BaB 9

2.2K 54 5
                                    

"ARE you okay Hadya? I nampak muka you macam pucat sahaja...dah 2 minggu lepas you tiba tiba minta cuti, ada apa apa masalah ke?" teguran bos memerangkap sahabat karibnya membuatkan Hadya tersenyum nipis.

"Nothing Irdina...I just tak cukup tidur" bohongnya. Kalau boleh dia tidak mahu memberitahu tentang keadaan dirinya pada sesiapa sekalipun. Dia risau, andai Darian akan melakukan sesuatu.

"You tak pergi klinik ke Hadya?" Irdina memegang bahu sahabatnya itu.

"Tak" balas Hadya pendek. Dia meneruskan kerjanya.

"You better go home" ucap Irdina. Hadya menggeleng.

"Kerja I banyak lagi Dina"

"I tak kira! You mesti balik!"

"Yeah, Hadya dear...you need to go home" suara maskulin itu menghentam pendengaran Hadya. Dia kenal suara itu.

"D-Darian?!" Hadya terkejut. Manakala Irdina memandang Darian dan Hadya silih berganti.

"Your boyfriend Hadya?" soal Irdina tidak percaya.

"Err..he..." belum sempat Hadya ingin memberitahu hal sebenar, Darian lebih cepat mencantas kata kata wanita itu.

"Yes, i am her boyfriend, in fact dah nak kahwin dah pun...my name is Darian" sungguh hebat lelaki itu berlakon.

Wajah tenang dan selamba itu membuatkan Hadya ingin sahaja mencakar wajah tampan itu berkali kali.

"Oh patutlah...you tengoklah girlfriend you ni Darian, I dah penat...better you bawa dia balik"

"Dina, you halau I?" Hadya memandang wajah sahabat nya tidak percaya. Sanggup wanita itu menghalau dirinya.

"I bukan halau, tapi muka you ni nampak macam orang tak sihat tahu tak?" Irdina mula bercekak pinggang memandang seraut wajah manis Hadya.

"Don't worry miss, I will take Hadya back" kata kata Darian membuatkan Irdina tersenyum.

Nasib baiklah Darian itu kacak. Dengan anak mata berwarna biru itu, dia pula yang hampir tergoda.

"You should...okaylah Hadya, I nak sambung kerja I...jangan nak melawan cakap boyfriend to be you husband tu" pesan Irdina tegas sebelum dia masuk ke dalam pejabatnya.

Hadya merengus kegeraman. Kertas lukisannya dihempas sebelum tas tangannya dicapai. Melihat wajah Darian di situ, rasanya lelaki itu ingin memberi amaran kepadanya sekali lagi.

"Kenapa awak datang sampai ke tempat kerja saya?"

"Tak perlu cakap banyak banyak Hadya, come with me" tangan Hadya diraih namun wanita itu lebih pantas menepis.

"Kita bukan mahram" kata kata Hadya membuatkan Darian tersenyum sinis.

"Mahram? Kau berpeluk sakan dengan Fadir tu bukan mahram? Dia itu teman lelaki kau dan kau hanya perempuan simpanan dia"

"Kulit kau tu dah bersentuh banyak kali pun kau tak marah dia" terhenyak dengan kata kata pedas dari mulut Darian, Hadya sekadar menurut kemahuan lelaki itu tanpa membalas apa apa.

Dia tahu. Dia sedar dia sudah banyak membuat dosa dengan Fadir. Bersentuhan dan berpelukan. Sekarang, dia pula melarang Darian menyentuh dia seolah olah dirinya itu terlalu suci.

Teruknya dia.

"Aku cuba nak hormat kau Hadya, sebab aku tahu kau perempuan yang cukup baik tetapi tolong jaga maruah diri kau dan jangan sampai nampak terlalu murah di hadapan lelaki lain" tutur Darian tenang sebelum langkahnya dipanjangkan ke arah sebuah kereta sport miliknya.

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now