Prolog

4.5K 73 1
                                    

HADYA mula berdiri. Tidak betah berlama-lamaan bersama lelaki itu. Anak matanya memandang dokumen yang terdapat di atas meja. Dia mengambilnya lantas dia berlalu melepasi Darian.

"Jadi? Kau akan tinggalkan Fadir?" tiba tiba lengan Hadya diraih kemas. Perbuatan Darian yang sering mendesak itu tanpa sedar telah menaikkan darah Hadya.

"Kalau saya kata tak, awak nak buat apa? Mungkin saya tak akan tinggalkan dia" tutur Hadya tenang seraya menepis tangan lelaki itu. Dia berjalan sehingga ke pintu bilik ruangan peribadi Darian.

"He lied to you. He cheated on you" ucap Darian. Langkah Hadya mati.

"Saya cuba percayakan dia"

"Kau dengar kan perempuan tu gelar diri dia girlfriend lelaki tu?" soalan Darian membuatkan Hadya terdiam.

"And we already sleep together. Kau fikir lelaki itu akan terima kau..." Darian menyambung kembali kata katanya.

"Yang dah tak suci..?"

Hujung ayat Darian membuatkan wajah Hadya berubah keruh. Tangannya digenggam kuat.

Dia tidak mahu kalah dengan lelaki itu.

"Tak apa. Saya tahu Fadir akan terima saya seadanya" balas Hadya selamba. Debaran di dada mula ditenangkan. Dia tidak mahu Darian melihat keadaan dirinya.

"Tch...Don't be stubborn, Hadya" decit Darian tidak puas hati.

"Suka hati awaklah"

"Hypocrite"

Hadya mengetap bibir.

Dia...hipokrit..?

"Saya dan Fadir cintakan antara satu sama lain. Saya yakin dia cintakan saya tapi..." saat tangannya mencapai tombol pintu, pergerakannya terhenti.

Adakah benar dia mempercayai Fadir seratus peratus? Jadi, apa yang dia lihat di cafe tadi apa dia?

Dia tidak tahu.

Bagaimana jika segala perkara yang diceritakan Darian adalah benar? Dia sendiri yang nampak Fadir juga bermesra- mesraan dengan wanita lain. Sedangkan lelaki itu sudah beristeri!

Dia sedar, hatinya tidak lagi berirama indah. Andai nama Fadir disebut hanya yang dirasakan ialah sakit hati.

Sikap ragu-ragu Hadya secara tiba tiba itu membuatkan kening Darian terjungkit. Namun, senyuman diukirkan buat wanita itu sambil menggeleng kan wajahnya.

Naif. Hadya Safya sememangnya naif.

"Kau...hahaha..!" tawanya meletus jua. Tidak sangka wanita yang dianggap hebat itu kalah di tangan seorang lelaki seperti Fadir.

Darian hanya menggeleng kepalanya. Terasa lucu dengan pentas drama yang dimainkan oleh lelaki yang bernama Fadir Haizam.

Mungkin, lelaki itu sudah menang kerana berjaya menakhluki sekeping hati Hadya. Tetapi tanpa sedar lelaki itu sudah kalah dengannya daripada awal lagi.

Sejak dia meniduri wanita dambaan lelaki itu. Hadya Safya.

Ya, dia sudah menang.

Dia menang lagi saat Fadir ditangkap oleh dia dan Hadya yang turut berada di sana saat Fadir bersama wanita lain. Hebat dia mengatur segalanya. Sangat licik. Dia sedar caranya salah. Tetapi semuanya hanya untuk membuka mata wanita itu.

Namun, rancangannya harus diteruskan. Dan untuk itu dia perlukan Hadya.

"Poor you, little sunshine...kau masih tidak tahu apa yang lelaki itu nak sekarang kan?" soal Darian dengan tawa yang masih bersisa. Air mata di hujung matanya dikesat. Sungguh dia tidak percaya wanita itu akan menghiburkan hatinya sebegini.

"A-apa maksud awak..?" riak wajah Hadya mula berubah. Dia tidak mengerti akan maksud di sebalik kata- kata lelaki itu.

"Kalau lelaki itu benar- benar mahukan kau, aku akan biarkan perkara ini macam itu sahaja tetapi..!" langkahnya diatur ke arah Hadya.

Pergelangan wanita itu diraih lalu dibawa ke bibirnya.

"...kau minta dia bertanggungjawab. Of course kalau dia boleh ceraikan kakak aku. Then I will cancel. Our wedding" gigi taring lelaki itu mula terserlah di sebalik dua ulas bibirnya.

Dan..

"Argh!" Hadya mengerang kecil. Pantas pergelangan tangannya ditarik.

Wajah Darian dipandang jengkel. Lelaki itu sudah gila agaknya!

"I.mark.you" ucap Darian bersama senyuman yang penuh makna.

Hadya memandang kesan gigitan yang dihadiahkan Darian di lengannya. Jantungnya tiba tiba mula berdegup dengan kencang.

Persoalannya,

Mampu kah dia?

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now