Luna termenung sahaja sejak dari tadi. Zyvia yang sedang makan dihadapannya itu pun pelik.
Mereka berada di mall sekarang. Kan tadi Zyvia mengajak Luna untuk lunch sekali. Ajakkan Della terpaksa dia tolak kerana perlu menemani Zyvia.
Pasti Della marah besar kepadanya nanti.
Ingat ingin bergembira dengan Luna dan bercerita itu ini dengan bakal kakak iparnya itu. (Mungkin terlalu awal untuk mengesahkan title itu. Tapi tak pelah.) Alih-alih Luna asyik termenung pula. Wajah wanita itu seperti tidak senang.
'Apa yang awak menungkan tu? Ada orang buat awak tak puas hati ke?' tanya Zyvia.
'Ha? Eh tak delah. Saya cuma terfikir sesuatu je. Sorrylah saya termenung pula' kata Luna sambil tersenyum.
'Kalau ada masalah ceritalah. Mana tahu saya boleh tolong' kata Zyvia. Dia menyuapkan nasi goreng kedalam mulutnya.
'Takde apalah masalah kerja je' kata Luna pada Zyvia.
'Ye ke? Nampak muka awak tu dah macam ada masalah negara dah' gurau Zyvia.
'Takdelah. Abang Via sebelum ni memang tak pernah couple ke? I mean sebelum saya jadi girlfriend tipu abang awak tu? ' tanya Luna.
'Kenapa Luna tanya macam tu? Kiera ada jumpa abang ke kat office tadi? Dia ganggu awak dengan abang ke? ' tanya Zyvia.
'Takdelah, dia tak datang pun. Saja nak tahu' kata Luna. Dia pun tak tahu kenapa mulut dia rasa ringan nak tanya hal mengarut seperti itu.
'Habistu? Luna tahu perangai abang Zale tu macam mana kan? Dia mana nak dekat dengan perempuan. Perempuan je ramai terhegeh-hegeh kat dia. Salah satunya Kiera tulah.' kata Zyvia.
'Patutlah, mesti ramai perempuan yang goda dia kan? Kenapa dia pilih saya jadi fake girlfriend dia? Kenapa tak perempuan-perempuan yang goda dia tu?' kata Luna tanpa sedar mengekpresikan rasa tidak puas hatinya itu.
'Awak gaduh dengan abang Zale eh? Kenapa dia cerita pasal perempuan-perempuan yang pernah goda dia dulu ke? Luna tak payah risaulah. Zale tu tak pandang perempuan-perempuan macam tu. Dia pilih awak maknanya awak yang dia pandang bukan perempuan tu. Luna tak payah risau Zale tu setia orangnya. Saya tahulah dia abang saya' kata Zyvia dengan sisa tawanya.
'Maknanye dulu dia pernah ada orang yang dia sayang lah kan? Kalau tak mana Via tahu yang dia seorang yabg setia?' kata Luna lagi.
'Mana ada lah. Awak orang yang pertama. Dan awak orang yang dia pilih sendiri. Awak kahwinlah dengan abang. Baru awak tahu yang abang saya ni setia ke tak orangnya' kata Zyvia.
'Nak ke dia dengan orang macam saya?' kata Luna perlahan.
'Memang mama suruh abang kahwin pun. Awak tunggu jelah dia datang lamar awak' kata Zyvia lalu sambung makan makanannya.
Luna terkejut, terkaku, terdiam dan semua jenis "ter" lagi apabila mendengar kenyataan dari Zyvia itu.
Kahwin? Tak pernah terlintas di benaknya yang hubungan ini akan pergi jauh seperti ini.
~~~~~~~~~~~
Zale melihat jam tangannya setelah berjam-jam menghadap depan laptopnya.
Dia bersandar dikerusi empuknya sambil menutup mata. Letih hanya dia sahaja yang tahu.
'Perempuan tu mesti dah keluar' kata Zale sambil menutup matanya.
Tiba-tiba pintu officenya dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu. Muncullah seseorang yang lama Zale tidak jumpai.
'Yo! Im back! Eh, tidur pulak mamat ni. Kalau kau nak tidur baik balik rumah bro! Sini tempat kerja bukan bilik hotel' sergah seorang.
'Tau pun ni tempat kerja. Yang kau terpekik terlolong macam dalam zoo apahal!' kata seorang lagi lelaki sambil menampar kepala lelaki yang terjerit-jerit tadi.
Zale membuka matanya lalu memandang bosan kearah 2 orang lelaki yang berada dihadapannya.
Dah balik dah bala-bala ni. Semakin serabutlah kepalanya apabila melihat mereka berdua dihadapannya.
'Korang balik sini dah settle ke kerja kat sana' tanya Zale direct. Takde nak tanya khabar dulu ke. Sihat ke tidak? Memang terus direct je.
'Uish, kau ni asyik kerja je kau fikir. Taknak tanya khabar kitaorang dulu ke? Kau tahu tak kitaorang sanggup tau datang office kau lepas turun flight tadi. Penat pun tak habis lagi. At least pelawalah kitaorang duduk ke apa ke? Ini tidak' kata Hendric pada Zale.
'Buat apa aku tanya dah korang berdua dah terpacak depan aku ni. Lagi satu kalau aku tak pelawa pun kau akan duduk juga kan? Yang korang balik apasal?' tanya Zale lagi.
'Takkan nak balik negara sendiri pun tak boleh? Sebab kitaorang rindu kau lah' kata Hendric lagi.
'Eh bukan kitaorang eh. Kau je. Aku balik sebab aku bosan duduk sana' kata Lennox pula.
'tulah korang mengelat je tahu' kata Zale selamba.
'Eh baik sikit. Dah 3 tahun tau aku duduk kat France sana. Ni Lennox ni dah 5 tahun kat Spain. Baru dia nak balik jumpa mak bapak dia' kata Hendric lagi. Masih tidak puas hati dengan pernyataan Zale.
'Dah tu macam mana korang boleh jumpa?' tanya Zale.
'Terjumpa dalam flight' kata Lennox. Malas nak bagi Hendric jawap. Nanti tah apa apa dia mengarut nanti.
'Weh, sekarang waktu lunch kan? Jomlah pergi makan. Perut aku dah lapar dah ni' kata Hendric.
'Perut kau apa kena mengena dengan kitaorang?' perli Lennox.
'Takkan korang tak lapar? Kau Zale, aku tahu kau tak makan lagi. Aku tahu kau gila kerja tapi makan kena makan juga bro. Nanti tak sempat nak kahwin dah lepak underground dulu. Kesian mak bapak kau dapat tengok cucu sulung diorang' kata Hendric yang merepek itu.
'Kau merepek apa setan. Kau jangan sampai aku bagi kau lepak underground dulu' kata Zale pada Hendric.
'Eleh sombong. Aku care kat kau pun kena marah. Macam manalah kau nak ada awek ni? Kesian perempuan tu kena hadap kau punya dingin tu. Oh lupa, kau mana minat perempuan. Kau kan gay' kutuk Hendric.
Lennox dah geleng kepala dengan perangai Hendric yang tidak matang itu. Nampaknya 3 tahu hidup berasingan tidak mampu mengubah perangai Hendric. Suka buat Zale marah/mengamuk.
Baru Zale mahu membidas kata-kata Hendric itu tapi ada sesuatu yang menganggunya. Pintu lagi sekali dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu dan pintu itu dirempuh seakan-akan tidak sabar berjumpa dengannya.
'Boss, habislah kit-'
3 pasang mata itu memandang ke arah pintu.
~~~~~~~~~~~
Balik sahaja dari lunch bersama Zyvia tadi terus dia naik mencari bossnya di office.
'Boss, habis lah kit-'
Belum sempat ayat dihabiskan baru Luna perasan yang didalam office bossnya ada 2 orang asing yang dia tidak kenali.
Luna berasa malu disitu. Dia tersengih memandang Zale yang bermuka ketat itu.
'Opsss... Sorry. Saya jumpa boss nantilah. Sorry kacau' kata Luna lalu dia menutup pintu dengan sopan dan lembut sekali.
'Siapa tu? Kau tak bagitahu aku pun yang kau ada pekerja cantik macam tu?' tanya Hendric terpukau.
'Buat apa aku bagitahu kau. Sibuk je' kata Zale.
'Hurm.. kedekut' kata Hendric sambil mencebikkan bibirnya.
Done chapter 18. Jangan lupa vote tau guys... Bubyee...
ANDA SEDANG MEMBACA
Unexpected Faith
RomanceStart: 1/3/22 End: Carmilla Alluna - Hidupnya menjadi kucar-kacir apabila terpaksa menerima lamaran bossnya untuk menjadi fake girlfriend bossnya ya g perlu menghadiri satu acara dengan pasangan. Disebabkan rasa kasihan pada bossnya itu, dia pun te...
