Bab 2

3K 60 0
                                    

"SAMPAI hati awak buat saya macam ini Fadir! Awak dah beristeri!" tengking Hadya lalu melemparkan beberapa kepingan gambar ke atas meja. Dia sudah tidak kisah dengan mata-mata yang memandang mereka di restoran tersebut.

Dia mahu tamatkan segalanya!

"H-hadya...please jangan macam ini" Fadir cuba meraih tangan Hadya namun pantas wanita itu menepis.

"Don't touch me! Jangan hubungi saya lagi lepas ini Fadir. Awak dah melampau!" jerit Hadya lantas keluar dari cafe tersebut bersama tangisan yang lebat.

Dia tidak sangka pengakhirannya begini

Dia tidak sangka dirinya dipermainkan!

Semuanya salah lelaki itu!

Hadya berlari. Dia mahu lari dari semuanya. Dia sudah merasa benci dengan dirinya sendiri. Dia pemusnah rumah tangga orang lain.

Dirinya!

"Argh!" Hadya mengerang sakit apabila bahunya terlanggar dengan sesuatu yang keras. Dia jatuh terduduk. Pandangannya terus didongakkan ke atas.

Seorang lelaki. Tetapi kenapa dia seolah olah seperti pernah melihat lelaki ini?

"Miss? Are you alright? I am sorry.." lelaki itu segera meminta maaf. Suara lembut itu serta-merta membuatkan Hadya terdiam. Tangisannya terhenti.

"I am truly sor-eh? You are that miss..?" lelaki itu mengerut kehairanan. Namun bibirnya terukir satu senyuman.

Hadya mengedipkan matanya berkali- kali. Dia juga tidak sangka lelaki di hadapannya ini ialah lelaki yang dia jumpa tempoh hari. Mata berwarna biru, tahi lalat di bawah mata yang sangat manis ditatap.

Malah, wajah tenang lelaki itu, dia masih ingat dengan jelas.

"A-are you crying miss?" soal lelaki itu prihatin. Terpancar riak risau di wajah itu. Hadya segera memegang pipinya yang terasa basah. Pasti lelaki itu sudah melihatnya.

"I-I am so-"

"Can you walk?" soalan lelaki itu membuatkan Hadya tersentak. Lelaki itu tidak berkata banyak tentang situasinya. Hadya mengukirkan senyum.

"Yes"

Saat dia ingin berdiri, lelaki itu menghulurkan tangannya. Hadya hanya menggariskan satu senyuman.

"Thanks" ucapnya bersama senyuman yang pahit. Hadya berasa tidak selesa.

Sebelum ini hanya Fadir sahaja lelaki yang pernah dia pegang. Tidak ada orang lain.

"Oh, okay.." balas lelaki itu dengan wajah yang sedikit serba-salah. Hadya sekadar tersenyum. Mungkin niat lelaki itu benar- benar ingin membantu dia.

Hadya cuba berdiri namun tiba- tiba tubuhnya hilang keseimbangan. Hampir sahaja dia ingin jatuh namun sekali lagi lelaki itu membantu dirinya.

"Miss...are you okay?" wajahnya benar- benar kelihatan risau.

Hadya mengangguk wajahnya.

"Saya okay" balas Hadya.

"This can't be, I am sorry miss...if you excuse me.." tiba tiba Hadya merasakan tubuhnya melayang di awang- awangan. Dek rasa terkejut, dia terus memeluk leher lelaki itu tanpa sedar.

"En-encik buat apa ni?" soal Hadya mula kerisauan.

"Maafkan saya miss...but saya risau kalau saya tinggal miss, saya yang akan menyesal. You look so much in pain and I just want to help" katanya dengan lembut. Hadya tidak ada pilihan selain membiarkan lelaki itu mendukungnya.

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now