Bab 12

3.7K 64 2
                                    

HADYA memanggung wajah saat pintu bilik yang menempatkan dirinya dibuka dari luar. Terpancul wajah Darian bersama satu senyuman. Di tangan lelaki itu terdapat satu dulang berisi makanan. Hadya sekadar membiarkan lelaki itu mengambil tempat di sisinya.

"Come eat" tutur Darian lembut.

Hadya tidak berkata apa-apa. Setelah apa yang terjadi antara mereka semalam, dia sudah berasa penat dengan semuanya.

"Are you sick?" soalan Darian mendapat gelengan dari Hadya.

"Then...are there any else you want?"

Hadya memandang Darian. Terpancar riak wajah tenang lelaki itu. Lembut dan mendatar. Tetap tenang menghiasi penglihatannya.

"Saya nak balik" ucap Hadya. Perasaan takut mula menjalar apabila riak wajah Darian berubah.

"Kenapa?" soal lelaki itu. Hadya tidak membalas.

"Selepas apa yang terjadi semalam, kau masih nak pilih lelaki tak guna tu?"

Hadya mengetap bibir. Tentang hal Fadir sudah lama dia tolak ke tepi. Hendak kembali ke pangkuan lelaki itu, rasanya agak mustahil. Belum tentu lelaki itu akan menerima bulat-bulat akan dirinya yang sudah tidak punya apa-apa.

"Consider it just one night stand" balas Hadya tanpa nada. Dia cuba menahan perasaannya. Darian perlu melepaskan dirinya.

"Kau tahu kan, lambat laun mungkin kau akan mengandungkan anak aku?" kata kata Darian serta&merta membuatkan Hadya berpaling. Seraut wajah lelaki itu dipandang benci.

"It's all because of you!!!" tengking Hadya. Dia sudah tidak dapat menahannya lagi.

"You raped me Darian! Awak tahu yang ini salah! Awak yang rampas kesucian saya dan awak nak saya terima semua ni?! Are you insane?!" pekik wanita itu.

"I just want to be happy! Salah ke?! Why you need to do this to me Darian! Kenapa?!" tangannya naik memukul bahu Darian berkali-kali.

Rasa marah yang tidak dapat dia lepaskan. Biarlah tidak sekuat mana, namun cukuplah dia memberitahu lelaki itu bahawa lelaki itu sudah melampau!

"Kau nak bahagia, tetapi kau bahagia setelah kau rampas kebahagian orang lain, itu ke yang kau panggil bahagia?

"Kau itu ibarat racun kau faham tak? Dan lagi satu, jangan cabar aku" tenang nada lelaki itu berkata kata, namun terselit juga satu amaran untuknya.

"Just why you do this? Why me? Kenapa tak dengan perempuan dalam gambar tu? Awak cakap diorang dipermainkan juga bukan?" Hadya berhenti memukul Darian. Hanya air mata yang kini menghiasi wajah.

Pertanyaan Hadya membuatkan Darian mengeluh perlahan. Emosi wanita itu sudah tidak stabil. Perlukah dia membuatkan wanita itu semakin tertekan?

"Just rest now Hadya. Kau penat"

"Did you lie to me?" Hadya menjatuhkan tangannya dari bahu Darian. Dia beralih menjauhi lelaki itu.

"Why should I lie to you sunshine? Tell me, apa yang aku akan dapat kalau aku tipu kau?" kata kata Darian membuatkan Hadya berpaling menghadap wajah lelaki itu.

Anak mata beriris biru itu memandangnya dengan tajam. Hadya meneguk air liurnya lantas wajahnya dipalingkan menghadap ke tempat lain.

"Anything"

"Awak cuma nak balas dendam dekat saya bukan?" sambungnya lagi. Nada bicaranya mula berubah serius.

"Kau degil. Ini sahaja caranya"

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now