Bab 44

2K 59 3
                                    

"HADYA, pandang sini.." panggilan Darian membuatkan Hadya mengigit bibirnya dengan kuat. Ah, malunya. Kerana cemburu sesaat dia hampir bertindak gila.

Kalau bukan kerana Vaier yang mengetuk cermin kereta dan mengembalikannya ke alam nyata, sudah tentu Hadya akan pergi jauh dari itu.

Adakah dia jadi seperti ini kerana efek berjauhan dari Darian?

"S-sorry.." ucap Hadya. Darian hanya tersenyum dengan gelengan. Walhal dalam hatinya sudah menyumpah seranah kerana akal waras Hadya yang lebih cepat bertindak.

Mungkin perjalanannya masih panjang lagi. Tetapi, Darian tidak dapat bersabar untuk masa yang lama.

"You suddenly become bold, dear wife. What's wrong?" Soal Darian. Hadya menggeleng laju. Wajahnya automatik memerah.

"N-nothing"

Darian menatap Hadya lama. Satu keluhan ringan dilepaskan. Ya, dia akan cuba bersabar lagi.

Tangan Hadya diraih dan dibawa ke bibirnya. Perlahan-lahan di mengucup sekitar tangan Hadya sehingga wanita itu menggeliat kegelian. Ketika itu matanya tertancap ke arah kawasan leher Hadya. Bibirnya mengukir senyuman.

"You wore it.." ucap Darian.

"Ah, ni..mestilah saya pakai. Awak yang beri.." kata Hadya. Bibirnya melengkungkan senyuman yang sangat manis apabila dia mengingati kembali saat Darian mula-mula memberikan rantai itu kepadanya.

"Does anything happen while I was away, hmm?" Soal Darian perlahan. Kepalanya dilentokkan di atas kepala Hadya.

Namun, kepalanya sekali lagi berdenyut. Demamnya masih tidak kebah memandangkan dia terlalu banyak bekerja.

"Saya berbaik dengan Aluna"

"Hmm, kau dah tahu?"

Hadya angguk perlahan.

"I'm sorry for doing those things to you" kata Darian dengan nada yang sangat halus. Terdengar nada kekesalan dari tutur lelaki itu.

"Tak apa. Saya faham kenapa awak buat macam tu. Lagipun, saya tak nak kenang hal yang dah lepas lagi" ucap Hadya.

Darian mengangguk. Setelah sekian lama dia tidak merasa teruja, dia kembali merasa lemah dan tidak berdaya. Dia ingin berehat, tetapi ada banyak perkara yang dia ingin dengar dari mulut kecil itu. Suara Hadya sentiasa memberikan dia ketenangan.

"Does Isya doing anything to you..?"

"Tak. Dia baik. Kami dah jadi kawan" celoteh Hadya dengan nada yang riang.

Darian mengangguk dengan senyuman.

"It's good. Ada apa apa lagi yang kau nak cerita pada aku..?"

Hadya sedikit tersentak. Sebenarnya ada sesuatu yang ingin dia tanyakan kepada Darian. Tentang satu panggilan dari seseorang yang tidak dikenali beberapa tempoh yang lalu. Liza. Sah, pramugari itu yang menelefonnya.

Tetapi, bagaimana wanita itu mendapatkan nombornya?

"Dua hari lepas dengan semalam, kitaorang buat shoot design baju untuk majalah akan datang" cerita Hadya. Tentang wanita itu dia malas hendak membahasnya untuk masa yang sekarang.

"Do you eat well?"

Soalan Darian dibalas dengan anggukan dari Hadya.

"Kau tak bergadang malam kan?"

"Erk-! Tu...saya ada kerja sikit.."

Darian melepaskan keluhan. Satu tangannya melilit pinggang Hadya dari sisi dan menarik supaya tubuh kecil itu menempel kepadanya.

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now