Bab 29 ‼️

4.9K 60 2
                                    

"APA aki cakap?" soal Darian semasa mereka berada di dalam kereta. Hadya melirik ke arah Darian sekejap lalu kembali memandang ke hadapan.

"Tak ada cakap apa apa"

"Hadya, explain"

"Saya penat" balasan Hadya membuatkan Darian mengeluh perlahan. Bukan ini yang dia mahukan dari wanita itu.

"Saya nak balik apartment saya" kata Hadya. Tubuhnya langsung memusing membelakangi Darian.

"Ada banyak benda perlu diselesaikan Hadya" kata kata Darian tidak diendahkan.

"Kau dengar tak Hadya?"

Hadya diam tidak membalas. Darian mengetap bibir. Dia melirik sekilas ke arah sang isteri.

Hatinya seperti ditoreh-toreh apabila melihat penampilan Hadya. Pipi wanita itu mempunyai kesan tamparan. Malah, kedua-dua pergelangan tangan wanita itu mempunyai bekas ikatan.

Darian mengigit bawah bibirnya dengan kuat. Dia mencuba sedaya upaya menahan rasa amarah yang mula menggelegak dalam dirinya.

"Hadya.." panggil Darian.

"Boleh tak awak lepaskan saya sahaja Darian?!" bentak Hadya. Dia sudah tidak dapat menahan lagi.

Rasa sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Dia tidak mampu. Antara rasa sayang yang semakin menggebu dan pilihan yang diberi oleh Tengku Muwaris, dia tahu bahawa Darian tidak akan pernah menjadi miliknya.

Dan lelaki itu juga memulakan ini semua kerana dendam.

"Kau dah tak sabar nak balik pada Fadir ke Hadya?" soal Darian. Nada lelaki itu semakin keras.

"Awak tak perlu tahu itu. Saya cuma memudahkan kerja awak. Awak pun akan berkahwin dengan Najla kan?"

"Don't start, Hadya"

"Apa? Betul kan? Awak dengan Najla. Saya pun boleh dengan sesiapa kan? Awak pun tak kisah kan? Apa kata awak ceraikan sahaja saya sekara-"

"Enough Hadya! Enough!" jeritan Darian memenuhi ruangan kereta itu. Tersentak Hadya dibuatnya. Jantungnya berdegup laju. Melihatkan Darian yang sudah berang itu, membuatkan dia jadi rapuh.

"Lepaskan saya.." kata Hadya perlahan. Matanya mulai berkaca kaca.

"Stop it Hadya. Kau jangan cabar aku"

"Awak.." Hadya berpaling ke arah Darian.  Wajah lelaki itu sudah berkerut. Lelaki itu mungkin sedang menahan amarahnya. Tetapi, apa yang lelaki itu marahkan?

"Saya terlalu penat Darian. Let me go.."

"Shut your damn mouth before I kiss you hard right here, right now" ugutan Darian membuatkan air mata Hadya mula menitik satu persatu.

Dia sudah tidak dapat memahami Darian. Lelaki itu boleh sahaja melepaskannya.

Tidak perlu menggantung dia seperti ini. Lelaki itu membuat dia keliru. Dia takut jika dia terus melihat lelaki itu dari jarak ini, dia akan semakin mencintai lelaki itu.

***

SEDAR tidak sedar, mereka tiba di kediaman Darian. Lelaki itu langsung tidak berkata apa apa sejak mereka memasuki rumah agam milik lelaki itu. Hadya sekadar mengikut langkah Darian sehingga ke bilik master, bilik lelaki itu.

Apabila mereka berdua memasuki bilik, tangan Darian menarik pergelangan tangannya dan menolaknya ke tengah tengah katil.

"Darian!" Hadya terkejut. Lelaki itu membuka blazer yang masih tersarung di tubuhnya lalu dilemparkan ke atas lantai. Tie miliknya juga dirungkaikan. Pandangan mata Darian kepadanya terasa dingin dan membeku.

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now