༊*LR·22˚

961 46 8
                                    

" nak pergi memancing tak?" soal salvio kepada dua jejaka idaman itali itu. Dah mula dah .

Kedua-dua manusia itu mengangguk laju. Tapi ada tempat memancing ke dekat tengah-tengah kota itali ni? Ahh lantaklah. Nak pergi memancing jugak.

" korang pernah memancing tak?" mereka menjawab dengan gelengan kepala.

" ohh first time memancing la ni kan. Hmm.... Okey kita pergi cari barang nak memancing dulu."

Malangnya, Salvio memandu kereta ke Mall. Kembar itu saling merenung. Pelik. Ada ke orang jual barang memancing dekat mall? Tapi di ikutkan juga.

" bro, kita nak buat apa dalam mall ni?" jeff menyoal berani.

" cari barang memancing la"

" emm... ada ke?"

" entah. Aku pun tak tahu"

" habistu sebelum ni kau beli kat mana peralatan tu?" tanya sam pula.

" siapa cakap aku pernah memancing? Kau ingat dekat itali ni senang ke nak cari tempat memancing. Ni bukan Malaysia la bro. lagipun, aku ni busy person. Jutawan la katakan, tak ada masa la nak buat kerja amal macam ni"

Sam dan jeff memandangnya dengan wajah sudah berapi, tunggu meletup je. Tangan yang sedari tadi di letak di dalam poket di Tarik keluar, meraup muka.

" bodoh" ucap mereka berdua. Salvio ketawa berdekah tanpa mempedulikan Kawasan sekeliling.

Sam dan jeff mula berjalan meninggalkan salvio yang masih ketawa itu. Mereka menuju ke starbuck. Dahaga la pulak. Penat layan bodoh si bala aka babi peliharaan michell. Sungguh meresahkan.

Salvio mula mendekati mereka. Yang kelihatan. Erk tertekan?

" baby, kenapa tinggalkan i?" badan digedikkan dengan suara yang dibuat-buat persis Wanita itu.

" k-kau kenapa bodoh?" sam terkejut kerana salvio memeluk tengkuknya dengan badan di dudukkan ke atas paha nya.

" baby!! You taknak mengaku I ni girlfriend you ke? You curang ke?! Dengan jantan ni ke? Hiks... hiks... sampai hati you kan baby. You dah janji dengan I kan" sah! Salvio gila.

Samuel yang sudah malu itu memandang sekeliling. Semua mata tertuju kepada mereka. Jeff? Dari tadi lagi jejaka itu sudah melarikan diri ke meja lain. Tangan tak jatuh dari merakam segala perbuatan salvio. Untuk di hantar kepada bapak-bapak garang mereka. Rawrrr.

Samuel menundukkan pandang ke lantai. Lahanat ni memang sengaja mahu memalukannya. Malang sungguh dirinya harini. Tadi dah kena prank nak memancing. Ni di cop gay pulak. Tak kawin lah sam nanti hm. Mukanya sudah merah macam tomato gay. Ehh, maksud aku buah tomato masak.

Entah apa yang merasuki salvio, dia mula duduk bertinggung di atas lantai. Aduhh entah apa yang merasukimu, hingga kau meninggalkanku. Lagu viral zaman dulu-dulu tu sesuai lah dengan situasi sekarang. Bunyi burung kuack kuack jangan lupa. Gaya tangan pun jangan lupa tauu.

Dia mengambil straw di kaunter dan dia pergi meminum air salah seorang pelanggan di dalam starbuck. Gadis itu terkejut lalu menamparnya kuat.

PANG

Sam dan jefferi tersembur air Starbucks Dan terpana. Wuish berani gila. Gadis itu bangun dan berlalu pergi. Mata menjeling tajam ke arah salvio yang sudah memegang pipi itu. Salvio pergi ke arah sam dan memeluknya erat.

" sakitttt.... S-sakittt" rintihnya perlahan.

" yang kau buat kerja tak senonoh tu kenapa? Bodohlah kau"

Tak lama kemudian, Marchell, Russell dan Luna masuk ke dalam starbuck dengan laju. Mereka meninggalkan hal mereka selepas jefferi memberitahu tentang kebodohan adik mereka. Melihat video yang di hantar oleh jeff itu membuatkan mereka mengeluh perlahan.

Salvio yang melihat mereka bertiga masuk terus menerpa kakak iparnya. Luna terkejut dengan pelukan tak dijangka oleh adik iparnya. Kepala di usap oleh luna. Russell dan Marchell di tepi sudah berapi.

Itulah perangai adiknya, memeluk orang bila sakit. Anak-anak beruk itu memang tidak boleh bergabung. Beginilah kejadiannya jika mereka bergabung. Hancur.

Marchell lekas menarik telinga salvio, mengheretnya keluar dari mall itu. Geram dengan sikap adiknya yang selalu memalukannya.

≪•◦ ❈ ◦•≫

Russell berlalu ke kaunter untuk membayar ganti rugi kekecohan adiknya Bersama luna. Alang-alang ada kat sturbuck, Mereka membeli air dan berlalu pergi. Jom pergi dating. Tangan luna di pegang sambil kaki melangkah keluar dari bangunan itu.

Sam dan jeff berjalan berdua di belakang Russell, mata menghala ke hujung pintu keluar, seorang lelaki sedang merenung Russell dan luna. Lebih terhala kepada luna sebenarnya. Bila mereka bertembung mata, lelaki itu terus menghilangkan diri di sebalik orang ramai.

" Nampak tak?" soal Russell kepada mereka berdua.

" a man with black hoodie and key tattoo?"

" hm."

" something fishy here"

" you know what to do"

" aip aip boss"

Mereka berlalu meninggalkan pasangan itu untuk membuat 'kerja.




















.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rasa macam nak buat diorang gay je. Hm.

C | |  MRS RUSSELL'S ADDICTED DEVIL  Where stories live. Discover now