Bab 33

2.3K 45 3
                                    

"HADYA!" jeritan itu membuatkan Hadya mengukirkan senyuman yang lebar. Irdina berlari ke arahnya lalu merangkul erat tubuhnya.

"You are fine! Thank god!" kata wanita itu sambil mengemaskan pelukannya. Hadya membalas pelukan sahabatnya itu.

"Thank you, Darian. You bawa balik sahabat karib I" ucap Irdina kepada Darian yang sedari menjadi penonton antara mereka berdua.

"Hadya isteri I, Dina. Dah tentu, I akan lindungi dia" balas Darian tenang.

Irdina pun melepaskan Hadya perlahan-lahan. Wanita itu tersenyum pahit.

"Bila Darian beritahu I yang you tak apa-apa, I rasa lega sangat-sangat Hadya. He told me he will take care of you for a few days before I can see you" ucap Irdina lagi dengan raut yang sedih.

Hadya menepuk bahu Irdina perlahan dan mengusapnya dengan lembut.

"I selamat, Dina. Nothing happens" kata Hadya.

"That day, I tak tahu macam mana. Tapi yang pasti I dibawa ke rumah I. Lelaki tu, dia ugut I untuk tak cerita kepada sesiapa pun. I takut...kalau jadi apa-apa pada you.." luah Irdina bersama esakan. Hadya turut merasa sedih.

Kejadian malam itu yang sangat pahit untuk dia hadapi. Bahkan dia sendiri tidak percaya dia masih baik-baik sahaja setelah malam dan hari-hari yang menegangkan itu.

"Hadya" panggilan itu membuatkan Hadya menoleh.

"I'll go first" ucap Darian. Lelaki itu hanya memandangnya dengan wajah yang tenang.

"Mm. Okay" balas Hadya bersama senyuman. Darian merapati Hadya lalu mengusap lembut kepala isterinya itu. Dan setelah itu dia kembali memandang ke arah Irdina yang masih tersedu-sedan menangis.

"Thanks for worrying about her" ucap Darian. Irdina mengangguk laju dalam sendunya.

Darian hanya mampu melepaskan keluhan kecil. Dia kembali memandang ke arah Hadya kembali.

"How about you guys go somewhere and chill out? Here" Darian memberikan sesuatu kepada Hadya dari dalam dompetnya.

Kad. Bukan, tepatnya 'Black Card'

"A-awak..?" Hadya terkaku. Bahkan Irdina yang berada di sebelahnya, terus berhenti menangis kerana terkejut.

Darian melepaskan tangannya yang sedang membelai kepala wanita itu.

"Ini.." Hadya mengedipkan matanya berkali-kali. Air liurnya diteguk perlahan lahan.

"Buatlah apa-apa dengan kad tu" ucap Darian lalu mula membalikkan tubuhnya dan berjalan keluar dari butik.

Hadya masih keras di tempatnya dengan kad berwarna hitam itu berada di kedua-dua tangannya.

"Holy sh- I mean, I tak tahu black card sangat bersinar macam ni" ucap Irdina perlahan. Rasa takjub yang berganda dalam dirinya membuatkan rasa sedih yang dirasai lesap begitu sahaja.

Ini kah yang mereka panggil, the power of money?

"Dina, you pegang kejap!" Hadya terus berlari mengekori Darian. Kad di tangannya dilemparkan ke arah sahabatnya itu.

Irdina membulat mata saat menangkap kad itu yang hampir jatuh ke tanah.

Hadya tidak peduli itu. Dia hanya mahu bertanyakan sesuatu kepada Darian. Saat dari kejadian dia diculik lagi. Tidak-

Saat dari awal lagi.

"Awak!" jerit Hadya kepada Darian yang berura-ura untuk masuk ke dalam perut kereta.

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now