Bab 41

2K 64 8
                                    

PENERBANGAN ke Langkawi yang memakan masa berjam-jam membuatkan Darian merasa sengal satu badan. Penat. Kepalanya juga terasa pening. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk tidur. Dia tidak tahu berapa lama dia berkeadaan seperti itu tetapi-

"Encik...encik..!"

Panggilan itu membuatkan Darian mencelikkan mata. Ah..Dia tertidur kah? Pandangannya dikalihkan ke arah pramugari yang bernama Liza.

"Encik okay?" soal wanita itu dengan nada yang risau. Tangannya hampir melekap di wajahnya tetapi lebih cepat ditahan oleh Darian.

"You should not do that, miss.." kata Darian dengan senyuman yang nipis. Kepalanya terasa sedikit pusing. Malah imej Liza di hadapan matanya terasa kabur.

"S-sorry encik...t-tapi kita dah sampai di airport.." kata wanita itu dengan raut yang serba salah.

Darian angguk perlahan. Dia melilaukan matanya ke arah sekeliling. Dah kosong. Lebih baik dia turun sekarang.

Darian mula mengemaskan segala barang-barangannya. Baru sahaja dia berdiri untuk pergi, Liza bertindak menghalangi dirinya.

"Yes miss? Ada apa apa?" soal Darian. Jika ikutkan hati dia sudah pergi begitu sahaja tetapi dia cuba bersabar.

"B-boleh tak, e-encik beri saya nombor encik?!" soal Liza sambil mara ke arahnya.

Darian melepaskan keluhan. Dia menatap wajah pramugari di hadapannya itu. Kecil. Bising. Seperti serangga yang sangat menjengkelkan.

"Hmm.." kini fikiran Darian mula terkenangkan Hadya.

Seharusnya Hadya akan merasa dirinya dihargai dan disayangi. Tetapi apa akan jadi jika diletakkan seorang pengganggu?

Darian melorek senyuman sinis. Dia tahu caranya agak gila, tetapi dia juga tidak betah bermain terlalu lama. Secepatnya, Hadya harus menjadi orang yang menggerakkan buah caturnya terlebih dahulu. Tetapi sayangnya, wanitanya itu sangat malu untuk mengambil langkah pertama.

Jadi, sedikit dorongan tidak akan ada masalah.

Mungkin.

"Then.." Darian menarik pen yang berada di poket kemejanya.

"Give me your hand, miss" ucap Darian dengan senyuman.

Liza melebarkan senyuman. Dia menghulurkan tapak tangannya kepada Darian dan lelaki itu bertindak menulis beberapa angka di atasnya.

"Done" ucap Darian. Pen di tangannya sekadar digenggam erat.

"Terima kasih!" Katanya dengan mata yang berbinar ceria. Ketika itu matanya menangkap sesuatu di sekitar leher lelaki itu.

"E-encik luka ke..?" Soal Liza. Tangannya sekali lagi ingin menyentuh plaster di tengkuk Darian. Malah lelaki itu berundur ke belakang setapak.

"It's nothing to be concern.." ucapnya. Liza hanya mengangguk dengan wajah yang sedikit kelat.

"I'll go first then" ucap Darian lantas membawakan semua barangannya dan meninggalkan Liza seorang diri.

Darian membawa langkahnya dengan laju menuruni tangga pesawat terbang.

"Goodbye, insects.." gumam Darian dengan tawa yang kecil. Ketika itu dia merasakan sakit kepalanya datang. Keningnya berkerut menahan rasa sakit yang mulai datang seolah-olah mencucuk-cucuk kepalanya.

Satu persatu langkahnya diatur sehingga ke arah tempat mengambil bagasi. Salah seorang penjaga di situ membantunya

"Thank you" ucap Darian.

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now