Bab 35 ‼️

3.3K 41 6
                                    

HARI-hari Hadya dan Darian berlalu seperti biasa. Setelah kejadian dia ditangkap dan ditahan oleh Fadir dan Tengku Muwaris, akhirnya dia dan Darian dapat kembali ke kehidupan yang biasa. Nama juga baru berkahwin. Banyak perkara yang Hadya mahu lakukan bersama Darian.

Walaupun begitu-

"Darian.." panggil Hadya dengan nada yang sangat perlahan.

"Hmm?"

Habislah..

"Ni.." Hadya menunjukkan sesuatu di tangannya. Kek yang dibakarnya tidak menjadi.

"Oh my.." Darian menghampiri Hadya. Dia menatap wanita itu yang tersarung lengkap dengan apron. Habis comot dengan tepung. Malah ada terkesan di wajah Hadya. Jari Darian naik mengesat  tepung di pipi wanita itu.

"Wait" Setelah itu, bekas kek di tangan wanita itu ditarik dan diletakkan di atas meja.

"Hmm...apa yang salah..?" gumam Darian. Dan ketika itu matanya mengerling ke arah Hadya yang sudah tertunduk wajah ke bawah. Wanita itu terlihat sedih.

"Hei.." Darian meraih pergelangan tangan Hadya yang masih tersarung oven mitt. Perlahan-lahan jari-jemari lelaki itu membantu menanggalkan oven mitt di tangan wanita itu.

"It's okay. Bukan tak boleh makan. Adunan dia cuma tak naik" kata lelaki itu lembut. Bibirnya masih tersenyum sambil tangannya meletakkan oven mitt di atas meja. Tangan yang kecil dan halus itu ditarik sehingga tubuh wanita itu mendekatinya.

Darian bergerak dan berdiri di belakang Hadya. Pinggang wanita itu dipeluk dengan satu tangan. Manakala satu tangannya lagi meraih ke atas dan melepaskan ikatan sanggul Hadya. Wajahnya disembamkan ke situ.

"Saya dah belajar dengan Kak Yuha haritu. Kenapa tak jadi juga.." keluh Hadya dengan keluhan.

"Mungkin saya tak ada tangan orang berbakat macam yang lain.." sambungnya lagi. Kali ini keluhan lebih panjang. Boleh jadi.

"Just more practice and you can do it much better than anyone else" bisik Darian perlahan.

"Tak semestinya dua tiga kali buat selalu menjadi kan..? It's okay, sunshine. You have me. I can teach you.." kata Darian. Hadya berfikir sejenak. Hmm. Boleh jadi juga.

"Kan? Saya kena banyakkan latihan!" dan wanita itu kembali ceria. Darian senyum.  Haruman shampoo wanita itu dihidu perlahan. Terlalu kuat dan wangi.

Dan merangsang.

"Awak..!" Hadya berpusing ke belakang. Darian sedikit tersentak. Wanita itu sedang memandangnya dengan wajah yang sangat bersemangat.

"Saya nak buat sekali lagi!"

Darian mengerut dahi. Dia memandang ke arah kek yang tidak jadi berada di atas meja.

"Tu? Kau nak buang?" soal Darian. Air wajah Hadya berubah. Ah!

"Haah lah.." wajah itu berubah kecewa. Darian membawa tangannya ke pipi Hadya dan diusap perlahan.

"Tak perlu buat baru. Kau cuma buat whipping cream dan susun buah. Kita buat lain kali. Okay?" kata Darian dengan nada yang lembut. Seolah-olah memujuk.

"Okay!" balas Hadya dengan wajah yang teruja. Wanita itu kembali menyanggul rambutnya tinggi dan memberikan sengihan kepada Darian. Lelaki itu hanya ketawa kecil.

Akhirnya Darian membiarkan Hadya melakukan kerjanya. Manakala dia duduk bersandar di countertop sambil matanya ligat memerhatikan Hadya dari belakang yang sedang melakukan kerja.

Wanita itu memang definisi yang tidak suka duduk diam. Masa-masa ada cuti pun ada perkara yang dia hendak lakukan. Sedangkan Darian lebih suka jika mereka di bilik.

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now