༊*LR·09˚

1.4K 91 6
                                    

Sebelah tangan luna memegang kemas tangan kekar Russell manakala sebelah tangan lagi berpaut pada pemegang tangga. Russell bagaikan syaitan kejam dengan matanya yang merah menyala. Muka tegang Russell dipandang dengan mata berkedip memohon pertolongan. Mulutnya telah terkunci sejak tadi. Hanya disebabkan secebis makanan, dia diperlakukan sedemikian rupa. Carina hanya memandangnya sinis. Carina adalah nama 'wanita semalam' Russell.

" siapa izinkan kau makan?" luna diam. dia hanya mampu menitiskan air mata tanpa bunyi.

Russell si devil ini tampak sangat menakutkan tapi pada mata luna, dia adalah seorang suami. Cinta hatinya. Syurganya.

Tanpa amaran, Russell menolak luna dari tangga yang teratas. Dia jatuh tergolek dengan mata yang terbuntang melihat suaminya. Sungguh tega lelaki itu berbuat demikian.

" YA ALLAHHHHH!!!" tempik luna terkejut.

Bukk.

DANG..

Carina terpana. Tidak disangka lelaki itu akan melepaskan si isteri. Dia segera berlari keluar dari rumah itu, tidak mahu lagi terlibat dengan keluarga kejam seperti ini. Peluh menitik di dahi. Dia mengelap laju sambil berlari. Sudah cukup apa yang dilihatnya dari semalam.

Luna jatuh tergolek dengan kepala terhantuk di setiap anak tangga dan akhirnya jatuh ke lantai. Darah mengalir di bahagian kepala dan di celah kakinya. Tidak pernah dia menyangka bahawa dia sedang membawa satu nyawa dalam badannya. Terpana. Russell berjalan melepasinya dan keluar dari rumah.

" awakkk...."

" awakkkk.... Sakittttt"

" t-tolongggg.... Tolongggg"

" tolong saya Rayden"

Telefon pintar dia ambil dari dalam poket seluar. Dia perlu meminta tolong sahabatnya. Untuk merayu Russell sudah tiada harapan lagi. Dia sudah pergi. Darah semakin banyak mengalir Bersama air mata jatuh berderai. Hatinya retak seribu. Esakan demi esakan kedengaran di ruangan itu.

" hello my dear" belrissa memanggil riang.

" bel, t-tolong aku. Aku dah tak kuat. Tolong bawak aku pergi hospital... tolong bel. Tolong aku bel. Aku merayu" dia yang selama ini tidak pernah menangis di hadapan sesiapa kini menjatuhkan air mata setiap hari.

" kau kenapa luna? Kau okey tak?"

" tak. Aku tak okey. Tolong jangan tanya dulu. Tolong aku. Aku sakit. Tolong aku bel"

" aku datang sekarang" luna pengsan lagi kerana terlalu banyak kehilangan darah.

≪•◦ ❈ ◦•≫


"Mrs Tristan is pregnant for two month."

Satu berita yang amat gembira bagi semua orang tapi sayang, nyawa itu dibunuh oleh bapanya sendiri. Fikiran luna serabut. Dia tidak boleh terima kehilangan anak yang belum terbentuk itu. Dia tidak menjaga anaknya sebaiknya. Rasa berdosa terbit di hati. Jahilkah dia sebagai seorang ibu? Layakkah dia menjadi ibu jika dia tidak boleh menjaga kandungannya tika ini.

Mata berkelip-kelip di bawah cahaya bilik hospital. Dia langsung tidak memandang Kawasan sekeliling. Dia hanya merenung dinding putih hospital tanpa emosi. Sang suami duduk di tepi katil sambil memegang tangan luna. Dia hanya membiarkan, luna yakin itu hanya lakonan semata.

"my moon tak bagitahu pun kau pregnant?"

" kenapa...hm?"

" kalau aku tahu, aku takkan biarkan kau naik tangga lagi. Lift ada tapi my moon ni degil sangat"

Walaupun diam kelihatan bodoh tapi luna tetap diam. Biarlah dikatakan bodoh sekalipun. Dia memang bodoh kerana tidak mampu menjaga nyawa yang di kurniakan oleh tuhan.

Kenapa suaminya sangat kejam? Kejam macam devil? Tapi dia tetap memaafkan Russell. Dia tidak mahu menjadi isteri derhaka. Cukuplah dia kehilngan anak, dia tidak mahu kehilangan suami juga.

Russell mencium kekura tangannya lembut. Dia naik ke atas katil luna. Tangan di letakkan di atas bahu luna, memeluk dengan tenang. Luna hanya diam. Russell menarik luna ke dalam pelukan. Kepala luna dicium penuh kasih sambil tangan mengelus lembut belakang badan luna.

'Kau yang degil luna, kan dah mendapat.'

≪•◦ ❈ ◦•≫

Luna langsung tidak dijaga. Russell membawa pulang luna dan meninggalkan dia sendiri. Gadis yang masih dalam pantang itu hanya menangis setiap waktu. Dia seperti hilang arah, tiada sokongan dari sesiapa. Papanya tidak tahu tentang keadaannya, jika tahu pasti dia dibawa pulang ke spanyol.

" kenapa? Kenapa dia pergi? Anak mummy dah tinggalkan mummy. Kenapa?"

Hanya ayat itu yang diungkapkan setiap masa. Dia sangat terkesan dengan pemergiaan anak pertamanya itu.

" mummy belum dapat tengok awak. Mummy belum dapat pegang awak. Kenapa awak tinggalkan mummy?" katanya berselang seli dengan tangisan.

" daddy awak tak sengaja tauu. Awak jangan marah dia. Dia tak sengaja tertolak mummy haritu. Mummy yang salah. Mummy gagal jaga awak. Mummy sayangkan awak tauu."

" KENAPA AWAK JAHAT SANGAT RAYDEN. SAYA PENAT. SAYA PENAT DENGAN AWAK. AWAK BUNUH DIA. AWAK BUNUH ANAK KITA. AWAK PUKUL SAYA. SAYA PENAT" tempiknya seorang diri.

" ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHH" perutnya terasa senak lagi.

Luna mengeluh lemah bila terfikir akan kehidupannya kini, sungguh berantakan. Tidak pernah dia mengimpikan kehidupan seperti ini.

C | |  MRS RUSSELL'S ADDICTED DEVIL  Where stories live. Discover now