna lalu mencium kedua belah pipi ibunya.

'Hati-hati' pesan Alyssa.

'Baik ibu' akur Luna.

Done chapter 11. Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...

Unexpected FaithTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang