Chapter 14

2 1 0
                                    

'Kenapa Via tak sokong Kiera jadi isteri Zale macam adik dengan Mama Via? ' tanya Luna sambil memandang tepat kearah mata Zylvia.

Senyuman Zylvia semakin memudar mukanya muram apabila Luna menanyakan hal tersebut dan Luna perasan akan perubahan tersebut.

'Maksud saya, kenapa Via baik sangat dengan saya? Awak pun tak layan Kiera macam Zylia layan Kiera' kata Luna serba salah. Mungkin ada selisih fahaman antara mereka berdua. Dia pula jadi busy body.

Zylvia kembali dengan senyumannya lalu meraih kedua belah tangan Luna.

'Sebab awak baik. Saya nampak yang awak paling sesuai dengan abang Zale. Bukan Kiera. Awak sebenarnya baik cuma Lia dengan mama je melebih-lebih. Kalau tak a ang takkan pilih awak. And nak tahu something tak?' kata Zylvia.

'Apa?' tanya Luna pelik.

'Saya tak pernah tengok abang macam tu. Selalunya dia tatap semua orang dengan tatapan kosong dia tu. Cuba awak bagitahu siapa yang tak gerun dengan tatapan dingin dia tu? Tapi dengan awak dia lain. Macam bukan diri abang yang saya kenal' kata Zylvia bersungguh-sungguh.

'Maksud Via?' tanya Luna lagi.

'Maksudnya abang tu betul-betul suka kat awaklah. Abang tengok awak lain. Dia suka tapi dia tak cakap. Mungkin sebab dia malu nak cakap' kata Zylvia.

'apa yang Via merepek ni? Abang tu kan boyfriend saya sekarang. Memanglah dia suka saya' kata Luna kekok.

' "fake" turn to real. Awak tak payah nak tipu saya. Saya tahu. Awak pun masih kekok dengan abang saya. Saya pun pernah bercinta Luna. Tapi itu dulu. Jadi saya nampak macam mana orang tu jatuh cinta atau tidak macam abang Zale tu' kata Zylvia seakan arif dengan dunia cintan cintun ini.

'Ouh tahu eh. Jangan bagitahu sesiapa please. Nanti abang awak pecat saya dari company, saya nak makan apa?' rayu Luna.

'Awak tak payah cakap pun saya takkan bagitahu. Sebab saya nak awak gantikkan tempat Kiera. Saya taknak Kiera kahwin dengan abang. Niat dia bukan baik pun' kata Zylvia geram.

'Ha maksud Via? Via kenal ke Kiera tu macam mana?' tanya Luna.

'Macam mana tak kenal. Kitaorang dulu kawan baik dalam university. Agak tapat jugalah sebab saya tak banyak kawan masa U tu. Dia je. Saya kenal sangat siapa Kiera. Apa yang dia buat setiap hari saya tahu' kata Zlyvia.

'Macam mana dia boleh couple dengan Zale? Mengikut apa yang saya nampak, Zale bukan senang nak terima perempuan dalam hidup dia' kata Luna.

'Betullah tu. Tapi dulu dia tak berapa dingin sangat. Dia masih boleh dibawa bincang dengan perempuan. Tapi sekarang hatinya dah tertutup rapat untuk seorang perempuan disebabkan Kiera. Kiera yang terhegeh-hegeh dengan abang. Abang pun layan je lah. Lama-lama Kiera dan abang pun couple dan hal tersebut sangat direstui oleh keluarga Kiera dan abang. Via pun tak tahu kenapa abang nak juga si Kiera tu walaupun Via dah bagitahu yang Kiera tu bukan baik sangat. Tapi abang tak dengar. Akhirnya, Kiera terkantoi dengan abang yang dia tengah layan jantan lain senyap-senyap. Mereka pun putus. Sebelum tu diorang sempat bertunang. Via tahu benda tu, Via geram sangat- sangat. Dahlah abang habiskan beribu duit untuk perempuan jalang tu. Haih, nasib baiklah abang tu tak dibutakan sepenuhnya dengan cinta. Kalau tidak memang kaki ni jadi makanan dia' luah Zylvia panjang lebar.

'Teruknya perangai. Kesian abang awak tu. Kalau saya dah menangis tepi bucu katil dah. Dah sayang kan?' kata Luna.

'Takpe, abang dah ada penggantinya. Dia boleh ubat luka lama dia. Awak janji tau jangan sakitkan hati dia. Walaupun dia dingin je memanjang. Tapi saya tahu hati dia sakit juga bila dikhianati' kata Zylvia.

'Tapi aku cuma sekadar girlfriend yang "fake" je bagi dia' kata Luna didalam hati.

Melihat wajah Zylvia yang mengharap itu, Luna pun mengangguk kepalanya dengan perlahan.

'Ha! Kau perempuan, takde nak buat makan-makan ke dah nampak kitaorang datang ni? Aku dengan mama aku dah kebulur ni' kata Zylia .

'Sorry, Lia dengan mama nak makan apa? Biar Kak Luna masakan' kata Luna.

'Masaklah apa apa. Cepat sikit' arah Zylia lagi.

'Eh tak payah nak menyuruh orang sangatlah. Kau ingat dia orang gaji ke? Maid kat dapur tu kan ada. Pergilah suruh dia masak' marah Zylvia.

'Kau kenapa kak? Biarlah aku suruh dia pun. Barulah kitaorang tahu yang dia ni layak ke tak nak masuk keluarga kita' kata Zylia.

'Eh, habistu kau ingat si Kiera tu pandai ke bab masak memasak dengan kemas rumah ni yang sampai dia layak sangat nak jadi menantu keluarga kita? ' bidas Zylvia.

'Kak Kiera tu lain. Dia kan model. Kalau tangan dia kena minyak panas dah tak cantik. Dia kena jaga kulit dia mana boleh buat kerja-kerja dapur dengan kerja-kerja rumah ni. Maid yang kena buat' kata Zylia.

'Cakap macam takde otak. Habis tu Luna ni tak payah jaga kulit dia? Ha ingat perut kau je yang penting? Lia, Lia. Tolonglah bercakap tu pakai otak'  kata Zylvia sinis.

'Yang kak Via nak defense perempuan ni dah kenapa? Dia ni pun bukan baik sangat. Mesti dia nak kikis harta abang je. Kau tengok apa yang kau dah buat perempuan. Disebabkan kau, habis keluarga kitaorang berpecah belah. Kau memang licik' marah Zylia sambil menundingkan jari kearah Luna.

Luna menjadi serba salah. Betul ke disebabkan dirinya, hubungan adik beradik dan keluarga itu berpecah belah? Apa harus dia buat?

'Zylia Eve Iowherth! Mind your language. Jangan sampai abang dengar apa yang kau cakap tu. Kau nak abang Zale mengamuk?' kata Zylvia tegas.

'apa yang bising bising ni? Lia? Via? Korang bergaduh pasal apa ni?' tanya Zale yang baru datang.

Baru sahaja dia ingin kedapur dan mendengar suara adik- adiknya yang menengking sesama sendiri. Dibabitkan dia sekali pula tu. Mesti ada kena mengena dengan Carmilla Alluna.

'Malaslah Lia duduk sini. Buat sakit hati je' kata Zylia lalu berlalu dari situ.

'Pergilah, pergi. Tak de siapa nak halang kau pun' kata Zylvia.

'Sudahlah Via. Macam Via tak kenal adik Via tu macam mana' kata Luna menenangkan hati Zylvia yang membara.

'What is happening right now?' tanya Zale yang masih blur dengan keadaan tersebut.

'Takde apalah, diorang lapar tu yang jadi monster tu. Via tolong saya masak , boleh?' tanya Luna.

Zylvia menganggukkan kepalanya.

Luna dan Zylvia pun berlalu ke dapur meninggalkan Zale disitu.

Done chapter 14. Jangan lupa vote tau guys... Bubyee ..

Unexpected FaithWhere stories live. Discover now