༊*LR·23˚

990 52 14
                                    

Pintu gelongsor di buka oleh Russell, kaki menuju ke arah isterinya yang sedang termenung di balkoni bilik mereka. Bahu luna di sentuh dan mengambil tempat di sebelah luna. Luna yang terkejut bahunya di sentuh itu terus berpaling ke arah pemilik tangan. Matanya terkebil-terkebil memandang Russell.

" ish awak. Terkejut saya tau"

" sorry sayang, kau ralit sangat termenung tadi. Fikir apa?"

" tak ada apa lah awak. Saya Cuma terfikir macam mana kalau nanti saya dah tak ada... awak akan cari pengganti saya tak?"

" hahahaha sayanggg.... Sampai ke situ ehh. Macam mana aku nak cari orang lain kalau hati aku ni ada kau je. Takkan ada orang yang boleh ganti tempat kau dalam hidup aku sayang. My Queen."

" tapi kau takkan pergi dari hidup aku kan sayang? Kau takkan tinggalkan aku kan?"

" saya.... Saya takkan tinggalkan awak selagi awak izinkan saya untuk terus berada di samping awak. Selagi awak izinkan saya berdamping dengan awak."

" tapi saya tak boleh janji sampai bila saya akan ada dengan awak. Mana tahu kalau tuhan nak ambik saya balik kan? Hahaha" ucap luna dengan ketawa hambar.

Tidak tahu mengapa hati Russell sedikit tersentuh dengan ayat yang dituturkan oleh luna. Dia takut. Takut kehilangan luna. Dia turut tenggelam dalam ilusinya sendiri. Bagaimana jika apa yang di ucapkan oleh luna menjadi kenyataan? Ahh dia buntu. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu.

Luna melihat Russell menitiskan air mata, entah mengapa. Dia menarik kepala Russell di bawa ke dadanya. Tangan Russell bergerak melilit pinggang luna. Kepala Russell di usap lembut. pasti lelaki ini memikirkan soalannya tadi. Tapi dia sendiri tidak pasti kenapa dia boleh bertanya begitu kepada Russell. Semua itu berlaku secara drastik. Kan dah menangis baby besar ni.

Mata merenung langit yang di penuhi bintang itu. Indah.

' bintang, akankah kau kekal bersinar jika aku sudah tiada nanti?'

'bulan, akankah kau selalu ada dikala kekasih hati aku sedang rindu nanti?'

Habis basah baju luna dek kerana air mata Russell yang masih lagi tidak berhenti malah lebih lebat. Mata dan hidung sudah memerah di usap lembut. air mata Russell di kesat dengan jari halusnya. Cengeng betul. Suami siapalah ni. Rambut Russell di serabutkan dan meramasnya dengan jari jemarinya.

Dia tidak sanggup melihat Russell yang terus menangis itu terus mengangkat kepala Russell. Mata bertentang mata. Anak matanya menusuk ke dalam anak mata Russell, sedang mencari sesuatu di sebalik mata itu. Mulut Russell masih lagi tercebik-cebik menahan tangisan. Mata redup luna di pandang dengan persaan hiba. Entah mengapa hatinya berasa tidak sedap. Seperti akan ada sesuatu yang akan menimpa gadis ini. Dalam erti kata lain, dia akan kehilangan gadis ini.

Mata luna bagaikan memberi isyarat bahawa dia akan pergi jauh. Jauh dari kehidupan ini. Dia tidak pasti, adakah itu betul atau hanya sekadar firasatnya sahaja. Dia Kembali menangis kerana sebak di dada semakin menggunung. Rasa seperti tidak mahu meninggalkan gadis ini walaupun sesaat. Dirinya khuwatir akan gadis ini.

Luna memegang wajah Russell dan mencium bibir lelaki itu sekilas. Di sambung lagi dengan mencium segenap wajah Russell yang sudah sembab akibat terlalu banyak menangis itu. Lelaki ini pasti akan menjaga dirinya sendiri jika dia tiada nanti.

" malu lah big baby ni menangis. Takmo dah nangis-nangis. No no no" jarinya di gerakkan ke kiri dan kanan . mata bergerak mengikut jari luna sambil menarik hingus. Hahahaha.

" sayang akan tinggalkan aku" ucapnya sayu. Dia cemas melihat isterinya begitu.

" siapa cakap. Taknak la cakap macam tu. Tu satu doa tauu. Saya akan sentiasa ada dengan awak sayang. Kalau saya tak ada dekat samping awak, awak kena ingat yang saya akan selalu ada di sini." Tangan Russell di bawa ke atas bahagian hatinya.

" so, baby besar saya tak boleh nangis. Kalau awak rindu, tengoklah bulan dan bintang tu. Doa pada tuhan kalau awak rindukan saya." Katanya lagi sambil tersenyum memandang langit.

" sayang.... Maaf" gumam Russell perlahan, cukup dia saja yang dengar.

" awak...tadi saya ternampak gitar awak dekat tepi pasu bunga. Sayang taknak nyanyi untuk saya? Saya suka dengar awak menyanyi" pintanya dengan tangan diletakkan di atas dahi Russell yang sudah lama merebahkan kepala di atas paha luna.

" kau nak dengar aku nyanyi?" luna mengangguk laju, mengiyakan persoalan si suami. Russell terus bangun mengambil gitarnya. Sudah lama dia tidak menggunakan gitar itu. Terakhir digunakan adalah sebelum berkahwin dulu.

Lagu yang sedang viral di tiktok menjadi pilihan. Siapa cakap diorang tak main tiktok? Diorang femes tau. Russell punya followers dah capai 1M, luna pulak 1.1M tau. Tu belum lagi kanak-kanak riang yang lain tu. Happy song. Lagu yang dinyanyikan oleh fikrykiki. Gitar mula di petik perlahan. Mata tidak beralih dari wajah luna.

Matamu, Wajahmu buat aku senyum dan aku kaku
Terdiam tanpa kata-kata
Kau bidadari syurgaku
Sehidup sematiku
Oh terimalah cintaku
Ku jaga hingga hujung waktu

Pipi luna dikucup mesra. Luna hanya tersenyum lebar. Bidadari syurga.

' saya nak jadi bidadari syurga awak, sayang'

Tidak terbayang rasanya hidup ini tanpa lelaki yang sudah Berjaya menakluki segenap hati ini. Janganlah Russell berubah lagi selepas ini. Cukuplah dulu dia sudah di berikan ujian yang cukup hebat. Melihat Russell tersenyum lebar sambil menatap wajahnya, dia mengangkat kening tinggi.

" tak. Aku Cuma bayangkan anak-anak aku nanti. Kalau boys mesti handsome macam aku, kalau gegirls pulak mesti cantik macam mommy dia. Tapi aku nak sangat anak-anak aku nanti dapat mata macam kau. Cantik" Russell tersenyum gatal.

" pardon me? Anak aku? Anak kita, okey. Anak saya dan awak. Mana aci claim anak awak je. Tapi saya nak mata anak-anak kita nanti ikut awak emerald green."

" sorry sayang, anak kita. Mesti comel. Aku tak sabar nak happy ending dengan kau. Dan anak kita." Dengan yakin Russell membalas.

" kalau saya dah tak ada, awak kena jaga diorang baik-baik. Sayang diorang dan pastikan diorang dapat kiss hari-hari biar diorang tak rasa kurang bila saya tak dapat besarkan diorang. Cakap yang mommy dia selalu sayang dia, kiss banyak-banyak" dia mulai sayu dengan ucapannya sendiri. Entah kenapa dengan hatinya hari ini.

" my moon, aku tak suka kau cakap macam tu. Kita kena besarkan diorang sama-sama no matter what" dia cemberut dengan kata-kata isterinya. Luna hanya tersenyum hambar.

" lately ni kau banyak betul makan ehh. Kenapa?"

" hm. Saya pun tak tahu. Saya nak ajak awak ke klinik semalam tapi tu lah, vio pulak buat hal kan"

" esok kita pergi check" luna mengangguk kecil.

Mereka mula masuk ke dalam bilik untuk tidur. Itulah perangai luna sekarang, asyik tidur, banyak makan dan selalu letih walaupun hanya duduk. Russell mencium dahi Luna yang sudah terlelap.

" goodnight my moon"

C | |  MRS RUSSELL'S ADDICTED DEVIL  Where stories live. Discover now