Bab 24 ‼️🤏

5.1K 58 0
                                    

"DAH okay?" soal Izqea. Tangannya menghulurkan satu mug berisi teh kepada Hadya.

Hadya mengangguk sambil menyambut huluran kakak iparnya itu. Perlahan lahan dia mencicip teh buatan Izqea. Ketika dia mengikuti Izqea, badannya tidak berhenti menggigil. Sama ada kerana tiba tiba sahaja hujan lebat di luar atau dia takut dengan apa yang bakal dikatakan wanita di hadapannya ini.

"If you're still not good then we will talk later" ucap Izqea. Hadya menggeleng perlahan.

"Hadya okay. Lagipun, ada banyak benda yang Hadya nak tanya pada Kak Qea"

Izqea mengangguk perlahan. Dia menghela nafas perlahan sebelum matanya kembali fokus pada Hadya di hadapannya.

"Hadya, answer me properly. Hadya kahwin dengan Iz sebab terpaksa atau sebab Hadya sayangkan dia?" soalan Izqea membuatkan wajah Hadya memerah.

K-Kenapa Izqea bertanyakan soalan yang memalukan itu..?!

"D-dah tentulah sebab...saya sayangkan dia" pengakuan berani Hadya membuatkan Izqea terdiam. Dia cuba mengamati lama wajah wanita di hadapannya itu.

Wajah Hadya seakan akan tersipu malu. Seolah olah apa yang dikatakan wanita itu ialah perkara yang benar.

Izqea mengeluh perlahan.

"Adik I tu bukan seorang yang ekspresif. Once, yeah he is. Tapi sekarang dia buat sebab dia rasa itu yang perlu dilakukan. I tak nak sebab I yang suruh dia kahwin jadi dia just pick random girl.." Izqea berhenti berkata kata saat dia menyedari riak wajah Hadya yang berubah kendur.

"Maafkan I"ucap Izqea.

"H-ha..? T-tak, bukan salah Kak Qea. Cuma saya terfikir sesuatu" dalih Hadya cepat cepat. Ketara sangatkah perubahan reaksinya?

"But I think that you might be able to help him. Iz satu satunya adik- beradik yang paling jauh dari kami. He don't like being the center. Easy talk, he is a moderate man" kata Izqea bersama helaan kecil.

Hadya berfikir sejenak. Ya, dia akui. Darian seorang yang besederhana. Langsung tidak menunjuk bahawa dia seorang yang berpengaruh. Tanggapan Hadya juga Darian ialah seorang yang tenang dan tidak menonjol.

"He is.." Hadya senyum nipis. Izqea turut mengukirkan senyuman.

Namun senyuman itu tidak lama. Perlahan lahan berubah kendur. Wajahnya juga turut menjadi datar. Tiada sebarang reaksi.

"Jadi, apa yang Iz dah buat pada Hadya sampaikan Hadya kahwin dengan dia? Did he raped you?"

Hadya terpampang saat mendengarkan soalan Izqea. Bagaimana-

"So, he really force himself on you"

"T-tak..! Akak dah salah faham..!"

"Akak kenal Iz lebih lama dari Hadya. Masa remaja dia sangat mencabar. Dan semakin dia membesar, dia tak macam lelaki normal yang lain. He doesn't feel love like anyone else"

Sekali lagi Hadya terkejut dengan pengakuan Izqea. Apa maksud Izqea bahawa Darian tidak senormal lelaki lain? Tidak dapat merasakan cinta?

"A-apa akak c-cakap ni.."

Izqea mengeluh perlahan. Dia harus memberitahu Hadya. Keadaan sebenar Darian. Jika tidak, mereka berdua lah yang akan sengsara dalam ikatan ini. Cukup-cukuplah dirinya, dia tidak mahu libatkan sesiapa dalam masalah dia.

"Darian-"

Bang! Bang! Bang!

Bunyi tendangan itu membuatkan Hadya berteriak kecil. Reaksi Izqea sedikit berubah. Namun perlahan lahan mengendur saat melihat kelibat seseorang masuk ke dalam ruangan peribadinya.

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now