Chapter 21

7 0 0
                                        

Luna sudah faham dengan situasi sekarang. Sikap acuh tidak acuh bossnya menjawab semua soalannya sudah meyakinkan Luna bahawa sandiwara mereka bakal tamat tidak lama lagi.

Luna menganggukkan kepalanya.

'Soalan yang terakhir, iaitu soalan kelima. Boss nak kahwin dengan saya atas dasar cinta atau atas dasar boss taknak mama boss paksa boss kahwin dengan Cik Kiera?' tanya Luna dengan tatapan serius.

Dia betul-betul ingin tahu. Mereka berkahwin hanya kerana Zale ingin terlepas dari kahwin paksa dengan menantu pilihan mamanya atau Zale memang betul-betul sudah jatuh cinta padanya?

'Dua-dua' kata Zale singkat. Wajah bersahajanya Luna tatap sedalamnya untuk mencari jawapan yang ikhlas dari situ. Tapi wajah lelaki itu sukar ditafsir membuatkan dia ragu-ragu.

'So, dah habis soalan kau?' tanya Zale pada Luna.

Luna menganggukkan kepalanya.

'Ye, saya dah dapat jawapan dari jawapan soalan saya tadi. Sorry buang masa boss dengan soalan bodoh saya tu. Saya keluar dulu' kata Luna dengan wajah yang kecewa.

Luna berjalan keluar dengan kekecewaan dihatinya. Bukan itu yang dia mahu dengar. Bukan jawapan yang dia tagih tapi semua hanyalah ingin melihat kepekaan lelaki itu. Tapi semuanya hanya sia-sia.

Luna duduk di meja kerjanya lalu dia teringat perbualan dia dan ibunya sebelum ini.

Tok! Tok!

'Ibu, Luna nak tidur dengan ibu malam ni boleh? Lama Luna tak tidur dengan ibu' kata Luna sambil memeluk bantal unicorn.

'Boleh Luna sayang, meh sini baby besar ibu ni' kata Alyssa.

Luna dengan riangnya menghampiri katil ibunya lalu baring di sebelah ibunya.

'Kenapa malam-malam ni manja semacam ni?' tanya Alyssa pada anaknya. Dia mengusap rambut yang berjuntai diwajah cantik anaknya itu.

'Banyak kerjalah, ibu. Baru pindah ke office admin kan tu yang busy tu. Tak sempat nak manja dengan ibu' kata Luna. Dia memeluk tubuh ibunya dengan erat.

'Matilah ibu, anak oii! Takde nafas ibu dibuatnya' marah manja sang ibu.

'oh maaf maaf... Rindu kat ibu sangat. Ibu, dulu ayah macam mana? Kalau Luna nak kahwin nanti Luna nak cari macam ayahlah. Ayah Luna mesti baik kan ibu?' kata Luna.

Alyssa hanya tersenyum mendengarkan hal tersebut.

'Ye, ayah Luna baik sangat. Dia seorang yang tegas. Muka dia tu tak pernah senyum pun dan dia sebenarnya anti dengan perempuan. Siapa lah yang tak kenal dengan ayah Luna tu? Ramai perempuan yang berebut nakkan dia tapi ibu juga yang dia pilih ' kata Alyssa sambil tersenyum mengingatkan peristiwa itu kembali.

'Ibu yang terpaling cantik dan baik dalam dunia ni memanglah ayah pilih ibu' kata Luna.

'Pandai je anak ibu ni' kata Alyssa menafikan.

'betullah apa yang Luna cakap tu. Macam mana ayah lamar ibu? Romantik tak? ' tanya Luna.

'Kenapa nak tahu? Sibuk je' kata Alyssa ingin mengelak.

'Alah ibu, bagilah tahu please! Luna nak juga tahu pengalaman ibu. Luna nak tahu juga apa perasaan ibu masa tu? Betul ke kahwin tu best?' tanya Luna.

'Luna kena ingat satu benda. Perkahwinan itu tak selamanya indah. Kadang ada pasang surutnya. Takkanlah nak seronok je sepanjang masa. Mesti kena ada pergaduhan, pembaikan dan keseronokkan, baru bermakna hidup kita. Tapi yang paling penting, setiap perkahwinan memerlukan restu keluarga. Itu kunci kebahagiaan dalam berumah tangga' jelas Alyssa.

'Kenapa pula? Habis orang yang takde keluarga tu, perkahwinan diorang tak bahagialah?' tanya Luna.

'Apa cakap macam tu. Mereka akan bahagia dengan cara diorang sendiri. Mungkin salah satu pihak lagi ada keluarga. Jadi restu dari keluarga itu harus tetap ada supaya mereka tetap harmoni' kata Alyssa.

'Kenapa? Kita bukan kahwin dengan diorang pun. Kita kahwin dengan anak diorang? Kenapa kita perlu dapatkan restu tu. Kalau takde restu perkahwinan takkan kekal lama ke?' tanya Luna lagi.

'Ye sayang. Berkemungkinan akan terjadi sesuatu yang buruk. Tapi walaupun ada restu keluarga pun jika ditakdirkan untuk benda buruk terjadi dalam sebuah rumah tangga itu, maka ia akan terjadi juga. Kita hidup dalam dunia yang penuh cabaran, kemungkinan buruk akan terjadi tu banyak. Macam perkahwinan itu pun ada pasang surutnya. Jadi Luna kena ingat tu' pesan Alyssa.

'Ibu, Luna tahu Luna pernah tanya hal ni pada ibu dulu tapi Luna nak tanya lagi kat ibu' kata Luna.

'Apa dia?' tanya Alyssa.

'Siapa ayah Luna? Dia kat mana sekarang? Dulu Luna dah tanya ibu tapi ibu diam je. Ayah Luna masih hidup ke? Muka ayah pun Luna tak pernah tengok' tanya Luna.

Seperti biasa Alyssa mendiamkan dirinya tanpa berkata apa apa.

'Ibu mengantuk eh? Takpelah ibu rehatlah. Sorry kacau ibu' kata Luna yang tahu bualan mereka akan berakhir dengan kebisuan dari ibunya.

Dulu dia pernah bertanyakan hal tersebut pada ibunya tapi ibunya berdalih dan menukar topik. Pada malamnya pula, dia melihat ibunya menangis seorang diri. Sejak daripada itu, Luna tidak berani bertanya tentang ayahnya lagi kerana takut ibunya sedih. Masa itu dia masih berumur 12 tahun.

Luna pun tidur tidak lama selepas itu.

~~~~~~~~~~

Luna terjaga dari lenanya kerana terasa seperti ada orang menyentuhnya.

'Taknak balik?' tanya suara itu membuatkan Luna tersentak.

'Dah pukul berapa ni?' tanya Luna perlahan sambil menggosok matanya untuk menghilangkan sisa ngantuk.

'Dah pukul 11 malam. Dah jom balik' kata Zale.

Luna melihat suasana diluar officenya yang agak malap. Company itu balik ikut office hour memang jarang orang nak overtime sebab gaji kerja office hour dah cukup menampung kehidupan harian mereka.

'Kau boleh jalan tak? Mengantuk lagi? Nak aku dukung?' tanya Zale mempelawa dirinya.

Terkejut Luna mendengar pertanyaan Zale itu. Cerah terus matanya.

'T-tak pe saya dah sedar dah. Boleh jalan sendiri' kata Luna lalu bangun jalan mendahului Zale.

Disebabkan dia terlampau terkejut sangat sampai salah arah dibuatnya.

'Kau nak pergi mana? Lif kat sana' kata Zale. Luna dengan blur nya pusing kearah yang dimaksudkan oleh bossnya tadi.

Sampai sahaja di depan lif, Luna terlentok pada dinding lif. Mengantuknya masih terasa. Baru plan dalam kereta baru ingin tidur semula.

Tiba-tiba dia merasakan dirinya berada di awangan.

'Dah tidur satu hati pun mengantuk lagi?' perli Zale pada Luna. Bukan dia tak tahu yang Luna tidak buat kerja pun satu hari ni. Tapi dia biarkan aja.

'Mana ada saya ada buat kerja eh. Tu yang letih sampai tertidur tu. Boss boleh tak turunkan saya? Nanti orang nampak apa pula diorang kata nanti' kata Luna sambil beronta kecil supaya Zale meletakkannya ke bawah.

'Kau tidurlah diam-diam. Mana ada orang sekarang. Kalau ada orang aku cakaplah yang kau pingsan' kata Zale selamba.

'Suka hati je' kata Luna. Lama-lama dia semakin selesa dan matanya pun menjadi kuyu. Luna melentokkan kepalanya ke badan Zale lalu mencari posisi yang selesa, lama kelamaan dia pun tertidur seperti bayi.

Disebabkan mereka berada di tingkat atas sekali, jadi lif kena tunggu agak lama. Zale memandang kearah Luna yang tidur dengan tenang.

'Nasib baiklah badan kau ni sekeping. Kalau tak lenguh tangan aku nak angkat baby gajah macam kau ni' perli Zale.

Done chapter 21. Jangan lupa vote tau guys... Bubyee...

Unexpected FaithTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang