Bab 49

1.8K 62 3
                                    

"PEGANG lengan aku elok-elok sayang.." bisik Darian di sebelah telinganya. Hadya berdecit perlahan. Namun, dia sekadar akur dengan arahan lelaki itu. Anak matanya sekadar meliar di kawasan ballroom yang dihias gah dan mewah itu. Gulp-!

Dah macam duduk dalam istana!

"A-awak.." Hadya menarik lengan Darian dengan perlahan. Kedua-duanya berhenti di suatu sudut yang tertutup.

"Hmm"

"Saya tak biasalah...nnti kalau social anxiety saya datang tiba-tiba macam mana?" soal Hadya dengan nada yang cemas. Dan ketika itu dia menangkap bunyi tawa halus dari arah lelaki itu.

Cis. Kurang asam punya suami!

"Social anxiety.." tutur lelaki itu dengan tawa yang masih bersisa.

"Ish! Betul lah! Saya ada socia-"

"Pftt-"

"Darian..!" Hadya bertindak mencubit lengan Darian. Eii geram betul!

"But sunshine.." Darian berhenti ketawa. Lelaki itu menoleh ke arahnya.

" Your dress is quite bold for someone that has social anxiety.."

Terhincut bahu Hadya saat dia merasakan tangan lelaki itu yang tersarung leather gloves berwarna hitam menyentuh permukaan pehanya yang terdedah.

"..right?"

"A-awak...bukan dekat sini.." Hadya mengumpulkan sekuat tenaganya dan menolak tangan Darian yang masih melekap di atas pehanya.

"Kalau macam tu kita ambil bilik dekat sini" dan balasan lelaki itu membuatkan wajah Hadya semakin memerah.

Ah! Bencinya!

"T-tak...tak nak. J-jomlah..! Tak kan kita nak duduk kat sini je. S-saya lapar ni..!" Hadya mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Langkahnya diatur laju ke sudut yang dipenuhi dengan makanan dan buffet.

Tak betah dia berlama-lamaan dengan Darian. Lelaki itu terlalu banyak mengusiknya! Bahkan pembicaraan mereka di rumah sebelumnya juga membuatkan rasa malu Hadya masih tersisa!

Boleh lelaki itu bertanyakan soalan yang  vulgar kepadanya?! Huh!

Penyudahnya, Hadya melarikan diri dari Darian. Lelaki itu sekadar tertawa melihat reaksinya.

"Haa.." Hadya melepaskan keluhan. Ketika itu dia merasakan ada seseorang menepuknya dari arah belakang.

"Apa la-" saat dia berpaling, alangkah terkejut dirinya apabila dia mendapati orang yang menepuk bahunya ialah Rion. Abang Darian!

"A-a...T-Tengku R-Ri-"

Rion mengukirkan senyuman nipis kepadanya. Hadya mula cuak. Ke mana Darian? Dia ingatkan lelaki itu yang menepuk bahunya tadi!

"Relax, Fya. Abang Ri nampak Fya dari jauh tadi. Hanya nak sapa sahaja. Sorry kalau buat Fya terkejut" kata lelaki itu.

Hadya mengedipkan matanya berkali-kali. Fya..? Dia dan Rion bahkan tidak pernah bercakap sebelum ini..

"You don't seem to like it when I call you Fya" gumam Rion perlahan. Wajah lelaki itu terlihat seperti serba-salah.

"Err tak..! F-Fya pun boleh..!"

Dan lelaki itu kembali melebarkan senyumannya. Hadya sedikit terkesima. Memang sudah ada dalam genetik keluarga lelaki itu agaknya. Mereka memang sangat tahu bagaimana hendak membuat orang lain terpesona seketika.

"Hmm.." Hadya menundukkan wajahnya ke bawah. Fuh, berdebar pula jantungnya apabila ditatap oleh Rion sedemikian rupa.

Bukan sekadar berdebar kerana wajah lelaki itu, ada sesuatu aura lain dari Rion yang membuatkan bulu roma Hadya menegak tatkala bertatapan mata.

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now