Bab 34

2K 53 4
                                    

SUDAH lewat malam.

Hadya memandang ke arah semua beg-beg kertas yang terdiri daripada pelbagai jenama. Seperti yang Darian suruh, dia melakukannya.

Irdina sampaikan menutup butiknya separuh hari dan mereka pergi membeli-belah.

Tetapi, ke mana Darian? Masa ini pun lelaki itu masih tidak pulang.

"Awak ke mana.." gumam Hadya perlahan. Walaupun separuh hari sahaja tidak melihat lelaki itu, Hadya dah jadi rindu. Kalau boleh dia ingin Darian sentiasa ada di hadapannya.

Hadya menarik kakinya merapat ke dada dan dipeluk erat.

Dia tidak suka keseorangan seperti ini.

Dia perlukan lelaki itu.

"Hadya?" panggilan itu diselangi dengan bunyi pintu yang dibuka. Hadya terus mengangkat wajah.

Bibirnya melorek senyuman yang lebar. Lantas dia berlari turun dari katil dan menerpa ke arah Darian.

"Awak!" Hadya memeluk Darian dengan kemas. Darian hanya tersenyum sambil membelai lembut rambutnya.

"Kenapa kau tak tidur lagi ni?" Soal Darian sambil menilik ke arah jam tangan miliknya.

"Saya tak mengantuk. Saya tunggu awak" ucap Hadya perlahan. Dia masih tidak melepaskan pelukannya di tubuh suaminya itu.

Dia rindu.

"Ni dah pukul 2, sunshine" ucap Darian. Nada lelaki itu terdengar kurang senang.

Hadya tidak membalas. Wanita itu masih tidak mahu melepaskannya.

"Kenapa ni?" Soal Darian lembut.

Barulah Hadya melepaskan pelukannya lalu menunjuk ke arah kesemua barang-barangan yang dibelinya.

Darian tersengih. Sekali lagi dia mengusap kepala isterinya itu.

"Good job, sunshine. You've done a very brilliant work" kata Darian. Nada lelaki itu terdengar ceria.

"Biasa orang lelaki merungut kalau isteri habiskan duit. Bukan macam tu? Awak ni pelik sikit" balas Hadya dengan kerutan di dahinya.

"Baguslah kau habiskan duit aku" kata Darian dengan senyuman. Lantas dagu Hadya dicuit.

"You should be rewarded, my lady" ucap Darian.

Dalam fikirannya sudah mula memikirkan pelbagai hadiah yang ingin dia berikan kepada wanita itu.

"Mungkin rantai cantik juga" gumam Darian. Jari-jari lelaki itu naik menyentuh di area leher Hadya.

"Most expensive the better" kata lelaki itu bersama senyuman yang kian melebar.

Hadya terus menolak tubuh Darian dengan lembut.

"Jangan mengarut la awak. Saya dah beli banyak dah. Tak payah nak tambah lagi. Ni pun dah cukup la" kata Hadya.

Darian hanya senyum sambil menganggukkan kepalanya. Walaupun Hadya berkata tidak, dia sudah membayangkan jika dia memberikan seutas rantai kepada Hadya.

'seolah-olah' memberikan kolar kepada haiwan peliharaan yang tercinta.

Tanda ikatan yang mengatakan siapa pemiliknya.

Tetapi berbezanya Hadya bukanlah peliharaan nya. Wanita itu seutuhnya milik dia.

"Awak!" tiba-tiba Hadya menjerit. Dengan Darian sekali turut tersentak.

Hadya menarik wajah Darian dan membelekkan muka tampan suaminya itu ke sisi.

"Ni luka apa?!" soal Hadya dengan nada yang kuat. Baru pagi tadi dia tengok wajah Darian tanpa sebarang cacat cela. Dan sekarang tiba-tiba sahaja..

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now