Setelah sampai didepan rumah Luna. Zale melihat lagi kearah Luna. Lah tak bangun lagi.
Zale mula memikirkan cara untuk mengejut Luna.
'Carmilla' panggil Zale tapi Luna hanya menggerakkan badannya tanpa niat untuk membuka mata.
'Carmilla Alluna' panggil Zale sedikit kuat.
Terkejut Luna dibuatnya. Luna memandang Zale dengan muka terkejutnya.
'Boss lari boss! Ada orang nak tembak kita' kata Luna.
'Siapa nak tembak kau? Kau mimpi apa ni? ' tanya Zale pelik. Yang kebun-kebun si Luna ni.
'Ouh takde eh?' kata Luna sambil menggaru kepalanya yang gatal.
'dah pergilah masuk rumah kau. Sebelum tidur tu basuh kaki dulu tak pun mandi nanti mimpi pelik-pelik lagi' pesan Zale.
'Dah sampai ke boss? Kenapa tak cakap?' kata Luna.
'Habis aku cakap dengan siapa tadi? Hantu?' Perli Zale.
'Janganlah boss, malam ni' kata Luna.
'Dah keluar lah. Aku nak balik' kata Zale.
'Sabar la kejap. Boss, thank you hantar saya balik. Esok saya cuti tau. Penat la' kata Luna. Menyempat mintak cuti.
Zale hanya berdehem sebagai balasan.
'Oklah boss, thank you. Bye' kata Luna lagi sekali lalu dia keluar dari kereta dan masuk ke pintu pagar rumahnya.
Luna melambai kearah bossnya lalu masuk kedalam.
Setelah Luna betul betul berada didalam kawasan rumah, Zale pun beredar dari situ.
Luna mencari kunci rumah didalam begnya tetapi tidak jumpa. Dia mula panik.
'Mana pula kunci ni? Aku lupa bawak ke?' katanya sambil mengali didalam begnya yang penuh dengan harta karun.
Ceh! Harta karunlah sangat. Tapi, biasalah perempuan kan? Wajib simpan harta karun dalam beg diorang. Betul tak ladies?
Tetap tidak jumpa kunci rumahnya itu.
'Ish, kunci ni buat hal pula. Orang tengah mengantuk nilah dia boleh tak de. Faster la, mana kau ni kunci' marah Luna.
Nak taknak terpaksalah dia mengejut penghuni didalam rumah itu. Kalau tak, tidur luarlah dia.
'Harap-haraplah ibu ataupun Della tak tidur lagi' kata Luna lalu mengetuk pintu rumahnya itu.
Tok!
Tok!
Tok!
Namun tiada tanda-tanda orang ingin membuka pintu untuknya. Dia mengetuk lagi.
Dan akhirnya terdengar suara Della.
'Sekejap' kata Della dari dalam rumah.
Lega hatinya. Nasib baik Della ada.
Della membuka pintu.
'Eh Luna, kau ni kenapa ketuk? Kau lupa bawa kunci rumah lagi eh?' tanya Della.
'Ha'ah, sorrylah kacau kau tidur' kata Luna lalu masuk kedalam rumah. Penatnya.
'Eh tak delah, aku tak tidur lagi. Tengah layan drama kat netflix kat sofa tu. Lepastu aku dengar orang ketuk pintu. Aku ingat siapalah tadi rupanya kau' cerita Della. Luna hanya mendengar.
'Tadi kau pergi mana je dengan boss? ' Tanya Della.
'Pergi dinnerlah. Kan aku dah cakap kat kau dengan ibu sebelum aku keluar petang tadi?' kata Luna pula.
'Ye ke? Kenapa aku rasa macam kau ada sorokkan apa-apa dari aku? ' tanya Della lagi.
Luna pelik. Della tahu ke dia pergi rumah family boss mereka itu?
'Mana ada. Aku sorok apa apa dari kau. Kau ni kenapa peliklah' kata Luna yang tidak selesa apabila Della start merenungnya.
'esok-esok jelah aku cerita. Aku mengantuklah' kata Luna ingin lari dari topik
'Aku dah agak dah. Mesti kau ada sorok apa-apa dari aku.. Bagilah tahu aku apa dia' kata Della yang tidak puas memujuk Luna untuk membuka cerita.
'please lah Del. Aku betul-betul penat ni. Esok eh? ' mohon Luna lagi.
'Erm, yelah. Tidurlah. Kesian kau penat. Tapi janji eh esok? Kalau tak aku merajuk dengan kau' warning Della.
'Iya. Goodnight' akur Luna.
'Goodnight, girl' kata Della.
Luna terus masuk kedalam biliknya. Huh! Nafas lega dilepaskan.
Nasib baik Della seorang yang mempunyai hati nurani yang baik kalau tak, dia pun tak tahu nak buat apa.
Malam tu dia selamat tapi hari-hari uang selanjutnya mungkin ye, mungkin tidak.
'Harap-harap, Della terlupa pasal hal ni' kata Luna.
~~~~~~~~~~~
Luna bangun agak lewat pada pagi itu. Yelah semalam dia minta cuti kat boss dia kan?
Ibu!' Panggil Luna manja. Itulah satu-satunya tempat dia bermanja.
'Lewat bangun, anak dara ibu ni? Tak kerja ke?' tanya Alyssa, ibu kepada Luna.
'Hihi, harini tak kerja. Tu yang bangun lewat sikit' kata Luna sambil tersengih.
'Luna, balik pukul berapa semalam?awal ke lewat? Ibu risau tau tak? Dahlah kamu tu anak dara. Balik lewat pula' Bebel Alyssa.
'Padan muka kena bebel dengan ibu' kata seseorang.
'Eh kau tak kerja ke harini?' tanya Luna pelik.
'tak, malas' kata Della ringkas.
'Eleh, kalau sebenarnya kau saja ikut aku kan? Sibuk je' kata Luna.
'Suka hati akulah. Aku nak relax kejap. Tenangkan fikiran aku yang serabut ni' kata Della.
'Luna balik lewat sikit je ibu. Nasib baik Del tak tidur lagi. Luna boleh lupa bawa kunci rumah semalam' cerita Luna pada ibunya. Malas layan Della. Buat sakit kepala je.
'Nasib baik. Kalau tak Luna dah kena tidur kat luar tu' kata Alyssa pula.
'oklah ibu, Luna nak keluar dengan Del nanti, ibu nak ikut?' tanya Luna pada ibunya.
'Eh, bila aku janji dengan kau nak keluar hari ni?' tanya Della pelik.
'alah Del, alang-alang kau cuti harini. Jomlah teman aku beli barang sikit' pujuk Luna.
'Kau punya sikit tu nak dekat satu hari jugaklah kita kat mall tu' perli Della.
'alah, macam tak biasa. Kalau aku pergi mall, kau pun join sekaki juga kan?' kata Luna pula.
'Takpelah Del pergilah lepak kat luar tu dengan Luna asyik buat kerja kat office je. Ibu tengok pun stress. Boleh la ibu rehat masa kamu berdua keluar tu' kata Alyssa.
Luna tersenyum kemenangan apabila ibunya sokong dirinya. Della menjeling Luna.
'Baik ibu, muah. Sayang ibu' kata Luna lalu mencium kedua-dua belah pipi ibunya.
'Ye sayang Luna juga' kata Alyssa pula.
'Habis Del tak sayang? Sampai hati. Nak majuk ah macam ni' kata Della acah merajuk.
'Ibu, ada baby besar merajuklah' kata Luna.
'Eh, ha'ah la. Kita nak buat apa kat dia supaya dia tak merajuk lagi eh?' kata Alyssa. Melayankan sahaja anak-anaknya itu.
Itulah hiburan buatnya tiap hari.
'Erm, jom geletek dia supaya dia tak merajuk lagi' cadang Luna.
Della yang mendengar perkataan "geletek" itu pantas bangun dari kerusi.
'Kau jangan nak mengada Luna. Ibu jangan lah' kata Della yang sudah beberapa tapak ke belakang.
'Jom ibu kita geletek dia' kata Luna lalu mengejar Della yang melarikan diri. Alyssa hanya tersenyum melihat Luna dan Della yang tertawa riang.
Walaupun kebahagian mereka kecil tapi sangat sempurna bagi keluarga kecil itu.
Done chapter 7. Jangan lupa vote tau guys. Bubyee...
ANDA SEDANG MEMBACA
Unexpected Faith
RomanceStart: 1/3/22 End: Carmilla Alluna - Hidupnya menjadi kucar-kacir apabila terpaksa menerima lamaran bossnya untuk menjadi fake girlfriend bossnya ya g perlu menghadiri satu acara dengan pasangan. Disebabkan rasa kasihan pada bossnya itu, dia pun te...
