Bab 4

2.4K 52 0
                                    

SEMPAT Hadya menitipkan pesanan pada Fadir untuk membatalkan perjumpaan mereka. Nampaknya, jiran barunya ini terlihat seperti pasangan baru berkahwin. Tidak manis jika dia tidak meraikan jiran baharunya itu.

"Maafkan saya...buah buah sahajalah yang ada" ujar Hadya.

"Eh tak apa, buah pun saya makan" kata kata Yuha membuatkan Hadya tersenyum nipis.

"Yuha ni, baru kahwin ke?" soalan Hadya membuatkan dahi Yuha berkerut. Namun, wanita itu mengukir senyuman lembut kepadanya selepas itu.

"Tak, kami dah berkahwin hampir 2 tahun" ujarnya. Hadya sedikit terkejut. Sudah 2 tahun namun nampaknya seperti mereka baru berkahwin semalam.

"Tapi masih tiada anak" sambung Yuha. Senyumannya mula kelihatan pudar.

Hadya meraih jari jemari wanita itu lalu diusap perlahan. Dia faham akan perasaan wanita itu.

"Tak apa, Yuha dengan suami masih muda" kata kata Hadya membuatkan Yuha kembali tersenyum.

"Tapi saya lebih kesian dengan kakak ipar saya" kata- kata Yuha membuatkan Hadya dicuit rasa ingin tahu.

"Why?"

Yuha tersenyum kemenangan dalam hati. Umpan, mengena.

"Dah hampir 5 tahun berkahwin, dia tak ada anak lagi" balasan Yuha serta merta membuatkan Hadya dipagut sayu.

Yuha yang perasan akan perubahan Hadya menyambung kembali ceritanya.

"Sebab suami dia curang, sekarang kakak ipar saya tu pun dah nampak tak bermaya selalu. Kami sedih dengan keadaan dia sekarang"

Hadya tersentak. Perkataan curang itu membuatkan hatinya seperti disiat siat.

"Saya kasihankan dia, semua adik- beradik suruh dia bercerai tetapi kakak ipar saya tidak mahu" sekali lagi hatinya seakan -akan direntap. Begitukah hidup seseorang yang telah dia merampas kebahagiaannya?

"Saya tak nak salahkan sesiapa dalam cerita ini, saya cuma dapat harapkan yang wanita yang curang dengan suami dia itu faham dan berundur"

"Y-Yuha nak minum air?" soal Hadya dengan nada tergagap. Cerita Yuha membuatkan dia merasa gelisah dan resah. Rasa tak senang duduk.

Dan serba salah.

"Boleh juga" balas Yuha. Dia melihat tangan Hadya di atas tangannya yang sudah menggeletar hebat. Dia perasan, tetapi dia tidak akan bertanya lebih.

Mungkin sudah cukup peranannya di sini. Selebihnya, dia akan serahkan kepada wanita itu untuk membuat keputusannya sendiri.

"Kalau ada apa-apa bagitahu saya" sempat Yuha menitipkan pesanan buat dia sebelum wanita itu balik. Hadya sekadar tersenyum. Dia merasa selesa dengan wanita yang bernama Yuha Elaina.

Cuma, dia terfikir cerita Yuha sebentar tadi. Bagaimana kalau perkara yang sama terjadi pada situasi dia sekarang? Dia tidak sanggup menganiayai seorang wanita semata mata kepuasan hatinya.

Namun, bagaimana dengan dirinya?

Buntu, Hadya sekadar merenung ke dalam bingkai gambar arwah ibu dan ayahnya. Dia memang sudah tidak tahu untuk berbuat apa pada keadaan yang dia hadapi sekarang.

Penyudahnya, Hadya terus membaringkan dirinya di atas sofa lalu menutup matanya. Dia juga tidak tahu bila, namun pandangannya mula bertukar kelam sebelum dia masuk ke alam mimpi.

Di sebalik biliknya, suara seseorang sedang bertengkar mulut menerjah ke seluruh pelosok bilik.

"Inilah abang! Kenapa nak balas dendam? Boleh bincang elok elok kan?"

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now