'Huk-hurm, Carmilla masuk kedalam bilik saya sekarang! ' arah Zale kepada Luna yang baru sahaja keluar dari biliknya tadi.
'Ha? B-baik' akur Luna. Dia blur dengan apa yang jadi. Muka bossnya dahlah tegang semacam je. Risau pula dia. Cepat betul mood bossnya berubah.
Cepat-cepat Luna bangun dari kerusinya lalu bergerak keluar dari officenya. Carol pula ditinggalkannya seorang diri didalam office itu.
'Dia tinggalkan aku macam tu je?' kata Carol tidak puas hati.
~~~~~~~~~~~
Luna ketuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam. Setelah diberi kebenaran untuk dia masuk, Luna pun masuk kedalam.
Dia melihat kearah Zale yang membelakangkannya menghadap ke cermin kaca yang ada didalam office bossnya itu. Wajah lelaki itu dia tidak nampak pula kerana membelakangkan dia.
Luna memilih untuk berdiamkan dirinya dibalik pintu. Selagi tiada arahan dari bossnya. Selagi itu dia berdiri seperti tunggul kayu di situ.
'kenapa pula ni? Tadi okay je siap ajak kahwin lagi. Sekarang macam laki mati bini pula. Aku ada buat salah ke tadi? Ke dia terasa dengan kata-kata aku? Tapi bukan aku yang ayat dia, dia yang ayat aku. Yang dia nak marah kenapa? Tapi, kenapa dia nak marah? Dia menyesal ke cakap macam tu? Atau dia main-main je tadi?'
Hah sudahh! Overthinking datang menjengah fikiran seorang gadis yang bernama Carmilla Alluna.
Muka Luna mula cemberut memikirkan semua hal tersebut. Tiba-tiba marah datang.
'Carmilla Alluna, kau tahu apa salah kau?' tanya Zale. Luna pelik, apa pula salah dia? Salah lelaki tu lah yang mengayat orang sesuka hati mulut dia je. Lepastu, menyesal tak sudah.
'Apa pula salah saya? Salah boss lah' kata Luna menafikan.
'apa pula salah aku? Aku buat apa? Kau yang buat salah sekarang ni taknak mengaku pula' kata Zale. Dia pusing kearah Luna lalu memandang Luna bagaikan singa kelaparan. Seperti besar sungguh kesalahan Luna.
'Habistu, saya salah apa pula? Boss nak saya mengaku apa? Boss panggil saya datang sini sebab boss yang buat salah kan? Boss nak bagitahu yang boss menyesal kan?' kata Luna pula. Dia maju kearah Zale dengan berani kerana terlalu marah sehingga lupa status dirinya dan Zale itu siapa sebenarnya...
'Ha? Kau ni kenapa? Aku nak menyesal pasal apa? Kau ni dah tak betul ke apa?' tanya Zale. Ayatnya kedengaran kasar tapi masih bertapis.
'Boss yang tak betul. Dahlah libatkan hati dan perasaan saya. Lepastu, marah saya pula. Boss ni kenapa? Apa salah saya? Seronok boss buli saya macam ni kan? ' kata Luna yang sudah tersebik-sebik bibirnya.
Jadi tak senang duduk Zale dibuatnya apabila melihat Luna ingin menangis.
'Lah, yang kau menangis kenapa? Aku tak buat apa apa pun kat kau.' kata Zale yang panik melihat Luna tiba-tiba menangis.
'Bosslah! Semua salah boss. Saya benci boss..' kata Luna sambil mengelap air matanya. Dia pun tak tahu kenapa dia menangis. Air matanya yang gedik nak keluar juga padahal bukan perkara besar terjadi pun.
Zale terus menarik Luna masuk kedalam pelukkannya sambil memujuk Luna untuk berhenti menangis.
'Shhh~ okay... Okay... Aku salah. Dah kau boleh stop menangis' kata Zale sambil mengusap kepala Luna.
'Boss kenapa marah saya? Saya bukan buat apa apa salah pun' kata Luna dengan sedu-sedu tangisnya.
'Ye... Ye... Kau tak salah. Aku salah' kata Zale. Luna tertawa mendengar Zale menyalahkan diri sendiri. Tapi memang betul pun.
Tiba-tiba Luna tolak Zale menjauhi dirinya. Suka hati je nak peluk-peluk orang.
'Kenapa boss peluk saya? Suka hati je nak ambil kesempatan nak peluk-peluk saya pula' kata Luna sambil mengelap air matanya.
'Eh kau ni! Sepatutnya aku tau yang marahkan kau. Suka hati je rapat dengan lelaki lain. Oh, itulah perkara urgent yang kau nak buat sangat tu? Menggatal?' kata Zale membuat tuduhan melulu.
'Menggatal? Selama saya kerja kat situ itu kali pertama dia tegur saya. Dia datang tegur pun salah ke? Yang boss nak marah tak tentu pasal ni kenapa? Saya rasa takde masalah pun kalau saya berborak dengan dia. Takde pun peraturan cakap tak boleh bertegur sapa dengan pekerja lain. Atau pun benda tu benda yang salah. Kenapa boss marah saya pula?' tanya Luna lagi.
'memanglah takde, tapi korang berbual semasa dalam waktu kerja dan itu salah. Faham!' kata Zale dengan nada yang keras.
'Selama saya bekerja dekat sini boss pernah ke nampak saya buat macam tu kat office ni? Dia yang datang tiba-tiba lepastu duduk depan meja saya. Saya biar jelah. Dah lah tipu saya. Lagi nak marah saya pula' gumam Luna tidak puas hati.
'Apa yang aku tipu kau nya?' tanya Zale pelik. Sejak bila pula dia tipu Luna. Dia pun tak ingat.
'boss sebenarnya menyesalkan dengan apa yang boss cakap tadi? Sebenarnya boss bergurau je pasal tadi kan? Pasal boss nak kahwin dengan saya tu?' kata Luna.
'Apa kau merepek ni? Kau pernah nampak aku main-main ke dengan apa yang aku cakap? Kau nak aku buktikan macam mana kat kau?' tanya Zale.
Luna berfikir sejenak. Betul juga. Tapi dia pun tak tahu macam mana ingin membuktikan kata-kata lelaki itu adalah benar.
'Saya nak tanya boss 5 soalan untuk buktikan boss tak main-main' kata Luna.
'Macam budak-budak. Hah apa dia?' kata Zale pula.
'Soalan pertama, apa yang boss akan buat kalau cik Kiera ganggu saya? Boss akan sebelahkan saya atau dia?' tanya Luna bagi soalan pertamanya.
'Soalan apa kau tanya ni? Kau lah. Dia tu siapa je dalam hidup aku?' kata Zale.
'Siapa je saya dalam hidup boss?' tanya Luna.
'Itu soalan kedua ke?' tanya Zale.
'No, it's okay kalau taknak jawab. Soalan kedua, boss still nak pilih saya ke walaupun family boss tak sukakan saya?' tanya Luna bagi soalan kedua.
'Family aku ke aku yang nak kahwin? Next' kata Zale.
'Bukan ke restu keluarga tu penting?' tanya Luna.
'Soalan ketiga ke tu?' tanya Zale lagi.
'Tch, soalan ketiga, kalau boss kena hilang harta sebab pilih saya, boss masih pilih saya ke? ' tanya Luna bagi soalan ke 3.
'Sepatutnya aku tanya kat kau soalan tu. Kalau kau? Kalau aku jatuh miskin, kau nak ke kahwin dengan aku? ' tanya Zale. Orang tanya dia, dia tanya orang balik.
'Saya tanya boss yang boss tanya saya balik kenapa?' kata Luna tidak puas hati.
'Aku pun nak dengar jawapan dari mulut kau. Okay next' kata Zale.
'Soalan keempat, kalau saya kata saya taknak kahwin kontrak boss nak kahwin dengan saya juga ke?' tanya Luna bagi soalan ke 4.
'Sebab? Kahwin juga tu kan? Last question' kata Zale acuh tidak acuh.
Luna menganggukkan kepalanya lalu melanjutkan soalan yang terakhir.
'Soalan terakhir...
Done chapter 20. Jangan lupa vote untuk sambungannya. Korang mesti tertanya-tanya apa soalan terakhir tu kan? Well, korang kenalah tunggu sekejap. Okaylah bubyeee....
ANDA SEDANG MEMBACA
Unexpected Faith
RomanceStart: 1/3/22 End: Carmilla Alluna - Hidupnya menjadi kucar-kacir apabila terpaksa menerima lamaran bossnya untuk menjadi fake girlfriend bossnya ya g perlu menghadiri satu acara dengan pasangan. Disebabkan rasa kasihan pada bossnya itu, dia pun te...
