༊*LR·49˚

841 43 6
                                    

“ ARGHHHHH” Russell melompat turun dari katil dan terus bersilat.

Melihat luna yang sedang mengerang kesakitan membuatkan dia terus menerpa dan memegang tangan luna.

“ love? Kenapa ni? Kenapa jerit-jerit ni?” luna menunjuk ke arah perutnya.

KNOK

KNOK

“ kenapa tu abang?” tanya marchell sambil menggosok mata.

“ tak tahu. Masuk la, aku dah on kunci” fingerprint kunci pintu di sebelah katil di tekan.

“ love, cakaplah. Kenapa ni? Sakit ke?” luna bernafas tersekat-sekat.

“ s-sakit Rayden! Tolong!”

“ kau nak beranak ke ni? Aku kena buat apa ni?”

“ Hospital lah awakkk. Sakit sangat ni”

“ ehh mar, nak buat apa ni?”

“ haa? Nak buat apa?” soal marchell blur.

Salvio datang dengan mata separuh tertutup. Membulat matanya melihat air turun dari kaki luna. Terketar tangannya menyentuh air itu.

“ bawak lah saya pergi hospital Rayden! Awak nak anak-anak mati ke apa ni? Ya Allah. Sakittt sangat ni” Russell pula hilang arah, dia masih blur.

Bijak baby ni, pukul 3 pagi jugak dia  nak keluar. Terkejut kita tiba-tiba je kena tendang kuat.

“ cepatlahh korang ni bodoh ke! Bawak I pergi hospital cepatttt!” tempik luna kuat.
Russell menggelabah di sebelah luna. Tidak tahu mahu berbuat apa. Otaknya tiba-tiba sahaja tiada isi, kosong.

PANG

“ haaa! Geram la aku! Bawak aku pergi hospital lah setann semua! Aku sakit nak beranak ni! Kau berdua nak kena tampar jugak ke? Bawak aku pergi hospital!” tangan di angkat untuk menampar adik iparnya.

“ Arghhhh! Sudahlah! Aku pergi sendiri je” luna bangun dari katil dalam keadaan separuh basah.

Dia takut anaknya lemas nanti. Handbag dan kunci kereta di capai, tiga ekor beruk tadi masih berdiri kaku.

Luna memegang pinggang dan turun dengan lift menuju ke kereta. Bodyguard yang berjaga di luar pintu terkejut dengan keadaan luna. Dia mencapai beg dan memapah luna ke kereta.

Enjin kereta di start dan terus membawa luna ke hospital. Dalam perjalanannya, dia menelefon Adam, xander dan kembar untuk pergi menampar Bosnya sekali lagi.

“ please hurry up! It’s hurt!” tangisan luna kedengaran nyaring.

“ Hold on Mrs!”

“ stay with me”

“ Erghhh.. Help! It’s hurt!”

Empat buah kereta mengejar mereka dari belakang. Pedal Minyak di tekan lebih dalam. Keselamatan Puan Besarnya sangat penting pada saat ini.

“ they with us Mrs. So please! Be save!”

“ Please! Hurry!”  tangannya memegang erat kerusi kereta.

Russell, marchell, salvio dan xander menolak katil luna menuju ke bilik persalinan. Russell memegang erat tangan bergetar luna.

“ a-awak, m-maafkan saya. Semua salah silap saya, halalkan makan minum saya. Semuanya! Tolong maafkan semua salah silap saya”

“ Love, aku maafkan semua, aku halalkan semua. Maafkan aku jugak! Please be save! I need you!”

“ I Need You, Love” air mata jantannya jatuh setelah mengucapkan perkataan berharga itu.

C | |  MRS RUSSELL'S ADDICTED DEVIL  Where stories live. Discover now