༊*LR·01˚

3.3K 164 5
                                    

MALAYSIA : 19.23 P.M.
Penerbangan dari spanyol ke Malaysia amat meletihkan bagi seorang gadis yang Bernama Tristan de Luna. Luna tidak pernah berharap untuk pulang lagi ke negara ibunya ini namun harapannya musnah apabila ibunya jatuh sakit.

" beratnya beg ni " gumam luna.

" HELLO MALAYSIA" jerit luna tenang.

" setelah sepuluh tahun tak balik Malaysia, akhirnya kita bertemu Kembali. Beautiful Malaysia "

Tristan de Luna terus menonong menaiki kereta alpha yang telah menunggu kepulangan nya di hadapan pintu utama lapangan terbang kuala lumpur itu. Ayahnya telah mengupah bodyguard Ketika luna masih berada di Malaysia kerana risau akan kesalamatan satu satunya anak mereka.

Luna terus ke Hospital untuk berjumpa dengan ibunya yang sakit itu. Sesampainya di hadapan pintu bilik wad ibunya, luna berjalan mundar mandir kerana takut untuk masuk. Luna pernah menjadi mangsa kekejaman ibunya suatu Ketika dahulu.

" nak masuk ke tak ehh? "

" aduhh, takutlah nak jumpa mama "

" nanti kalau kena halau macam mana? "

" bodohlah Tristan, janganlah fikir macam tu " luna bermonolog seorang diri.

Dengan bacaan bissmillah, luna menolak lembut pintu wad yang menempatkan ibunya. Berdebar- debar perasaannya waktu ini.

" assalamualaikum mama. Tristan dah balik nak jumpa mama " luna menghulurkan tangan untuk bersalaman. Namun ditepis oleh ibunya sendiri.

" kenapa kau balik? Aku tak suruh pon kau balik. Aku sakit ke mati ke, tu bukan urusan kau " Puan Millea Mikayla tidak pernah menyukai kehadiran luna di dalam kehidupannya.

" mama, kenapa mama cakap macam tu, tristan kan anak mama. Mestilah Tristan kena balik jumpa mama"

" hello tristan! Kau dengar sini, aku tak pernah anggap kau anak aku tauu. Entah kenapalah bapak kau halang aku dari gugurkan kau dulu "

" lagipun, kau balik ni sebab terpaksa kan? Kalau betul kau balik sebab nak jumpa aku, mesti kau akan selalu balik sini melawat aku. Betul tak Tristan de Luna ? " bidas ibu luna itu cukup memeritkan sekeping hati milik luna.

Luna terkejut dengan jawapan puan millea yang ingin menggugurkannya dahulu. Air mata sudah bertakung dan sedia untuk mengalir. Sampai hati ibunya berkata begitu. Sungguh dia berasa kehadirannya tidak dihargai oleh syurganya sendiri.

" mama, Tristan tak pernah terpaksa untuk balik jumpa mama. Tristan memang berniat nak balik lepas habis belajar dan Tristan baru habis belajar sekarang mama. "

" mama, maafkan Tristan sebab dah lukakan hati mama " jelas suaranya luruh Bersama air mata yang jatuh menyembah bumi. Erk, nasib baik hingus tak meleleh sekali. Haha.

" dasar anak tak kenang budi " kata ibunya lagi.

" mama...." Luna bergumam.

Tanpa melihat kearah ibunya, luna berlari keluar dan menangis teresak-esak. Lirih sekali.

Luna pulang ke rumahnya sendiri. Rumah yang dihadiahkan oleh papanya Ketika ulang tahun ke-20 dahulu. Dia hanya melihat didalam gambar sahaja, kini dia telah menjejaki rumah tersebut. Rumah itu telah dilengkapi dengan semua peralatan oleh papanya.

Luna akan pulang ke spanyol dalam tiga hari lagi. Tak betah dia untuk terus tinggal disini apalagi bila dihina oleh ibunya sendiri. Luna teringat tentang dirinya yang dipukul oleh ibunya dahulu...

FLASHBACK

Luna yang berumur 8 tahun telah disuruh untuk menjadi pembantu di rumah itu, ibunya selalu menyuruh luna melakukan kerja rumah sedangkan dia keluar untuk berfoya-foya.

Berfoya-foya? Ya, mama dan papanya telah berpisah sewaktu kecil kerana kantoi akan mamanya yang melakukan hubungan dengan kekasih lama.

Luna yang masih kecil itu berusaha menjadi matang dengan menguruskan semua semdiri. Bermula dari membasuh baju ibunya, makan, dan kemas rumah. Luna masih bersekolah namun dia tidak mempunyai kawan sejak kecil. Kawan sekelasnya selalu mengejeknya miskin padahal luna adalah anak orang kaya. Setiap malam, luna akan dipukul oleh ibunya. Hal ini kerana ibunya sentiasa pulang dalam keadaan mabuk.

" mama.. sakitt" raung luna apabila di kepalanya dihentak pada permukaan meja.

" pergi mati lah kau bodoh! Aku taknak ada anak macam kaulah bebal! " tempik puan millea.

Luna melihat ibunya dengan keadaan terkejut dan Kembali menangis menangisi nasibnya di rumah ibunya. Sungguh tergamak ibunya berkata begitu.

Luna merupakan seorang anak yang baik dan mendengar kata. Dia sentiasa berbuat baik walaupun sering dihina. Luna beranggapan ibunya terlepas cakap kerana dibawah pengaruh alcohol.
Namun, siapa sangka ibunya memang memaksudkan semua butir bicaranya tadi.

15 tahun berlalu. Sehinggalah suatu hari, luna ke kedai untuk membeli bahan basah. Luna bertembung dengan papanya yang datang ke Malaysia kerana urusan syarikat. Luna yang tidak sanggup lagi hidup Bersama ibunya telah meceritakan semua kekejaman ibunya kepada papa nya.

Dek kerana terkejut yang amat, Master D'Ivoire Timeo Luca telah membuat keputusan untuk menarik balik hak penjagaan ke atas anaknya. Master D'Ivoire merupakan jutawan terkemuka. Namun entah apa kekurangan nya yang menyebabkan bekas isterinya berpaling tadah.

Kata-kata terakhir yang diucapkan oleh ibunya cukup meruntunkan jiwa luna. Masih segar di ingatannya dan masih segar bekas luka di badannya apatah lagi di hatinya.

" MULAI HARI INI, KAU TRISTAN DE LUNA..... KAU BUKAN ANAK AKU " jerit puan millea sepenuh hati tanpa rasa bersalah dan ragu-ragu.

Baginya luna adalah bala yang menyusahkan hidupnya selama ini.
Luna berpusing untuk mengikuti Langkah papanya dengan tangisan. Jelas dia amat terasa dengan ibunya.

" Tristan...... " panggil puan millea
Langkah Luna terhenti tapi tidak pula dia berpaling. Orang sudah jauh hati, nak pandang muka pon tak mahu. Huhuhu

" lepasni kita hanya stranger Tristan...aku bukan mama kau dan kau bukan anak aku... jangan berani kau kacau hidup aku lagi. Ingat warning aku ni..." jeda

Luna meneruskan Langkah tanpa berpaling. Hatinya terlalu sakit terhadap ibunya. Namun apakah daya, dia.... Dia tetap ibu seorang Tristan de luna.

END FLASHBACK

Tanpa di sedarinya, air mata berjujuran jatuh dari kelopak matanya.

" mama.... Kenapa mama sangat kejam. Apa salah Tristan nak menagih kasih sayang dari mama"

" siempre te amo mamà." Luna tertidur dalam tangisan dan kenangan yang menyakitkan.







" apabila ada gelas kaca yang mampu menahan beban seberat gunung, maka dialah Wanita. Dalam kelemahannya ada kekuatanya yang begitu hebat " - syaikh Ali Musthafa Thantawi.

C | |  MRS RUSSELL'S ADDICTED DEVIL  Where stories live. Discover now