Bab 14

2.2K 51 0
                                    

HADYA merenung ke arah suasana bandar di luar jendela kedai butik. Anak matanya sekadar memerhati kesibukan jalan raya dan figura manusia yang sedang lalu-lalang.

Entah mengapa, dia teringatkan Darian dan penawaran lelaki itu padanya.

Kahwin?

Perlukah dia?

"Hadya?" tepukan di belakang badannya membuatkan Hadya berpaling. Wajah Irdina menjamah kornea matanya membuatkan Hadya melorek senyum.

"Kenapa you ni Dina?" soal Hadya. Irdina masih tersenyum senyum melihat Hadya sehingga mengundang kerutan di dahi wanita itu.

"Kenapa ni?"

"You ni Hadya!" bahunya tiba tiba ditampar.

"Eh you ni kenapa?" Hadya sekadar mengaduh sakit sambil mengusap bahunya yang masih pijar dengan penampar majikan yang memerangkap sahabatnya itu.

"You nak kahwin tak bagitahu I! Ada boyfriend pun tak bagitahu I! Bencilah you ni Hadya!" berkali kali bahu Hadya menjadi mangsa.

Hadya dalam hati mengeluh. Irdina. Wanita itu tidak pernah tahu menahu tentang dia dan Fadir. Dia merahsiakannya hanya pengetahuan dirinya sahaja.

Tidak sangka akan jadi seperti ini.

"Kedekut you ni. Tak kenalkan I dengan boyfriend you tu! Cis!"

Hadya sekadar senyum. Walhal dalam hatinya berbakul bakul dia menyumpah seranah Darian.

Lelaki itu!

"You memang bertuah sangat Hadya. Dapat boyfriend orang kaya" tiba tiba Irdina meluah rasa.

"What..? I rasa Darian tu biasa sahaja" ucap Hadya kekok.

Namun mengingatkan kembali gaya lelaki itu dan rumah yang diduduki lelaki itu membuatkan dia terfikir sekali lagi.

Irdina mencebik saat mendengar balasan sahabatnya itu.

"Banyaklah you biasa. He is Tengku Darian Izkael. One of the heir of Tengku Muwaris empire kut. You ingat I tak buat research ke pasal bakal suami you tu?" bidas Irdina tanpa sedar perubahan air wajah Hadya.

Darian.

Tengku Darian Izkael.

Nama itu bermain main di fikirannya. Kini barulah dia tahu nama sebenar lelaki itu. Dan identiti sebenar lelaki itu semakin membuatkan jiwa Hadya meronta ronta.

Mereka berdua berada dalam alam yang berbeza. Dia bukanlah anak raja, jauh sekali anak dato' atau anak Tan Sri.

Dia hanya seorang anak yatim piatu. Dia tiada apa apa. Jadi untuk apa lelaki itu meniduri dirinya dan mahu mengahwini dirinya?

Cinta? Sayang? Dia tidak percaya.

Sudah tentu, Darian hanya mengahwini dia kerana dendam. Dendam terhadap Fadir.

Tapi kenapa perlu padanya? Kerana dia adalah perempuan simpanan Fadir? Dia juga mangsa dan Darian tahu itu!

Silap dirinya. Tidak meninggalkan Fadir daripada awal lagi. Jika tidak, dia pasti sudah hidup bahagia sekarang. Tiada belenggu yang merantai tubuh dan jiwanya.

Tanpa sedar Hadya mengeluh perlahan. Tangannya dimain mainkan di atas kertas lukisan. Dia masih memikirkan hari hari yang lepas bersama Darian. Benarkah dia akan mengahwini lelaki itu?

Bagaimana selepas mereka berkahwin, Darian akan menyeksa dia? Bagaimana jika lelaki itu akan mengurungnya untuk selama lamanya? Lihat sekarang sudahlah.

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now