Bab 43 ‼️🤏

2.8K 61 10
                                    

HARI bersilih ganti, begitu juga dengan perasaan Hadya yang semakin menggebu-gebu kerana merindukan Darian. Kerana rasa rindu itulah dia sanggup menunggu Darian di airport dari tengahari sehingga hampir masuk senja. Kiriman pesanan Hadya langsung tidak dibalas. Mungkin lelaki itu tidak perasan.

"Darian ada tak beritahu apa apa dekat awak Vaier?" Soal Hadya kepada Vaier yang setia berdiri di sebelahnya.

"Tak ada puan"

Hadya tersenyum hampa. Kali terakhir mereka berbalas pesanan ialah semalam. Itu pun hanya sekejap sahaja. Darian mesti sibuk. Dia perlu faham.

Silap pula Hadya tidak bertanya tentang masa mendarat lelaki itu. Tetapi tak mengapalah, dia lebih suka membuat kejutan kepada Darian.

Satu jam berlalu tanpa bayangan Darian. Kawasan lapangan juga terlihat lenggang. Hadya jadi resah. Bagaimana jika jadi sesuatu kepada Darian?

"Puan" panggil Vaier tiba-tiba. Hadya mengangkat wajah. Saat susuk yang ingin dilihatnya itu menyapa wajah, Hadya terus bangun. Dia berjalan ke arah Darian yang masih tidak perasan akan kehadirannya.

Namun, belum sempat Hadya ingin menyapa, dia melihat seseorang wanita dalam uniform pramugari mendekati Darian. Hmm?

Pramugari?

Wanita itu memberikan sesuatu kepada suaminya. Seperti kad. Mata Hadya mengecil. Rasa tidak enak mula singgah di hatinya.

Sudah tiga hari dia menanggung rindu, tetapi kali pertama dia kembali melihat Darian sudah ada wanita lain yang cuba mendekati suaminya.

"Insect.." gumam Hadya dengan nada yang geram. Langkahnya diatur laju ke arah Darian. Lengan lelaki itu dipeluk olehnya dari arah sisi.

"Hadya?" Darian terlihat seakan-akan terkejut dengan kehadirannya.

"Sayang!" ucap Hadya riang. Pelukannya semakin dikemaskan. Biarpun wajahnya terlihat senang, walhal dalam hatinya siapalah yang tahu.

Siapa wanita di hadapannya ini?

"Saya datang, buat suprise. Oh ya! Vaier!" Panggil Hadya. Wanita itu menggamit pembantunya datang mendekati. Terdapat sebuah jambangan bunga di tangan Vaier.

"Welcome back" kata Hadya. Dia mengambil jambangan bunga di tangan Vaier dan diserahkan kepada Darian. Ekor matanya mengerling ke arah wanita di hadapannya itu. Tanda nama wanita itu tertulis satu nama 'Liza'.

Jadi, wanita ini yang menghubunginya tempoh hari!

Cantik. Tapi Hadya lebih yakin dengan penampilannya sendiri.

"Thank you" ucap Darian dengan senyuman. Bunga di tangan Hadya kini berada dalam pegangannya.

"Oh ya, ini saya pegang" kad di tangan kanan lelaki itu ditarik oleh Hadya. Senyuman paling manis dia ukirkan kepada Liza yang sudah terlihat kelat di hadapannya.

"Ni..kawan awak ke..?" soal Hadya dengan intonasi yang dibuat-buat. Darian berpaling ke arah Liza.

"She's kind enough to give me a good service before. Just briefly known her" balas Darian.

"Ohh.." Hadya menghulurkan tangannya ke arah Liza.

"Hadya. Isteri Darian. Thank you for anything you've done.." kata Hadya dengan senyuman yang paling fake dia pernah buat.

Liza mengukirkan senyuman paksa. Salam Hadya disambut mesra. Dia juga tidak menyangka akan menemui isteri kepada lelaki pujaannya itu di saat-saat seperti ini.

"Sama sama. By the way, saya Liza" balas Liza.

Hadya menarik tangannya. Kini pandangannya beralih semula ke arah Darian. Dia akui, pesona Darian sangat memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Tetapi, Hadya tidak rela jika dia perlu ada saingan seperti ini.

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now