༊*LR·15˚

1.4K 82 2
                                    

2 BULAN BERLALU

Masa berlalu begitu cepat, sedar tak sedar harini sudah genap 3 bulan kekasih hatinya terlantar di katil hospital tanpa membuka mata. Sepanjang 2 bulan itu, Russell ulang-alik dari company ke hospital untuk menjaga isterinya. Dia tidak pernah menyusahkan ibu bapanya kecuali dalam keadaan terdesak. Dia sudah berjanji untuk menjaga luna sehingga gadis itu sedar dan sihat semula. Keadaannya sudah lama pulih manakala luna pula sudah melepasi zon kritikal sebulan yang lalu. Dia dirawat dengan pelbagai cara sepanjang 2 bulan berada dalam zon kritikal.

Walaupun dalam situasi begitu, Russell tidak pernah melepaskan tanggungjawabnya terhadap syarikat dan isteri. Dia sudah berjanji untuk berubah maka dia akan tunaikan, Cuma dia tidak pasti dia mampu bertahan hingga ke tahap mana.

Setiap hari dia akan berada di samping luna dan memberikan kata-kata semangat. Kata doctor, luna mendengar ucapan seseorang.

" Koma adalah salah satu bentuk gangguan kesadaran akibat kekacauan dalam fungsi otak. Seseorang dikatakan koma jika mereka tidak terjaga dan tidak sedar akan dirinya atau lingkungan sekitarnya. Saat koma, seseorang tidak dapat dibangunkan dengan rangsangan apapun termasuk rangsangan nyeri. Keadaan koma membuat seseorang tidak dapat berbuat apa-apa. Walaupun demikian, pesakit koma masih tetap dapat mendengar orang-orang di sekitarnya." Terang doctor itu kepada Russell.

"Mrs Russell mengalami Cedera kepala yang telah menyebabkan otak membengkak dan berdarah. Saat otak membengkak akibat trauma, cairan pada otak otomatis mendorong ke atas ke tengkorak. Pembengkakan pada akhirnya dapat menyebabkan otak menekan batang otak, sehingga merusak RAS (Reticular Activating System) bahagian otak yang bertanggungjawab untuk membuat seseorang tetap sadar."

"Tidak hanya itu, dia juga mengalami Cedera Coup-Contrecoup. Jenis cedera otak ini biasa terjadi ketika intensitas pukulan begitu hebat. Kondisi ini tidak hanya membuat memar, tetapi juga menyebabkan perpindahan lokasi cedera karena otak terbanting ke sisi yang berlawanan." Hal ini berlaku saat mereka accident dulu. Kesannya, luna masih koma hingga ke saat ini. Dia hanya mampu bernafas dengan mesin bantuan pernafasan.

" my moon, aku datang. Kau jangan risau, aku akan datang hari-hari untuk teman kau. Mesti kau sunyi kan, maaf harini lambat. Banyak sangat kerja tapi aku tak kesah asalkan dapat tengok kau." Nafas dihela Panjang sambil mengelus tangan luna.

" harini aku ada 3 meeting. Penat sangat tapi bila tengok kau, rasa penat tu dah hilang. Kalau dapat dengar suara kau, mesti lagi best kan? Kau taknak bangun bercakap dengan aku ke? Aku tunggu kau ni"

" Luna, aku rindu lah. Kau tak rindu aku ke? Aku nak ajak kau honeymoon ni. Kita kan belum pergi honeymoon. Kita nak pergi mana ehh? Kau ada cadangan tak? L.A? Bali? Mexico? Maldives? . hm dekat mana lagi ehh?" tangan luna di letakkan di pipi sambil muka berkerut berfikir tentang tempat untuk mereka berbulan madu nanti.

" hm tak apa lah, nanti kau dah bangun kau bagitahu aku. Aku akan tunaikan semua kehendak kau. Aku janji. Tapi kau kena janji jugak. Kena bangun cepat. Okey? Pinky promise dulu." Jari kelingking disatukan.

" sayang, esok kerja. Taknak kerja. Nak duduk dengan kau je dekat sini tak boleh ke hm?"

" urghhhh... malas betul nak pergi kerja esok. Mesti balik lambat lagi. Nanti lambatlah boleh jumpa kau hm. Sedihlah macam ni. Nanti kalau kau dah bangun, aku nak angkut je kau kemana aku pergi. Taknak jauh-jauh lagi."

≪•◦ ❈ ◦•≫

Evrin Belrissa Qiandra. Gadis itu sedang berperang di meja sendiri dalam D'Ivoire Holdings yang ada di Itali. Kenapa dia berperang? Kerana Tristan De Luna masih tidak sedarkan diri. Dulu waktu gadis itu masih sedar, dia akan menguruskan syarikat di rumah tapi kini hanya tinggal belrissa dan Master D'Ivoire yang perlu menguruskan syarikat itu. Gadis itu memegang jawatan sebagai Chief Financial Officer (CFO). Jawatan ini dibawah CEO. Dia perlu mengawasi kewangan syarikat Bersama dengan belanjawan, perakaunan, dan pelaporan juga boleh melibatkan peramalan dan pelaburan. Tanggungjawab yang di sandang sudah besar namun menjadi lebih sulit bila perlu menguruskan dua jawatan pada masa ini.

Papa luna hanya boleh menghadiri meeting-meeting sahaja kerana dia sudah mempunyai syarikat lain yang perlu diuruskan di spanyol. Ketiadaan luna membuatkan mereka tidak cukup tangan untuk membuat kerja. Luna sememangnya seorang yang cekap, kerana itu dia boleh menguruskan hal syarikat hanya di rumah.

" Tristan, bila kau bangun ni. Aku dah tak cukup tangan sangat ni. Husband kau takpe lah. Ada dua adik, ada ayah lagi, ada kawan-kawan lagi. Kita ni? Hanya ada kau, aku dan papa kau. Tu pun dia sibuk uruskan syarikat lain." Kepala di urut perlahan.

" kerusi meja kau dah lama kosong. Diorang tunggu kau datang. Bangunlah. Aku tak dapat nak lawat kau selalu sebab tak sempat. Kerja ni tak boleh nak Tangguh sekejap pun, nanti mesti bertimbun balik. Pening la aku."

" aku hanya mampu berdoa saja sekarang ni. Aku harap suami kau jaga kau betul-betul lah"

" kita dah lama tak borak kan? Kau tak rindu kami ke? Kalau rindu kena cepat bangun. Jumpa kami. We miss you too. Papa kau selalu menangis dekat meja kau. Kau kena cepat balik tauu" bellrissa bercakap sendiri.

C | |  MRS RUSSELL'S ADDICTED DEVIL  Where stories live. Discover now